Bloomberg.com
APRIL 17, 2011
APRIL 17, 2011

Oleh David Mildenberg dan Pham-Duy Nguyen
April 15 (Bloomberg) -- Syarikat Pengurusan Pelaburan Universiti of Texas Amerika Syarikat (The University of Texas Investment Management Co.), yayasan akademik kedua terbesar di Amerika Syarikat memiliki aset bernilai hampir $USD1 Billion dalam bentuk jongkong emas menurut ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.
Pada Ogos 2010, Tabung yang mempunyai aset bernilai $USD19.9 Billion itu adalah yayasan akademik kedua terbesar dibelakang Universiti Harvard menurut the National Association of College and University Business Officers.
Pada 2010 yayasan tersebut membuat pelaburan tambahan berjumlah $USD500 juta dalam pelaburan emas, menurut Bruce Zimmerman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Universiti Texas. Pegangan mereka mencecah $USD987 juta tempohari, apabila pasaran hadapan emas di Comex ditutup pada harga $USD1,486 satu auns.
.
Keputusan untuk menukar pelaburan tabung berkenaan kepada jongkong emas dipengaruhi oleh Encik Kyle Bass, Pengurus Tabung Pelaburan Dallas yang juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Universiti Texas ,kata Encik Zimmerman semasa mesyuarat tahunan Universiti.semalam. Encik Bass berjaya menjana keuntungan sebanyak $USD500 juta ketika kejatuhan krisis subprima di Amerika Syarikat.
"Bank Pusat telah mencetak lebih banyak wang dari apa yang mereka sendiri miliki, jadi apakah nilai wang jika mengambilkira kuasa beli ke atas barangan dan perkhidmatan," kata Encik Bass melalui temuramah telefon bersamanya. "Saya melihat emas berperanan sebagai matawang cuma bezanya mereka tidak boleh lagi mencetaknya sesuka hati".
Yayasan tersebut, dimana tabung luar negaranya di urus oleh the University of Texas System dan Texas A&M University, mempunyai 6,643 jongkong emas ataupun 664,300 auns emas , berdaftar dalam pasaran Comex di New York yang dimiliki oleh HSBC Holdings Plc, Bank yang berpusat di London , menurut laporan yang diedarkan semasa mesyuarat di Austin semalam.
No comments:
Post a Comment