1. Dengan suasana turun naik harga (volatility) kebanyakkan pasaran utama dunia termasuk pasaran emas & perak, Hari ini King World News (KWN) menemuramah En James Turk untuk mendapatkan pandangan beliau berhubung krisis ekonomi di Eropah.
2. Berikut adalah komen beliau “Wang yang bergerak keluar dari pasaran saham ketika ini bukan sahaja mengalir ke pasaran negara seperti Jerman & Amerika Syarikat, ianya juga mengalir ke pasaran emas dan perak..”

3, Berikut adalah kenyataan En Turk tentang krisis global yang semakin teruk :“Situasi kewangan global dilihat mula berputar menjadi tidak terkawal.
4. Kita tidak akan menunggu lama untuk melihat US Federal Reserve, Bank Pusat Eropah, Bank of Japan & Bank of England memulakan kembali plan Quantitative Easing (QE) mereka (mencetak wang) dalam usaha untuk mengekalkan kelangsungan pasaran saham global dari malapetaka besar ekonomi. Ia bakal mengakibatkan satu lagi keruntuhan besar ekonomi seperti pengalaman Lehman Brothers .”

5. “Tetapi mari kita lihat apa takrif sebenar QE, sudah tentu ia adalah ‘mencetak wang’.
6. Dan jelas, sementara semua wang baru yang di cetak itu tidak akan menyelesaikan masalah bank & ketidakmampuan kerajaan membayar hutang, hanya satu perkara yang pasti akan berlaku , ia akan menyebabkan harga emas melonjak tinggi.

7. Kemungkinan lebih banyak wang terpaksa di cetak menjadi antara sebab utama mengapa harga emas dan saham perlombongan mula kembali mengukuh.
8. Dalam lain perkataan, secara umum, harga emas dan saham perlombongan telahpun meningkat- atau sekurang2nya, hanya jatuh sedikit pada ketika harga keseluruhan pasaran saham jatuh merudum.

9. “Perbezaan tafsiran bermula 2 minggu lalu dan kita melihat ianya berterusan. Kelmarin adalah satu lagi contoh terbaik. Harga saham perlombongan kekal tidak berubah dan harga emas meningkat US$14 walaupun indeks saham industri
Dow Jones jatuh -1.3%.
10. Memperkatakan mengenai logam Perak:
“Harga perak juga bergerak positif kelmarin.
11. Walaupun harga minyak mentah jatuh 3.2% tetapi ianya tidak menghalang pengaliran lebih banyak wang ke pasaran emas dan perak. Kuasa beli logam berharga kekal kukuh dari sebarang tekanan jualan.

12. Terdapat beberapa perkara berlaku menyebabkan harga emas dan perak dilihat mengukuh dengan sendirinya tanpa mempedulikan apa yang berlaku di pasaran saham global.
13. Golongan individu kaya yang mempunyai banyak wang termasuk bank pusat kini sedang membeli emas.
14. Mereka mengetahui harganya kini sedang murah dan berada di bawah nilai sebenar berdasarkan ukuran sejarah.
15. Kedua, semakin ramai orang mula menyedari mengapa emas dianggap sebagai asset lindung nilai paling selamat di dunia.
16. Sebagaimana yang telah berulangkali kita bincangkan Eric, emas tidak bergantung kepada risiko pihak ketiga seperti bank dan sebagainya.
17. Hari ini sesuatu yang jelas adalah emas juga dianggap sebagai simpanan lindung nilai atas sebab yang lain. Harga emas tidak jatuh walaupun pasaran saham seluruh dunia sedang menjunam teruk.
18. Jadi wang yang sedang bergerak keluar dari pasaran saham , bukan sahaja mengalir masuk ke pasaran Jerman dan pelaburan berbentuk sijil & bon kerajaan Amerika Syarikat ; tetapi ianya juga mengalir ke pasaran emas dan perak. Satu trend baru yang saya fikir akan terus meningkat dalam suasana krisis ekonomi yang semakin memburuk.
19. Dan tanpa ragu keadaan akan bertambah buruk kerana pihak bank sedang memegang terlalu banyak hutang yang tidak mampu dibayar & ianya perlu dilupuskan.
20. Mereka juga memegang terlalu banyak bon kerajaan, yang nilainya semakin dipersoalkan ramai pihak.
21. Sebagai contoh, kos pinjaman kerajaan Sepanyol menghampiri titik bahaya yang membawa kepada krisis di Greece dan Ireland.

22. Sebagai tambahan dalam usaha melindungi defisit bajet, Sepanyol kini terbeban kerana cuba mendapatkan pinjaman berjumlah EUR 20 billion yang diperlukan untuk menyelamatkan bank ke 4 terbesar negara tersebut.
23. Bankia mungkin adalah Bank Sepanyol paling teruk ketika ini , tetapi ianya bukan satu2nya bank di Sepanyol yang sedang menanggung jumlah hutang bertimbun yang tidak di bayar pelanggan akibat pinjaman hartanah meragukan semasa tahun2 ekonomi penuh 'bubble' beberapa tahun dahulu.
24. Persoalannya dimana Kerajaan Sepanyol akan dapatkan wang yang diperlukan untuk menyelamatkan bank2 Sepanyol yang lain?
25. Kedua-duanya Bank & Kerajaan saling berkait antara satu sama lain. Sejarah sistem monetary jelas membuktikan amalan terlalu banyak berhutang menjadi resepi utama menuju kehancuran ekonomi sesebuah negara.
26. Kita telah melihat bencana ekonomi berlaku pada September 2008 apabila Lehman Brothers runtuh dan kelihatan satu lagi bencana yang sama akan berlaku dalam tempoh waktu terdekat.
27. Kali ini kita bakal dijanjikan situasi lebih buruk kerana sepanjang 4 tahun hingga kini , tiada sebarang tindakan konkrit di ambil untuk mengatasi masalah krisis hutang ini.
28. Yang penting, cara emas dan perak memutuskan kaitannya dengan pasaran saham global kini di lihat berbeza ketika kejadian keruntuhan Lehman Brothers tahun 20118.

29. Pada ketika kejadian 2008, Dalam suasana terdesak untuk mendapatkan kecairan tunai ,berlaku jualan besar2an logam emas dan perak oleh pelabur di pasaran.
30. Bezanya ketika ini semua orang mempunyai kecairan tunai yang banyak terutamanya Federal Reserves , Bank Pusat Eropah dan bank pusat lain.
31. Kerana itu, sifat berdikari pengukuhan harga emas dan perak di pasaran boleh ditakrifkan kepada hanya satu sebab utama.
32.Ketika ini orang ramai melihat perkembangn pasaran dengan hati yang bimbang dan takut.
33. Semakin meningkat kebimbangan orang ramai melihat bank menjadi bangkrap dan semakin banyak kerajaan yang memungkiri janji2 mereka, semakin ramai orang akan melarikan diri dari pelaburan berbentuk kertas atau sijil saham dan berpusu2 membeli fizikal emas dan perak di pasaran.

No comments:
Post a Comment