Pagi tadi ada la tengok post di Public Gold Suppoter, ada satu post tertulis " 1 Dinar 1 Bulan " menarik idea tu tapi saya manipulasi sikit, sebab saya nak galakkan student yang mana dapat biasiswa dan cara nak elakkan duit dari mengalir deras, sedar-sedar dah habis, caranya setiap kali dapat elaun, beli 1 Dinar
(ini sebagai penyelamat wang kita).
Kalau pengajian 8 Semester, dah ada 8 Dinar. Ok katakan duit memang tak cukup, tak salah kalau satu tahun satu dinar, janji kita mesti ada duit simpanan. Sebab apa dinar menjadi pilihan dan cadangan saya kepada rakan-rakan, jawapannya " Dinar murah sikit" berbanding Gold Bar. Mari kita buat pengiraan
Harga Dinar Terkini ( 9 Januari 2011) = RM 644
Kita bajet setahun kita simpan 1 Dinar RM644/ 12 = RM54 (saya genapkan)
Harga emas naik 20-30% setahun, saya anggarkan 25%, Jadi harga hujung tahun mungkin RM805
RM 805 - RM644 = RM161 (kenaikan dari harga asal)
RM 161/ 12 = RM13
Jumlah yang perlu di simpan sebulan RM 13 + RM 54 = RM67
Jumlah yang perlu disimpan sehari RM 67 / 30 hari = RM 2.23 ( Genapkan RM 2.40 )
Ini secara am saja, dan ini cara yang saya cadangkan, apa-apa pun anda sendiri perlu bijak merancang kewangan. Selamat melabur.

No comments:
Post a Comment