Majoriti penganalisis ekonomi meramalkan logam emas akan mencecah harga parabolik tertinggi sekitar US$5,000 per troy ounce dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Mengambilkira fakta sejarah, pergerakkan harga logam perak adalah 90-98% berkaitrapat dengan harga emas dan harga logam tersebut juga dijangka akan melonjak tinggi di pasaran.
Di tambah pula harga logam perak ketika ini berada jauh di bawah nilai sebenarnya (undervalued) jika dibandingkan dengan hubungan sejarah panjangnya dengan harga logam emas.
Sudah tentu adalah sesuatu yg realistik untuk kita menjangkakan harganya akan meningkat secara dramatik pada tahun2 akan datang.
Tetapi persoalannya berapa tinggikah harganya di masa akan datang?
Artikel ini ditulis bertujuan memberi pencerahan kpd anda tentang sejarah nisbah (ratio) harga antara logam emas dan perak berdasarkan prestasi pergerakkan harga semasa emas sepanjang zaman.
NISBAH EMAS : PERAK
Bagaimana prestasi kedua2nya, jika dilihat secara beriringan tidak memberi kita gambaran yang lengkap.
Lebih penting sebenarnya adalah 'hubungan rapat' natra 2 logam beharga ini.
Korelasi @ pertalian-antara kedua2 logam ini dari masa ke semasa, nisbah antara emas dan perak.
Mari kita lihat nisbah antara harga emas dan perak dari beberapa perpektif yang berbeza :
- Semenjak tahun 1985 nisbah antara harga emas dan perak adalah 45.7 nisbah1 (45.7:1).
- Semasa berlaku pergerakkan parabolik pasaran logam berharga pada 1979/80 , nisbah antara emas dan perak telah menyusut dari nisbah 38 nisbah 1 (38:1) pada Januari 1979 kepada 13.99 nisbah 1 (13,99:1) pada ketika harga tiba ke kemuncak pada Januari, 1980.
Ayuh kita lihat perbandingan antara harga emas & perak di pelbagai peringkat satu persatu, dan lihat apakah kesimpulan yang dapat kita rumuskan.
Pertama, kita gunakan harga emas pada hari ini iaitu sekitar US$1,600/ auns sebagai kayu ukur perbandingan untuk mendapatkan ratio antara harga emas dan perak berdasarkan kpd ratio di atas (1979/80).
Lihat berapakah potensi atau % peningkatan yang akan berlaku terhadap harga perak.
- Harga emas @ US$1,600/auns menggunakan ratio 45:1 akan meletakkan harga perak berada pada US$35.56/ auns
- Harga emas @ US$1,600/auns menggunakan ratio 13.99:1 akan meletakkan harga perak pada US$114.37/auns
Sekarang cuba kita unjurkan potensi kenaikan harga perak sekiranya harga emas melonjak kepada US$2,000, US$3,000, US$5,000 dan US$10,000/ auns.
Berapakah nisbah @ ratio harga emas dan perak sekiranya kita menggunakan ratio harga (1979/80) tadi.
Potensi harga Perak jika harga Emas pada kedudukan US$2,000/auns
- Harga emas @ US$2,000/auns menggunakan ratio 45:1 akan meletakkan harga perak pada US$44.44 /auns
- Harga emas @ US$2,000/auns menggunakan ratio 14:1 akan meletakkan harga perak pada US$142.85 /auns
Potensi harga Perak jika harga Emas pada kedudukan US$3,000/auns
- Harga emas @ US$3,000/auns menggunakan ratio 45:1 akan meletakkan harga perak pada US$66.87 / auns
- Harga emas @ US$3,000/auns menggunakan ratio 14:1 akan meletakkan harga perak pada US$214.29 /auns
Potensi harga Perak jika harga Emas pada kedudukan US$5,000/auns
- Harga emas @ US$5,000/auns menggunakan ratio 45:1 akan meletakkan harga perak pada US$111.11 /auns
- Harga emas @ US$5,000/auns menggunakan ratio 14:1 akan meletakkan harga perak pada US$357.14 /auns
Potensi harga Perak jika harga Emas pada kedudukan US$10,000 /auns
- Harga emas @ US$10,000/auns menggunakan ratio 45:1 akan meletakkan harga perak pada US$222.22 /auns
- Harga emas @ US$10,000/auns menggunakan ratio 14:1 akan meletakkan harga perak pada US$714.29 /auns.
Ringkasnya jika kita lihat dari pelbagai sudut, harga logam perak hari ini berada jauh di bawah nilai sebenar berbanding dengan emas & sudah tentu ia menjanjikan pulangan pelaburan yang lebih menguntungkan di masa hadapan.
KESIMPULAN : NISBAH HARGA EMAS & PERAK
Jika kita menoleh kembali kpd sejarah , jelas ia mengajar kita bahawa kenaikan nisbah harga emas dan perak pada abad lalu berlaku kerana seluruh dunia percaya bahawa matawang kertas (fiat) yang kita gunakan hari ini adalah wang sebenar, walaupun hakikatnya ia adalah ilusi kita semata-mata.
Penggunaan matawang kertas boleh diibaratkan satu ujicuba yang membawa kemusnahan dalam suasana krisis kewangan hari ini, dan apabila ianya berlaku harga emas dan perak pasti akan melonjak lebih tinggi.
Ketika itu nisbah harga antara emas dan perak akan menyesuaikan diri seiring dengan hubungkait sejarah kedua2 logam berharga ini.
KESIMPULAN : NISBAH HARGA EMAS & PERAK
Jika kita menoleh kembali kpd sejarah , jelas ia mengajar kita bahawa kenaikan nisbah harga emas dan perak pada abad lalu berlaku kerana seluruh dunia percaya bahawa matawang kertas (fiat) yang kita gunakan hari ini adalah wang sebenar, walaupun hakikatnya ia adalah ilusi kita semata-mata.
Penggunaan matawang kertas boleh diibaratkan satu ujicuba yang membawa kemusnahan dalam suasana krisis kewangan hari ini, dan apabila ianya berlaku harga emas dan perak pasti akan melonjak lebih tinggi.
Ketika itu nisbah harga antara emas dan perak akan menyesuaikan diri seiring dengan hubungkait sejarah kedua2 logam berharga ini.
No comments:
Post a Comment