Image: Gold © Comstock Images-Jupiterimages


Dengan lonjakan harga minyak dunia dan tenaga hari ini , pelabur merasa bimbang. 
Mereka bimbang mengenai risiko ketidakstabilan politik , kejatuhan nilai Dollar dan mereka bimbang  mengenai inflasi bilamana Federal  Reserve US terus menerus mencetak wang sebagai alternatif untuk plan pemulihan ekonomi walaupun menyedari tanda-tanda inflasi besar bakal melanda.


Kesannya , harga emas terus bergerak naik. Sebagaimana tahun lepas,  harga emas meningkat tinggi lanjutan kebimbangan mengenai krisis hutang di Eropah dan kemelesetan ekonomi yang sedang melanda Amerika Syarikat.

Hari ini , kebimbangan baru menguasai hati dan fikiran kebanyakkan pelabur. Ketakutan mereka muncul kembali dan logam kuning kembali mendapat tempat di hati pelabur. Harga emas telah ditutup dengan rekod tertinggi pada USD$1,474.10 (RM4,451) satu auns pada minggu lepas, dan sedang menuju untuk melepasi USD$1,500 (RM4,530) satu auns.
Jadi berapa tinggikah harga emas bakal meningkat ?
Percaya atau tidak, kebanyakkan penganalisis meramalkan harga emas akan bergerak naik  sehingga USD$5,000  (RM15,000) satu auns -- bukan sertamerta tetapi lebih awal dari yang semua orang jangkakan. 

Perjalanan Emas untuk mencecah harga USD$5,000. 
Menurut sumber dari Standard Chartered, harga emas sedang menuju ke pusingan baru "super-cycle" kerana beberapa faktor- termasuk permintaan pangguna  dari Asia dan pertumbuhan terhad bekalan- gabungannya telah menolak harga lebih tinggi. Pasukan penganalisis yang diketuai oleh Encik Dan Smith,  menjangkakan harga emas akan bergerak kepada  $2,107 (RM6,363) satu auns pada tahun 2014.
Image: Anthony Mirhaydari
Anthony Mirhaydari

Pasukan penganalisis ini melihat potensi kenaikan harga yang lebih besar. Dalam kajian  mereka , "statistical modeling suggests a possible 'super-bull'  senario harga emas akan bergerak kepada  USD$4,869 (RM14,704) satu auns menjelang tahun 2020."
Ianya adalah mengenai bekalan dan permintaan (supply and demand)

Faktor permintaan juga dipengaruhi oleh peningkatan kekayaan penduduk di Asia. Terdapat bukti kuat pertalian antara peningkatan pendapatan penduduk di Negara seperti China dan India telah meningkatkan permintaan terhadap Emas. Sebahagiannya adalah kerana faktor budaya, dengan emas mempunyai pertalian istimewa dalam upacara keagamaan masyarakat di sana.

Data dari Shanghai Gold Exchange  memaparkan import emas di China mencecah 230 tan  dalam 10 bulan pertama 2010. Bagaimanapun pada 2 bulan pertama 2011 sahaja, pakar industri di petik oleh Standard Chartered menganggarkan import emas di China  telah melonjak  220 tan.

Tanpa di sangkal, usaha China untuk memerangi inflasi telah menyumbang kepada kenaikan  harga emas, di mana orang ramai melihat emas sebagai alternatif perlindungan kepada kekayaan mereka dari di rompak oleh kenaikan harga barangan.

 

 



David Davis, jurutera perlombongan di Afrika Selatan yang juga merupakan penasihat logam berharga untuk SBG Securities berkata , malah golongan petani miskin di India pun, bila cuaca  moonson sangat baik dan hasil tani  mereka menjadi , akan menukar wang mereka dengan membeli emas.
Golongan ini mungkin tidak faham dengan nilai kadar faedah, compounding atau portfolio diversification, tetapi mereka tahu logam emas di terima sebagai penyimpan nilai terbaik di seluruh dunia sejak berzaman dahulu.


Malah senario  "super-bull" bergantung kepada China dan India: Kadar purata pendapatan  masyarakat (average income per head) di China dan India dijangka mencapai 30%  berbanding Amerika Syarikat menjelang  2030 -- meningkat  2% berbanding  U.S. pada  1980an dan sekitar 6% hari ini. 

Standard Chartered  melihat di India sahaja , sebanyak 500 juta  perusahaan baru dan peluang pekerjan bakal diwujudkan menjelang 20 tahun akan datang,- peluang pekerjaan yang akan meluaskan masyarakat pertengahan (middle class society) di India dari 10%  kepada 90% berbanding penduduk negara India ketika itu. 

Peperangan terhadap inflasi. 

Bagaimanapun jangkaan kenaikan harga emas sehingga USD$5,000 satu auns tidak akan berlaku secara mendadak. Ianya kerana sejarah telah menunjukkan sementara harga emas  akan berlegar turun dan naik  kesan dari kenaikan kadar faedah , ianya  memerlukan beberapa bulan sebelum harganya benar-benar melonjak tinggi. 

Kita berada dalam tempoh itu sekarang. Bank Pusat Eropah menjadi Pihak Berkuasa  Kewangan pertama Dunia yang telah mengetatkan polisinya pada minggu lepas. Di Amerika Syarikat , program plan $600 Billion Perbendaharaan Negara ( Federal Reserves) untuk suku tahun kedua "QE2" bertujuan untuk membawa masuk lebih banyak wang kepada ekonomi negara tersebut dijangka akan berakhir dalam masa 2 bulan lagi dan polisi kadar faedah yang rendah di jangka akan berakhir.

Ianya akan menambah minat masyarakat terhadap emas dalam beberapa bulan akan datang di mana pada masa yang sama pasaran akan melihat bagaimana agresif  President ECB Jean-Claude Trichet dan Pengerusi Federal Reserves Amerika Syarikat, Ben Bernanke mengambil langkah untuk memerangi inflasi.

Emas sudah tentu , secara tradisinya akan menjadi aset  perlindungan  pilihan pelabur di seluruh dunia untuk memerangi inflasi yang ancamannya dilihat terus meningkat ketika ini. 

"Real" inflation atau inflasi sebenar -kadar faedah telah di kawal  kepada negatif sejak  inflasi bergerak tinggi dari kadar faedah. Perolehan Kerajaan Amerika Syarikat untuk 2 tahun kebelakangan ini berada pada paras 0.85% sementara inflasi harga pengguna berada di kedudukan 2.2%. 

Negatif 1.45% perolehan sebenar adalah tanda betapa banyaknya wang fiat kertas  US Dollars yang telah beredar di pasaran dan tekanan kenaikan harga barangan yang tinggi di sana.Keadaan ini memaksa pelabur menukar wang kertas milik mereka kepada aset yang boleh  mengekalkan kuasa beli mereka (purchasing power) dalam suasana  kadar faedah negatif hari ini, Aset seperti emas sudah pasti menjadi pilihan utama.