Friday, December 30, 2011

HARGA EMAS BAKAL DINIAGAKAN PADA PARAS US $3,000 - $5,000/OUNCE PADA 2012



Dengan kejatuhan harga logam emas & logam perak dipasaran, hari ini Buletin King World News menemuramah orang yang bertanggungjawab memberitahu pelanggan pada tahun 2002, apabila harga emas berada pada paras US$300/ounce, untuk meletakkan 50% daripada asset mereka dalam bentuk emas fizikal, dan menyimpannya diluar dari kawalan sistem perbankkan.



Encik  Egon von Greyerz adalah pengasas dan rakan kongsi  di Matterhorn Asset Management Switzerland.  Bila ditanya mengenai kejatuhan harga emas di pasaran, En Von Greyerz berkata, “ Sebenarnya , Eric, saya tidak langsung merasa terkejut kerana kali terakhir kita bertemu saya pernah memberitahu anda harga emas boleh jatuh sekitar US$1,550 /ounce atau mungkin US$1,420/ounce. 

Pada pandangan saya ianya adalah sesuatu yang normal dalam suasana pasaran yang rapuh dan berkata ianya mungkin akan berlaku pada penghujung tahun 2011".

Encik Egon von Greyerz menambah:

“Kita berada dalam pasaran matawang kertas yang rapuh, kita sebenarnya tidak melihat berlaku walau satu pun jualan dari mana-mana penjual emas terhadap fizikal emas dan perak milik mereka pada harga tersebut.

Ia cuma manipulasi dan rasa panik dalam pasaran matawang kertas pada penghujung tahun. Sudah tentu, adalah mudah untuk sesiapa sahaja campur tangan dan melakukan sesuatu bagi membolehkan harga emas terus jatuh dalam susana pasaran yang rapuh ini. Saya fikir itulah yang berlaku hari ini dan ianya sedikitpun tidak merisaukan saya.


Harga emas terus naik pada tahun ini  dalam semua matawang dan 2012 akan menjadi satu lagi  tahun yang hebat untuk logam emas. 

Saya dapat merasakan tempoh masa 2 atau 3 bulan pertama 2012 akan menjadi tempoh yang sangat dramatik. Kita mengetahui keperluan pembiayaan kewangan diseluruh dunia amat sukar untuk dibayangkan. 

Kita bercakap mengenai pembiayaan hutang berjumlah bertrillion US Dollar di pasaran pada hari ini jika anda gabungkan hutang berdaulat, korporat dan Bank. Keperluan pembiayaan hutang terlalu tinggi  dan tiada jalan lain yang boleh diambil kecuali memulakan kerja-kerja mencetak wang dan ianya pasti akan dilakukan mereka.

Pada pemerhatian saya, gabungan kukuh pembeli emas fizikal pada ketika harga rendah dipasaran hari ini dan hakikat bahawa kita akan melihat kerja-kerja mencetak wang akan bermula pada tahun 2012, pasti akan melonjakkan harga logam emas dan perak dengan lebih cepat di pasaran.

Apabila ditanya bilakah ianya bakal berlaku (kerja mencetak wang), Encik Von Greyerz berkata, “Saya fikir dalam tempoh terdekat kerana sistem perbankkan dan kewangan dunia tidak akan  selamat (survive) tanpanya dan mana-mana kerajaan tahu mengenainya. Mereka perlu melakukannya.

Dan mereka telahpun memulakannya secara sembunyi2. Secara berselindung, Bank Pusat Eropah (ECB) dan Federal Reserves telahpun mula mencetak wang.

Dan ianya akan menjadi sesuatu yang rasmi tidak lama lagi dan jumlahnya akan menjadi lebih besar , sesuatu yang tidak pernah kita lihat dan gambarkan sebelum ini.

Apabila ditanya mengenai halatuju harga emas pada 2012, En Von Greyerz menambah, “Saya tidak akan terkejut untuk melihat berlaku kenaikan harga berjumlah beberapa ribu Dollar (untuk emas), katakan antara US$3,000 dan US$5,000/ounce pada tahun 2012. 

Saya melihatnya sebagai sesuatu pergerakkan harga yang pasti dan secara fundemental, suasana pasaran hari ini , menyokong untuk ianya berlaku".

Ditanya mengenai keruntuhan sosial yang bakal berlaku apabila harga emas melonjak tinggi dipasaran, beliau memberi amaran ,“ Ya, Eric, ianya amat membimbangkan saya. Biar saya dedahkan kepada anda beberapa contoh kecil mengenainya kerana secara kebetulan saya baru menghabiskan cuti Krismas di UK baru-baru ini. 

Kadar kecurian di UK telah meningkat 2 kali ganda pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya. Kecurian lembu dan kambing meningkat 2.7 ganda antara tempoh 2010 dan 2011. Ia hanyalah indikator kecil sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. Orang ramai menjadi bertambah miskin, mereka kelaparan.

Ia hanyalah petanda atau indikator awal tentang apa yang bakal berlaku dalam beberapa tahun yang akan datang.  Orang ramai tidak akan mempunyai wang, mereka akan kelaparan, kerana itu mereka akan bergaduh untuk mendapatkan wang, mereka akan bergaduh untuk mendapatkan makanan. 

Sesuatu yang amat menyedihkan  bagaimana pergolakan sosial ini bakal berlaku di kebanyakkan negara Eropah dan Amerika Syarikat. Sejauh mana ia bakal berlarutan , amat sukar dan mustahil untuk kita jangkakan, tetapi senario ini amat membimbangkan saya.”


No comments: