Friday, March 4, 2011

Untuk Apa Dinar Ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Malam ini bila saya cek inbox di FB ada satu soalan menarik... "Dah beli Dinar nak guna di mana?" & " Apa guna simpan dinar nih?" Baiklah jawapan saya sangat mudah, bagi yang baru nak faham saya akan terangkan cara level 101, supaya mudah faham.



Dinar / emas muncul sebagai hero di tengah penindasan ekonomi, kenapa kita belum sedar?

   Anda tahukan apa itu inflasi? Inflasi menyebabkan nilai wang kita susut, 10 sen zaman dulu tak sama dengan nilai 10 sen zaman sekarang, betul tak? Dalam masa yang sama, nilai emas semakin meningkat, sebabnya permitaan yang tinggi serta kekurangan sumber emas, emas tak boleh dicipta, betul tak?

   Mari kita bandingkan, wang kertas boleh dicetak dan inflasi ( Ringgit 7% setahun) dan emas semakin naik. Bila anda beli emas dengan Harga RM500, setahun akan datang mungkin akan jadi RM 635 ( kenaikan harga emas setahun antara 20-30%) Jika anda simpan wang kertas RM 500, setahun akan datang nilai ( kuasa beli) mungkin  dah jadi RM465, disebabkan inflasi. Tak kisah la Dinar Emas atau Gold bar, janji emas 999 atau 916.

Dinar & Dirham VS Fulus, siapa akan menang?

Ok, lagi satu, dinar kita boleh gunakan dalam urus niaga, di mana nak guna? Di mana sahaja, jika penjual mahu menerima Dinar tak ada masalah. Pendek kata, dinar sebagai matawang masa depan dan dinar / emas (Secara umum) menyelamatkan wang anda. Soalan terakhir yang ditanya "Kat mana nak beli dinar ni?" Jawapan saya mudah " Beli la dengan saya, saya ada juai..." :) Selamat menyimpan emas

No comments: