1. Dengan kegawatan berterusan dalam pasaran global, Hari ini King World News (KWN) menemuramah tokoh pelabur veteran En Don Coxe, yang merupakan penasihat strategi global kepada BMO (yang mempunyai asset bernilai US$538 billion).
2. En Coxe mengejutkan KWN dengan mengatakan , Eropah kini sedang giat berusaha untuk memperkenalkan bon bersandarkan emas.
3. Beliau berkata, “Mereka akan menggunakan emas sebagai jaminan keselamatan.”
4. En Coxe juga membicangkan kemungkinan berlaku mesyuarat tergempar US Federal Reserves mengenai perkara ini , tetapi sebelum itu, elok kita lihat dahulu apa kenyataan beliau mengenai rally pergerakkan luar biasa harga emas yang berlaku Jumaat lepas : “Pertamanya , melihat rally pergerakkan harga seperti ini, memberitahu kita bahawa berlaku permintaan besar2an terhadap logam emas sebagai asset lindung nilai di kalangan pelabur.
5. Permintaan jangka pendek dalam jumlah yang besar seperti ini akan terus berlaku. Kita melihat permintaan besar untuk pemilikan emas niaga hadapan (derivitif) yang biasa berlaku satu ketika dahulu.”
6. “Kisah sensasi yang terbongkar adalah sesuatu yang memang sangat saya minati kerana saya telah mula menulis tentang kemungkinan ianya berlaku pada musim panas yang lalu. Hasilnya saya sentiasa mengikuti perkembangan mengenai siri perbincangan untuk mencari jalan terbaik menyelamatkan Eurozone. Penyelesainnya adalah dengan mendapatkan rizab emas negara2 terlibat (Portugal, Ireland, Italy, Greece dan Sepanyol).
7. Kebanyakkan negara berkenaan mempunyai rizab simpanan emas yang besar, terutamanya Italy...
8. “Jadi, terdapat kertas kerja disediakan yang kemudiannya digelar , ‘The German wise men,’. Ia serta merta di tolak oleh negara2 terlibat.
7. Kebanyakkan negara berkenaan mempunyai rizab simpanan emas yang besar, terutamanya Italy...
8. “Jadi, terdapat kertas kerja disediakan yang kemudiannya digelar , ‘The German wise men,’. Ia serta merta di tolak oleh negara2 terlibat.
9. Mereka kembali semula beberapa minggu lalu dengan versi baru yang telah disemak semula. Mereka mengusulkan formula di mana negara2 terlibat akan mempunyai jaminan kesemua hutang mereka yang melebihi 60% dari KDNK (had perundangan di bawah perjanjian Maastricht ) -- mereka akan dilindungi oleh Bon Euro dan negara yang mendapat Bon Euro ini dikehendaki memberi ikrar jaminan menggunakan pegangan rizab emas masing2.
10. Ia tidak menggambarkan situasi yang diperkatakan oleh En Jens Wideman dari Bundesbank , ‘Kami tidak akan menggunakan 'Kredit kad' Jerman kepada puak2 yang terlalu banyak berbelanja.’ Mereka mungkin mempunyai rizab emas. Ianya sedang diperbincangkan dengan aktif. Saya mempunyai sebab untuk mengetahui bahawa mereka telah membincangkannya dengan orang2 dalam industri.”
11. Berita mengenai Bon Emas Euro ini adalah satu berita yang besar dan sensasi. Bila ditanya sekiranya dilaksanakan , adakah ianya bermakna kemungkinan emas akan di bawa semula ke sistem kewangan , En Coxe menjawab,“Ya,sudah tentu. Saya telah membuat panggilan persidangan (conference call) kepada beberapa orang dalam organisasi saya tentang perkara ini. Saya kata , ‘Perkara seperti ini boleh berlaku kerana krisis ini bergerak dengan begitu pantas.’”
12. Ketika ditanya adakah kejadian ini akan mula mencetuskan revolusi penilaian semula tentang kepentingan emas, En Coxe berkata,“Pada ketika ini, bagaimana mereka akan melakukannya, dan samada ianya bakal bertukar menjadi satu revolusi baru, yang paling penting ianya mampu mewujudkan unsur keselamatan terhadap bon yang diterbitkan. Tetapi, sudah tentu apabila anda mula berbuat demikian, yang pasti anda telah memecahkan monopoli atau 'virginity' sistem kewangan dunia.
13. Apabila selesai melaksanakannya , berulah kita perlu membuat penilaian semula. Benar, ianya akan datang dengan sendiri. Saya berpandangan kita mempunyai peluang baik untuk melaksanakannya.Dan dalam tempoh 3 bulan akan datang kita akan dapati perkara ini telah dilaksanakan di beberapa negara dalam Eurozone.
14. Ia bermakna emas telah kembali bergerak masuk ke dalam sistem kewangan.”
14. Ia bermakna emas telah kembali bergerak masuk ke dalam sistem kewangan.”
15. En Coxe juga membincangkan mengenai Plan Quantitative Easing E3 (mencetak wang) : “Perangkaan pekerjaan mengingatkan orang ramai bahawa tokoh yang menyatakan keadaan di Amerika Syarikat tidak bergerak terlalu baik adalah En Ben Bernanke. Pasaran menganggap ia bermakna beliau akan dipaksa untuk melaksanakan QE3. Beliau tidak akan menentangnya.
16. Tetapi beliau berhadapan dengan ahli lembaga pengarah Federal Reserves , yang sehingga kini menentang idea beliau kerana mereka merasakan ekonomi masih lagi kukuh. Jadi kita mempunyai kombinasi Eurozone yang terus mencari jalan untuk menggunakan emas untuk menyelamatkan sistem mereka . dan prospek yang berkeras bahawa langkah penyelesaian adalah dengan terus mencetak wang. Dalam erti kata lain logam emas mula mendapat perhatian dunia.
17. En Coxe juga menambah: “Jika pasaran saham Eropah terus mengalami kejatuhan sehingga 15% dan berlaku keruntuhan bank di Eropah, saya percaya Ahli Lembaga Pengarah Federal Reserves terpaksa memanggil mesyuarat tergempar. Ia pernah berlaku ketika zaman pentadbiran En Paul Volcker. Dan mereka akan memulakan tindakan tersebut ketika mesyuarat itu di adakan.”
No comments:
Post a Comment