Friday, January 6, 2012

BAGAIMANA WANG TUNAI + EMAS = 24% KEUNTUNGAN SEMASA KRISIS



Robert Stoler pours molten gold into an ingot mold at Dvir & Stoler Refining in New York, U.S., on Monday, Jan. 4, 2010. (Daniel Acker/Bloomberg)

Satu strategi yang konservatif dan sangat mudah untuk mengembangkan kekayaan anda sejak tahun 2010....
 
BANYAK PERKARA PELIK akan berlaku semasa krisis kewangan melanda, tulisan penganalisis pelaburan dan penulis En Porter Stansberry, yang mengetuai  Stansberry & Associates.

Anda mungkin biasa mendengar dakwaan saya  bahawa kita bukan sedang menuju ke arah krisis matawang, kita sedang mengalaminya sekarang.


Saya tidak melihat bagaimana seseorang boleh menafikannya setelah melihat runtuhnya sistem perbankkan Amerika ketika ini, runtuhnya syarikat gergasi besar seperti Fannie Mae and Freddie Mac, Eropah menjadi bangkrap, dan harga emas melonjak tinggi di pasaran.

Mujurlah, perkara pelik yang berlaku semasa krisis kewangan ini ..dan beberapa nasihat pelik yang saya berikan bertukar menjadi keuntungan luar biasa kepada mereka yang mendengarnya.

Selama beberapa tahun saya telah memberitahu para pelabur, sekiranya mereka tidak berupaya (atau tidak sanggup) untuk melindungi nilai portfolio pelaburan daripada  penipuan ataupun bebanan hutang syarikat pelaburan tersebut, cara terbaik yang perlu dilaksanakan adalah dengan mengasingkan atau memisahkan (split) simpanan anda kepada wang tunai dan logam emas (50%/50%). Ianya adalah kenyataan yang saya buat dalam majalah penasihat pelaburan saya keluaran bulan Februari 2010.
Ramai pelabur tidak dapat memikirkan idea tersebut...atau memahami mengapa saya terbitkannya. Pada  mereka, wang tunai dan emas mewakili 2 asset yang berbeza sama sekali.


Ianya adalah nasihat yang amat tepat untuk pelabur konsevatif. Anda ingin memiliki asset yang akan melonjak tinggi dari segi nilai semasa berdepan dengan krisis matawang (asset seperti emas) , sementara dalam masa yang sama mengekalkan pegangan tunai milik anda untuk mengurangkan kesan turun naik harga (volatility) emas di pasaran.


Dengan strategi sedemikian, anda mampu menjauhkan diri dari bahaya kerugian yang dialami oleh pasaran saham ketika ini. Anda kekal 'dilindungi' malah menyediakan diri untuk membuat keuntungan modal yang lebih besar pada masa akan datang.


Jangan fikir adalah mustahil untuk membuat keuntungan di pasaran dengan menggunakan strategi portfolio yang agak defensif ini. 

Cuba fikirkan semula.. sesiapa yang mengikuti nasihat saya pada February 2011 telah melihat bagaimana portfolio pelaburan mereka meningkat 24%... manakala pasaran saham secara keseluruhannya terumbang ambing dengan harga turun naik tidak menentu.

Sebagaimana yang saya jangkakan, harga emas melonjak...mencatat untung 44%. Manakala matawang tunai USD mengambilkira data saham jangka pendek bon perbendaharaan US hanya mencatat untung 3%.

Benar, pelabur yang menggunakan strategi defensif selamat, portfolio "50% tunai, 50% emas" telah melihat bagaimana berlaku pertumbuhan 24% terhadap portfolio mereka...tanpa melibatkan pasaran saham.


Sebagaimana yang saya jelaskan dalam terbitan terbaru nasihat pelaburan saya, risiko terhadap sistem wang kertas global tidak pernah berkurangan malah bertambah besar.


Di Eropah , hutang Kerajaan terus melambung tinggi , sehingga ... akhirnya ...kadar faedah melonjak, pemberi pinjaman sedar adalah sesuatu yang mustahil untuk mereka mendapatkan kembali wang pinjaman dari si peminjam.


Dan perkara yang sama bakal berlaku di Amerika Syarikat selepas ini.

Kadar hutang di negeri-negeri seluruh negara kelihatan tidak masuk akal.

Di Negeri Illinois' , liabiliti pencen kini telah mencecah USD $100 billion. Kira-kira separuh darinya tidak dibiayai.

Di California, liabiliti pencen berjumlah USD $50 billion. 

10 lagi negeri di Amerika Syarikat mempunyai liabiliti yang tidak dibiayai melebihi USD$10 billion. 

The Pew Foundation (Yayasan Pew) menganggarkan  apabila faedah penjagaan kesihatan pesara di masukkan sekali, jumlah keseluruhan liabiliti yang tidak dibiayai oleh Kerajaan Negeri pada masa ini melebihi USD$1 trillion.

Hutang ini tidak direkodpun dalam mana-mana dokumen atau buku hutang  di mana-mana Institusi di Amerika Syarikat. Ianya hanyalah akuan janji oleh Negeri-negeri terlibat dengan kerajaan tempatan.

Tetapi janji ini ditambah dalam bil hutang yang mustahil untuk dibayar- tidak walaupun kita merancang untuk menghormati hutang terkini yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan berjumlah USD$20 Trillion (yang termasuk kesemua hutang oleh Fannie Mae dan Freddie Mac).

Apa makna semua ini kepada masa depan Amerika Syarikat? Maafkan saya... Tetapi ianya sudah tentu tidak bagus.


Kerana itu saya terus menggalakkan pelabur yang tidak selesa melindungi portfolio jangka panjang saham mereka dengan membuat jualan singkat agar menggunakan strategi mudah ini. Menyimpan 50% dalam bentuk wang tunai dan 50% dalab bentuk logam emas.

Saya jangkakan krisis matawang global bukan sahaja akan berterusan, tetapi terus meningkat. Strategi ini akan terus melindungi (malah meneruskan pertumbuhan) modal anda dalam menempuh sistuasi krisis ini.


No comments: