Sunday, March 20, 2011

Dinar Emas

DINAR EMAS | Dinar Emas dalam syariat Islam
Dinar emas merupakan mata wang logam yang berbentuk kepingan syiling emas. Ia juga dikenali sebagai matawang syariah umat Islam kerana ditempa oleh Sayidina Umar al-Khattab. Dinar emas diperbuat daripada emas tulen 22 karat atau emas jenis 916 dengan berat 4.25 gram bagi setiap keping dinar. Harga dinar ditentukan mengikut harga pasaran emas semasa.
Bagaimanapun kini telah ada Dinar Emas berat 4.25gm yang dikeluarkan dengan ketulenan 999.9 (24K) di pasaran Malaysia. 

Dinar juga di kenali sebagai wang sunnah

Banyak dalil-dalil sahih dari al-Quran dan Al-Hadis menjelaskan tentang dinar .antaranya,
“Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya”. (Surah Ali Imran : 75)

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.” (Hadis)

No comments: