Tuesday, March 19, 2013

“KELUARKAN SEMUA ASSET ANDA DARI BANK– SEKARANG"



"Tiada cara atau jalan bagaimana untuk mengelakkan keruntuhan sepenuhnya sistem kewangan dunia yg bersandarkan perluasan hutang (credit expansion). 

Alternatif yg ada hanyalah samada krisis tersebut akan berlaku dlm tempoh terdekat kesan sikap tidak ambil peduli terhadap amalan berhutang, atau ia akan berlaku kemudian di mana ia akan melibatkan malapetaka besar keruntuhan sepenuhnya sistem matawang terlibat".

 – Ludwig von Mises.   

CYPRUS 

Kejadian di Cyprus akan di kenang dalam lipatan buku sejarah sebagai pemangkin kepada keruntuhan Skim Ponzi yang beroperasi berabad lamanya. 

Ia boleh diangkat sebaris dengan peristiwa tembakan di  Sarajevo yang memulakan perang dunia pertama atau keruntuhan Kreditanstalt tahun 1931 yang menjadi permulaan era kemelesetan besar ekonomi dunia. 

Tidakkah sesuatu yang ironi, selepas genap 100 tahun penubuhan The Fed (Bank persendirian yang ditubuhkan utk manafaat para bankers) sistem kewangan yang rapuh & bangkrap ini akan runtuh di sebabkan ketidakmampuan (insolvency) beberapa buah bank di Cyprus.

Apa yg berlaku di Cyprus mungkin bukan menjadi penyebab utama kpd keruntuhan ekonomi tetapi ianya ibarat petanda awal bahawa apa yang selama ini kita bimbangkan memang sesuatu yg tidak dpt di elakkan.

Hanya terdapat 2 kesan kemungkinan dari krisis yg kita hadapi skg:

- Samada akan berlaku 'bank run' (orang ramai berebut2 mengeluarkan wang dari bank) secara leveraj besar2an (25-50 kali ganda) dari sistem bank yang akan mengundang kpd segala hutang tidak akan di bayar & berlaku  keruntuhan bersifat deflasi (kemelesetan melampau).


- Sebagai alternatif, kita akan melihat kerja2 mencetak wang secara besar2an yang tidak pernah berlaku sebelum ini di planet bumi & bakal membawa kpd kemelesetan melampau.

Kesan kedua paling mungkin berlaku walaupun risiko keruntuhan kewangan sgt tinggi , sekiranya bank pusat terlalu lambat mengalirkan wang ke dalam sistem bank.

Kesan kemelesetan melampau akan menyebabkan tidak ada satu bank pun akan berjaya di selamatkan k'jaan (bail out)  & tidak ada satu sen pun wang yang tinggal dalam sistem bank. 

Dan kesan inflasi melampau pula akan menyebabkan kesemua wang yang ada menjadi langsung tidak bernilai.

Dalam kedua2 kes ini emas akan menjadi satu2nya asset tunggal terpenting.

Sudah tentu mencetak wang tidak akan menyelesaikan sebarang masalah kerana wang kertas tidak mempunyai sebarang nilai instrinsik & tidak dapat mencipta kekayaan. 

Cyprus ibarat model mini kepada sistem kewangan dunia. IMF, Bank Pusat Eropah & ahli politik berfikiran mereka boleh menyelesaikan masalah dengan para pendeposit bank di negara berkenaan menanggung sama kerugian atau hutang negara berkenaan. 

Tetapi mereka jelas tidak memikirkan akibatnya. Tindakan sebegini bukan sahaja akan mendorong pendeposit bank di Cyprus panik lantas berpusu2 mengeluarkan wang mereka (bank run) tetapi ianya juga akan merebak di negara2 yang lemah ekonominya sprt Ireland, Spain, Portugal, Italy, Greece dsb. Malah ia mungkin akan merebak ke seluruh dunia.
USPDGOLD1900-2012
IMF, Federal Reserves, Bank Pusat Eropah, Bank Of England, Bank Of Japan dan Bank Pusat lain dlm tempoh terdekat ini mungkin akan mengambil tindakan bersepadu untuk menyokong sistem kewangan dalam usaha mengelakkan keruntuhan sepenuhnya sistem kewangan dunia.

Sejak lebih 10 tahun lamanya saya terus menasihatkan para pelabur agar menjauhkan asset mereka dari sistem bank. 

Ia bukan bermakna asset dlm bentuk wang tunai sahaja tetapi juga segala bentuk pelaburan seperti saham, bon, emas dan lain2 yang sudah tentu bakal lenyap sekiranya bank tersebut jatuh bangkrap. 

Perlindungan kekayaan hari ini sememangnya kritikal. Ia meliputi langkah untuk menjauhkan atau menghindari dari risiko pihak ke 3 seboleh mungkin. 

Segalanya yang berkaitan sistem perbankkan mempunyai risiko pihak ke 3 walaupun melibatkan asset yang di anggap di asingkan (segregated) atau punya peruntukkan khas (allocated). 

Skandal Lehman Brothers, MF Global dan Sentinel adalah contoh terbaik bagaimana asset milik pelanggan bank lesap bila di simpan dalam sistem perbankkan. 

Emas dan Perak akan terus bertindak sbg cerminan kpd keruntuhan total wang kertas yang dipengaruhi oleh kerja2 mencetak wang tanpa had.  

Pelabur perlu terus menyimpan fizikal logam beharga & ianya mesti disimpan di luar dari sistem bank.


Egon von Greyerz
Founder and Managing Partner
Matterhorn Asset Management AG / Gold Switzerland

No comments: