Tahukah anda syiling emas termahal di dunia ialah syiling emas Saint-Gaudens Double Eagle edisi 1933. Ia amat diburu dan dicari-cari oleh pengumpul syiling emas seluruh dunia. Selain amat terhad dan sukar ditemui ia mempunyai sejarahnya yang unik, di mana ia terlepas daripada dileburkan semula secara besar-besaran di Amerika.
Sejak 1933, memiliki syiling emas Double Eagle adalah dilarang. Ketika itu sebanyak 445 ribu keping syiling emas Double Eagle telah dirampas daripada orang awam yang memilikinya. Daripada beribu2 keping syiling emas yang dilebur untuk dijadikan jongkong emas, hanya satu syiling emas Double Eagle ini sahaja yang terlepas dan terselamat dari dileburkan.
Ia kemudian jatuh ke tangan Raja Mesir iaitu Raja Farouk dan berada dalam simpanannya selama 40 tahun. Akhirnya ia dijumpai semula oleh agen perisikan rahsia di New York. Pada 30 Julai 2002 ia memecah rekod harga jualan tertinggi syiling emas apabila berjaya dilelong di rumah lelong Sotheby’s New York dengan nilai sebanyak USD 7.59 juta.
Ternyata syiling emas Double Eagle edisi 1933 tersebut mempunyai kisah sejarah dan riwayatnya yang sangat panjang serta unik, maka tak hairanlah jika ia menjadi syiling paling berharga di atas muka bumi ini. Ini baru betul2 dipanggil syiling emas numismatic.
No comments:
Post a Comment