Apa itu MAHAR??
Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Kita mulakan dengan persoalan ini.
Apa itu MAHAR? Mahar berasal daripada perkataan Arab. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah Persekutuan )1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang.
Tujuan Artikal ni adalah untuk mengajak anak2 muda yang belum berkahwin, apa kata kalau kita menyimpan dinar emas dari sekarang.. . Dinar emas pun dah boleh digunakan sebagai mas kahwin.. Jadi masa akad nikah. xpayah la kita nk convert dinar tu kepada wang kertas. Nanti dinar 2 boleh jadi aset pada isteri kita.
Sebagai mana yang kita sedia maklum, setiap tahun nilai mahar ( mas kahwin ) sentiasa meningkat sejajar dengan susutnya nilai duit kertas yang telah kita sedia maklum.
Kalau zaman saya dahulu mas kahwin dalam RM3000++. Tapi Sekarang kalau letak mas kahwin RM3000 orang dah tak pandang.
Paling sikit pun RM7000-RM8000. Apa yang berlaku sekarang, nilai mas kahwin tengok atas education bakal isteri. Diploma pun paling rendah RM6000, itu belum yang belajar degree.
Kalau kita simpan duit kertas untuk kahwin, mungkin masa kita mula bekerja. Nilai mas kahwin pada masa tu RM6000 (2009). Dan kita dah simpan RM6000 untuk kahwin 5 tahun lg(2014).
Ni contoh 1. Mungkin pada masa 5 tahun akan datang. Nilai masa kahwin dah naik ke RM10,000. Jadi mcm tak berbaloi simpanan kita tu. Kita terpaksa lg menyimpan RM4,000 lg jika pada masa tu keluarga mertua mintak RM10,000 sebagai mas kahwin. Ni contoh 2. Seperti mana yang kita sedia maklum. kenaikan harga emas dalam anggaran 25% setahun.
Cuba kita bayangkan dalam masa 5 tahun.
5 tahun x 25% = 125%. Banyakan kenaikan harga emas. Dalam masa 1 tahun kita bole simpan 10 keping dinar emas dengan harga belian sekeping RM650.
Tahun 2011 : RM 650 x 10 keping dinar emas = RM6500
Tahun 2012 : RM6500 x 25% = RM1625 + RM6500 = RM8125
Tahun 2013: RM8125 x 25% = RM2031 + RM8125= RM10,156
Tahun 2014 : RM10,156 x 25% = RM2,539 + RM 10,516 =
RM13,055
Tahun 2015 :RM13,055 x 25% = RM3,263 + RM13,055 = RM16,318
Tahun 2016 : RM16,318 x 25% = RM4,079 + RM16,318 =
RM20,397
Cuba bayangkan, dengan simpanan dinar pada tahun 2011 sebanyak 10 keping dengan harga RM6,500. Nilai dinar kita pada masa 5 tahun akan datang bernilai RM20,397
Dengan Cara ini bukan sahaja simpanan kahwin kita terjamin tapi siap mempunyai lebihan lagi. Semoga dengan artikel ini. Anak-anak muda yang belum berkahwin boleh buka minda mereka dalam kepentingan dan kebaikan dalam penggunaan dinar sebagai mas kahwin & ibu bapa yang ada anak2 boleh rancang belanja kahwin anak2 dengan lebih awal.
Hebat tak bagaimana Rasullulah SAW mengajar kita menyimpan emas dan perak.
No comments:
Post a Comment