Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca ,
Perkataaan insurans sudah tidak asing bagi kita di zaman sekarang . Semua orang tahu secara asas apa itu insurans namun tidak ramai yang betul-betul memahami secara detil apa itu insurans termasuk saya .
Apa yang dapat saya rumuskan mengenai insurans adalah :
Sekarang terdapat dua kategori iaitu , “Insuran Konvensional” merupakan kontrak pembelian polisi bagi menanggung kerugian (jika ada).
Manakala “Insurans Takaful” pula merupakan kontrak menderma dan tolong-menolong (bukan membeli polisi) kepada satu tabung bagi membantu sesiapa yang dilanda musibah.Insurans konvensional dan insurans takaful pula mempunyai 2 pecahan asas iaitu “hayat” dan perubatan/kemalangan.
Cukuplah sekadar intro mengenai insurans kerana saya bukan seorang agen insuran.
Berbalik kepada topik asal kita pada hari ini mengenai “Insurans Emas Fizikal ” . Mengikut pengetahuan saya , belum ada syarikat/organisasi yang menyediakan perkhidmatan insurans dalam bentuk emas fizikal .
Persoalannya MENGAPA ? Sama-sama kita kaji dan fikirkan…….
Tahukah anda sebenarnya anda boleh cipta sendiri insurans anda tanpa melibatkan pihak lain.BAGAIMANA ?
Caranya adalah melalui “beli emas fizikal ” . Semua orang kata ” emas adalah penyimpan nilai terbaik ” , kalis inflasi , susah untuk dimanipulasi dan pelaburan paling minima risiko.So hari ini saya tambah satu lagi kelebihan adalah insurans terbaik untuk anda. Untuk renungan bersama :
Setiap bulan anda mengeluarkan duit fiat untuk membayar pakej insurans yang anda langgan . Bila “mengalami saat kecemasan , anda perlu memohon bantuan mengikut pakej yang anda langgan.”Nota : Setiap tahun nilai “duit fiat” semakin susut.
Anda mengeluarkan duit fiat untuk beli emas . Bila “mengalami saat kecemasan , anda boleh jual / gadai tanpa perlu mengikut pakej.”Nota : Setiap tahun nilai “emas” semakin naik.
Kesimpulan dalam soal ini adalah , masing-masing mempunyai kelebihan dan keburukan tersendiri.Anda sendiri yang menentukan pilihan.Buatlah pilihan terbaik untuk diri anda untuk kehidupan sementara yang lebih mendamaikan.
No comments:
Post a Comment