Salam,
Ramai sahabat tanya saya betul ke untung bila kita pajak emas kat Ar Rahnu Agro Bank ni. Ada juga yang kata kalau emas kita banyak bolehla untung. Ok sekarang kita buat perbandingan keuntungan tahunan institusi kewangan di Malaysia dengan emas. Tak payah modal besar kita buat yang kecik2 je.
Kita mulakan dengan beli Emas 1 Dinar Goldcrest Pavillion (GCP). Harga sekarang RM675 satu Dinar. Kenapa saya suruh beli Dinar Emas GCP? Mudah sebab ianya adalah Emas 4.25gm dengan purity atau ketulenan 999.9(24K).
Manakala Dinar lain kebiasaannya 4.25gm dengan purity 916 (22K) iaitu kadar ketulenan yang digunapakai sejak zaman pemerintahan Saidina Khalifah Umar Al Khatab lagi.
Emas 999 dan Emas 916 mempunyai Kadar Marhun yang berbeza bila kita buat pajakan di Arahnu Agro Bank.
Emas 999- Kadar Marhun adalah RM165.80 segm
Emas 916- Kadar Marhun adalah RM151.90 segm
Harga emas di Kedai Emas seluruh Malaysia yang ditetapkan oleh Federation Of Goldsmith Assosiation Malaysia (FGAM) juga berbeza
Emas 999 (24K) - RM160 segm
Emas 916 (22K) - RM153segm
1 Dinar adalah 4.25gm emas.
Ok. Kita bayar RM675.00 kita dapat emas 1 Dinar. Kita bawa emas tersebut ke Agro Bank. Agro Bank akan buat penilaian seperti berikut.
1. 4.25gm x RM165.80 = RM704.65 (Dipanggil nilai marhun)
2. Anda akan dapat cash tunai serta merta 70% dari nilai marhun
= RM704.65 x 70% = RM493.25
= RM704.65 x 70% = RM493.25
3. Tempoh pinjaman anda adalah 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan
= 11 bulan
= 11 bulan
4. Anda hanya perlu bayar upah simpan = RM704.65 x 0.75%
= RM5.28 sebulan. Kalau 11 bulan adalah RM58.13
= RM5.28 sebulan. Kalau 11 bulan adalah RM58.13
5. Wang tunai pinjaman RM493.25 tadi anda tambah lagi
RM181.75 anda dapat lagi 1 Dinar emas GCP
RM181.75 anda dapat lagi 1 Dinar emas GCP
6. Kini anda ada 2 Dinar emas dengan berat 8.5gm. 1Dinar di
Bank. 1 Dinar pada anda. Dengan nilai RM1350.00 (RM675x2)
Bank. 1 Dinar pada anda. Dengan nilai RM1350.00 (RM675x2)
7. Modal yang anda telah keluarkan adalah RM675.00 (Emas 1) +
RM181.75(Emas ke2) = RM856.75
RM181.75(Emas ke2) = RM856.75
7. Katalah harga emas naik 20% selepas 11 bulan.
Ok kita buat kiraan :-
RM675.00 x 20% = RM810.00 (Emas 1)
RM675.00 x 20 % =RM810.00 (Emas 2)
Kini nilai emas anda adalah = RM 1620.00
Tolak (-) pinjaman Bank anda = RM 493.25
Tolak (-) upah simpan 11 bulan = RM 58.13
Total = RM 1,068.00
Tolak (-) Modal = RM 856.75
Total Bersih = RM 202.25 ( 23.5%)Dan anda kini juga ada emas 1 Dinar bernilai RM810.00 di tangan (naik 20%)
Bermakna untung bersih 43.5%
Itu kalau harga emas naik 20%. Tahun lepas naik 37%
Sebagai perbandingan :-
Tahun ni ASB declare deviden 8%
Tabung Haji 7.5% ( lepas tolak zakat 5.5% bersih)
KWSP dividen 5.8%
Agak-agak untung ke tidak?
No comments:
Post a Comment