Tuesday, March 22, 2011

HARGA EMAS TERUS MELONJAK. SERANGAN PAKATAN BERSEKUTU AMERIKA DAN BARAT TERHADAP LIBYA,MENDORONG KENAIKAN KOS BAHAN TENAGA DUNIA

pnguyen@bloomberg.net

Harga emas melonjak untuk minggu ke 4 berturut-turut , mencatat harga tertinggi dalam masa kurang satu minggu selepas serangan udara terhadap Libya meningkatkan permintaan pelabur terhadap logam berharga (Precious Metal) sebagai pelaburan lindung nilai (safe haven)

Pegawai Tentera Pasukan Bersekutu berkata pengeboman dan serangan udara selama 2 hari terbukti berkesan melumpuhkan Tentera Udara Muammar Gaddafi. Pemimpin Libya menggelar usaha tentera pakatan yang meningkatkan serangan ke atas negaranya di ketuai Amerika, UK dan Perancis itu sebagai " Pesta Syaitan". 
Di Yemen , Presiden Ali Abdullah Salleh telah memecat kabinetnya semalam dan kini  terus berhadapan dengan pemberontakan dalam negara yang semakin meningkat.

"Pasaran Emas bertindak balas kerana menyedari Gaddafi tidak akan berdiam diri" kata Frank Mg Ghee , Ketua Pengedar di Integrated Brockerage Services LLS di Chicago. Jika Gaddafi mengambil sikap beralah dan beliau kekal berkuasa melalui gencatan senjata, keadaan ketidaktentuan akan terus bergolak di Rantau tersebut.

Dagangan hadapan Emas dunia untuk penghantaran April melonjak $USD10.30, atau 0.7% untuk berada pada paras $USD1,426.40 satu auns pada jam 1:47 p.m di pasaran Comex New York. Harga emas mecatat keuntungan 1.7% dalam dagangan sessi ketiga, mencatat rekod $USD1,445.70 satu auns pada 7 Mac 2011.

Dagangan hadapan Siver (Perak)  bagi penghantaran Mei juga meningkat 94.3 cents, atau 2.7% kepada $USD36.001 satu auns di Comex. Harga logam Perak meningkat kepada $USD36.745 pada 7 Mac 2011, kenaikan tertinggi sejak Mac 1980, tahun di mana harga dagangan hadapan Perak mencecah rekod $USD50.35 se auns.


Dagangan hadapan logam Palladium untuk penghantaran Jun juga meningkat $USD11.10 atau 1.5%, kepada $USD742.30 se auns di Pasaran Tukaran Mercantile New York. Dagangan hadapan logam Platinium untuk penghantaran April juga meningkat $USD21.50 atau 1.2% kepada $USD1,744.90 se auns di pasaran Nymex.


No comments: