Baru-baru ini Bloomberg menerbitkan sebuah slideshow ilustrasi bertajuk "The Real Cost of Owning Gold” (Kos sebenar apabila memiliki emas).
Seperti biasa apabila berhadapan dengan logam berharga, kebanyakkan akhbar kewangan arus perdana menunjukkan sikap sambil lewa, menghina dan hampir mengejek golongan yang menyokong pemilikan logam berharga terutamanya emas. Sebab permusuhan ini sememangnya agak ketara.

Pertama, kejahilan:
Logam berharga dianggap asset ketinggalan zaman sejak lebih 30 tahun, dan penganalis kewangan (purata berusia 35 tahun) mempunyai pengetahuan yang amat sedikit mengenainya.
Kebanyakkan dari mereka membesar & dewasa sebagai profesional & intelektual pada awal dekad yang lalu. Pada ketika dunia pelaburan beranggapan pelabur emas terdiri daripada seorang pakcik tua yang gila : tidak relevan dan ketinggalan zaman oleh mereka2 yang mempunyai pendapat yang moden.
Majoriti besar para penganalis ini mempunyai ijazah ekonomi dari Universiti terkemuka yang dihormati, di mana mereka di ajar bahawa emas tidak mempunyai sebarang peranan dalam sistem ekonomi moden.
Mereka kemudian kemungkinan menerima sarjana (masters) dan melanjutkan kelayakan kewangan dan perakaunan dengan mempromosikan "Portfolio teori moden", dan idea bahawa dunia pelaburan bermula dan berakhir dengan mengagihkan wang antara saham dan bon. Golongan pelabur muda digalakkan menanam modal mereka ke dalam pasaran saham , manakala individu yang lebih dewasa dan kaya ditolak kepada pelaburan yang lebih “selamat” iaitu bon.
Sebab kedua dan mungkin sebab yang paling penting untuk menggambarkan kebencian media massa terhadap emas dan logam berharga adalah insentif pengiklanan mereka.
Institusi kewangan, broker dan media kewangan tidak tahu bagaimana mereka boleh membuat wang dengan cara menjual, membeli atau membuat perdagangan emas. Malah dana yang dibelanjakan untuk emas mempunyai perolehan (turnover) yang kecil dan menawarkan komisen yang tidak seberapa, terutamanya jika dibandingkan dengan produk2 yang digemari bank.
Emas dilihat terlalu mudah & 'simple'. Ia tidak memerlukan kelayakan PhD untuk memahaminya, ia tidak bertindakbalas kepada model penilaian yang kompleks, dan ia tidak menjana aliran lumayan IPO (terbitan saham). Ia hanya duduk diam. membuatkan pengurus portfolio dan penasihat kewangan menjadi buntu kerana tidak mendapat komisyen.
Ketiga, dan amat sukar untuk membuat ukuran bagaimana signifikannya faktor ini, terdapat unsur kebencian positif dan melampau terhadap emas kerana sebab2 ideologi.

Sebagaimana pengiktirafan En Alan Greenspan sendiri, bekas pengerusi US Federal Reserves dalam essay terkenal beliau Emas dan Kebebasan Ekonomi (Gold and Economic Freedom), mereka2 yang cenderung ke arah perbelanjaan defisit dan ekonomi Keynesian mendapati emas adalah halangan terbesar untuk mencapai agenda mereka iaitu pengagihan kekayaan dan melaksanakan kawalan & perancangan berpusat.
Permusuhan terhadap logam emas, tanpa kita disedari, terus diserap & dimainkan oleh media ekonomi arus perdana dan melalui penulisan serta kenyataan pendapat ramai pemimpin kewangan dunia.
Tuduhan yang biasa dilemparkan dan sesuatu yang kerap diulangi dalam persembahan slide tersebut adalah ; pelabur atau mereka2 yang menyimpan emas dianggap sebagai golongan pelampau agama dan terlibat dalam aktiviti pemujaan logam tersebut.
Ia berhubungkait antara "akidah kepercayaan" dan "keyakinan" pemilik emas menentang pelaburan yang munasabah. Pemilik emas dikatakan mengalami paranoia (penyakit gila kerana ketakutan) , berada dalam keadaan sesat, mempercayai khurafat dan tahyul dengan "demam emas".
Saya ingin menegaskan bahawa pendapat yang bertentangan adalah benar.
Pengetahuan mengenai sejarah ekonomi dunia, kefahaman mengenai risiko pihak ke3 atau bertentangan, pengalaman mengenai inflasi, kesedaran mengenai risiko sistematik dan bagaimana ia memberi kesan terhadap sistem kewangan global yang berkait antara satu sama lain serta keinginan rasional untuk melindungi harta kekayaan daripada semua risiko yang dinyatakan tadi sebenarnya yang mendorong masyarakat atau pelabur memilih emas.
Sebenarnya kita yang meletakkan kepercayaan yang tidak rasional terhadap bank pusat dan matawang fiat walaupun sejarah telah berulang kali membuktikan kegagalannya.
Sebagaimana tulisan En James Turk sebelum ini, bank pusatlah sebenarnya adalah peninggalan tidak bertamadun, bukannya logam emas.
Persembahan slide Bloomberg juga menyebut beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan . seperti insuran, pengangkutan, penyimpanan (storage) dan penilaian (appraisal).
Seorang pembeli emas mesti mempertimbangkan semua aspek tersebut dengan berhati2. Tetapi ianya juga satu keperluan yang sama untuk mana2 pembeli asset nyata seperti rumah atau lukisan berharga. Tidak seperti produk kewangan lain yang seringkali tidak lebih daripada penjelasan dalam lejar elektronik, asset sebenar memerlukan pemerhatian dan penjagaan pemiliknya.
Emas bagaimanapun lebih mudah untuk disimpan, diangkut, dinilai (assay) dan diinsurankan dari mana2 kebanyakkan asset nyata lain seperti hartanah dan hasil seni lukisan.
Terdapat bantahan lain yang langsung tidak munasabah & masuk akal. Tetapi saya mendapati ianya sesuatu yang lucu apabila Bloomberg menegaskan betapa pemilik2 emas ketika ini sedang dilanda kerisauan berbanding rakan2 lain mereka yang ketika ini memegang portfolio saham.
Isu mengenai penyitaan @ rampasan (confiscation) dan kewarnegaraan, seperti juga isu cukai, adalah alasan terbaik untuk menyimpan emas milik anda dalam bidang kuasa (jurisdiction) yang menghormati hak pemilikan harta dan kontrak.
Bagaimanapun ia pastinya lebih mudah untuk menguatkuasakan cukai atau merampas asset syarikat awam berbanding merampas beberapa syilling atau jongkong emas yang di simpan di mana2 peti besi simpanan (vault).
Emas sebagai pelaburan melindungi kekayaan dan harta serta menyediakan pemiliknya kebebasan (independence) dan daya ketahanan (resilience).
Kos sebenar kerana tidak memiliki emas meletakkan pemiliknya berada dalam keadaan tidak berupaya mempertahankan diri & tidak berdikari kerana masih bergantung kepada pihak lain.
Tidak memiliki emas meninggalkan anda terdedah sepenuhnya kepada risiko sistematik, dan tiada pertahanan terhadap manipulasi kerajaan kepada setiap nilai wang yang akan mengukur kekayaan anda.
Ia menyebabkan anda terdedah kepada risiko turun naik melampau (extreme volatility) dan ketidaktentuan pasaran ketika ini. Juga risiko pihak lain , pada ketika janji2 terhadap nilai matawang yang ditulis mereka sering tidak ditepati.
Bila penghutang tidak boleh dipercayai, terdapat perbezaan besar antara memegang resit hutang dan tunai di tangan. Itulah nilai sebenar bila kita memegang atau memiliki emas. Apabila wang tunai juga bersifat hutang, memegang asset sebenar adalah langkah terunggul untuk melindungi kekayaan anda.Ianya adalah sesuatu yang logik. Hakikat bahawa logam emas adalah wang rasmi sebenar beberapa dekad yang lalu.
Tetapi sudah tentu puak2 yang menerbitkan hutang & pelobi2 propaganda mereka akan memaklumkan cerita yang berlainan.
Mereka malah akan meyakinkan anda sekiranya anda benar2 ingin membeli emas, anda wajar mempertimbangkan untuk membeli emas dalam bentuk sijil yang diwar2kan sama bagus dengan emas fizikal. Satu langkah yang jelas memperbodohkan orang ramai selama ini.

No comments:
Post a Comment