Tuesday, August 14, 2012

PEMENANG PINGAT EMAS OLIMPIK TIDAK LAGI MEMILIKI LOGAM EMAS YANG BERBALOI DENGAN BERATNYA


Gold factor: Great Britain won plenty of gold medals at London 2012 - but is it a better option to invest in it, or stick with a cash Isa?

Oleh En Bill Briggs , NBC News Contributor

Hari ini dan malam ini , semasa berlangsungnya acara olahraga akhir lompat jauh, 100 meter berpagar, lompat galah dan gimnasium, para athlit akan bertanding bermati-matian sesama mereka untuk mendapatkan pingat Perak.

Jangan tersilap, mereka bukan bertarung untuk mendapatkan tempat kedua. 

Tetapi secara teknikalnya, apabila para juara ini berdiri dipodium semasa lagu kebangsaan negara mereka berkumandang di sebelah petang, kebanyakkan mereka akan tersenyum girang apabila dikalungkan pingat emas dan menciumnya sebagai tanda kepuasan tanpa menyedari bahawa hampir kesemua bahan logam pingat tersebut sebenarnya dibuat dari logam Perak (Silver).

Mungkinkah para pemenang dihargai mengambilkira segala pengorbanan dan usaha keras mereka selama 4 tahun untuk mencapai pingat emas bersejarah tersebut?

Oh adakah ianya benar emas? 

Pingat emas juara Olimpik tersebut sebenarnya mempunyai ketulenan 92.5% logam Perak di dalamnya dan hanya disadurkan dengan lapisan emas yang sangat tipis di luar

Penganjur Olimpik London 2012 dengan bangganya, sengaja menghasilkan pingat emas bersaiz terbesar dalam sejarah Olimpik. 

Setiap satu berskala 400gm, 2 kali lebih berat dari pingat emas yang dihasilkan semasa Olimpik Beijing 2008. Tetapi mereka gagal menghasilkan pingat emas paling dihargai sepanjang sejarah Olimpik.

Disebabkan salutan emas yang mewah sebanyak 6gm-bernilai sekitar US$302 pada harga pasaran hari ini- manakala baki 394 gm lagi merupakan logam Perak (bernilai US$318) - pingat emas tersebut jika dileburkan sebagai logam tulen bernilai sekitar US$620 (sekitar MYR 1,940), menurut Lear Capital, syarikat logam beharga berpusat di Los Angeles Amerika Syarikat.

Memang benar : Nilai pingat emas Olimpik London tidak berbaloi berbanding saiz & beratnya. 

Penganjur Olimpik London, mereka menghasilkan pingat atau syilling emas yang bersaiz lebih besar dari mana-mana pingat Olimpik yang pernah disediakan penganjur sebelum ini.

Sudah tentu anda boleh membuat syilling emas sebesar mana yang anda mahukan sekiranya anda hanya menyalutinya dengan emas, kata En Kevin DeMerrit, pengasas Lear Capital.

"Jadi ianya memang syilling yang indah...tetapi sebahagian besar syilling atau pingat tersebut diperbuat dari logam Perak yang sudah tentu tidak memberi impak besar terhadap nilainya , mengambilkira harga Perak hanya US$26 satu aun (31.5gm) berbanding emas US$1,600 satu auns."

En Lear telah membuat kajian perbandingan antara nilai pingat emas Olimpik London berbanding di Barcelona pada 1992 (yang bernilai US$484 hari ini) , di Stockholm pada 1912, kali terakhir kejohanan Olimpik dimana pingat emasnya terdiri dari logam emas tulen sepenuhnya (bernilai US$1207 hari ini) dan di Paris pada 1900 (bernilai US$2,667 hari ini).

Bagaimanapun jangan kita merasa tidak berbaloi bagi athlit seperti Michael Phelps yang telah mengumpul 18 pingat emas peribadi acara renang, atau koleksi 28 pingat emas Olimpik yang dikumpul kontinjen Amerika Syarikat sehingga kini. 

Sebagai permulaan, pingat emas Olimpik ini tetap bernilai pada kacamata para pecinta sukan (pengumpul barangan beharga) sekiranya mereka berhasrat untuk menjualnya.

Jaguh hoki Olimpik Amerika Syarikat, En Mark Wells yang merupakan salah seorang ahli skuad terkenal pasukan Olimpik 1980, memperolehi US$310,700 untuk pingat emas yang dimenanginya apabila dilelong 2 tahun lalu.

Bersama-sama dengan pingat emas yang dikalungkan di leher, para pemenang Olimpik AS juga memperoleh honorariums dari Jawatankuasa Olimpik AS untuk menghargai jasa dan pencapaian mereka.

US$25,000 untuk pingat Emas, US$15,000 untuk Perak dan US$10,000 untuk Gangsa. Dan kini terdapat bill rang undang2 yang diperkenalkan Senator Republikan, En Marco Rubio, untuk mengecualikan cukai yang perlu dibayar oleh para athlet untuk wang ganjaran mereka.

Semua pampasan dan potensi cukai kena bayar tersebut juga meliputi nilai pingat emas yang dimenangi oleh para athlet Olimpik sepanjang kerjaya sukan mereka.

Dan pada masa hadapan, kesemua pingat2 Olimpik tersebut mungkin akan menjadi semakin kurang bernilai, menurut ramalan En DeMeritt.

Mungkin kita boleh mengambil contoh, Russia tuan rumah sukan Olimpik musim sejuk 2014.

Siapa tahu? kata En DeMerrit." Mungkin penganjur akan menggunakan logam Tembaga (Cooper) yang bernilai hanya US$3.35 satu pound dan kemudian menyadurkannya dengan Emas pula."




No comments: