Wednesday, July 18, 2012

ADAKAH GAYA HIDUP ANDA DI INSURANKAN?

 

Jika anda memiliki sebuah kereta, undang2 mensyaratkan anda perlu membeli insuran kenderaan.

Anda membeli sebuah rumah dan syarikat gadaian akan memaksa anda menyediakan insuran pemilikan rumah.

Dan jika anda sedang membina sebuah keluarga baru , anda akan dianggap gila jika tidak memiliki insuran nyawa untuk melindungi masadepan keluarga anda sekiranya berlaku sesuatu yang buruk (kematian) terhadap anda selaku ketua keluarga.

Jadi, bagaimana dengan insuran gaya hidup? 

Anda juga memilikinya , bukan ?

Malangnya, kebanyakan orang mungkin tidak memilkinya. atau mereka tidak menyedari bagaimana untuk menginsurankan gaya hidup mereka.

Anda melakukannya dengan memiliki emas.

Dan jika anda tidak mempunyai emas dalam simpanan kewangan anda, gaya hidup anda berada dalam keadaan bahaya. 

Berapa banyakkah yang anda belanjakan untuk mengurus "Gaya Hidup" anda?

Cuba fikirkan secara purata ke manakah wang anda dibelanjakan sepanjang minggu ini? Anda mungkin membeli minyak untuk kegunaan kenderaan.

Atau anda mungkin keluar membeli belah ,membeli kasut atau t shirt baru untuk diri sendiri & anak2.

Atau anda mungkin membeli ayam, ikan atau daging lembu (ternakan di mana makanan utamanya adalah soya atau jagung). Anda membeli buah2an dan sayur segar, walaupun ianya berada di luar musim selain ianya tidak di tanam di mana-mana tempat berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda.

Setiap satu dari barangan tersebut diimport secara langsung dari negara lain di dunia. Untuk itu ianya akan terjejas oleh kos pasang surut dan aliran berdasarkan harga komoditi.

Tahun lalu, setiap dari kita warga Amerika secara purata membelanjakan US$588 bagi barangan import. Kita membelanjakan sekitar US$350 sebulan untuk minyak kenderaan.

Dan secara purata kita membelanjakan sekitar US$100 seminggu untuk keperluan barangan runcit. Sudah tentu terdapat beberapa pertindihan angka kerana secara rutin kita membeli pisang dari Honduras, salad dari Mexico, bawang putih dari China. Bermakna kebanyakkan barangan import yang kita beli dibelanjakan bagi tujuan makanan setiap bulan.

Keseluruhannya secara purata,nilai perbelanjaan keluarga  di Amerika Syarikat untuk barangan makanan yang diimport, minyak dan barangan lain adalah US$1,000 sebulan.

Ia adalah gambaran sebenar gaya kehidupan kita.

Jadi cuba fikirkan apa yang akan berlaku kepada gaya hidup anda apabila wang dalam dompet anda mula kehilangan nilai berbanding dengan dengan apa yang anda beli setiap bulan.

Apabila matawang US Dollar anda kehilangan nilai, buah epal yang anda beli dari negara Chile yang satu ketika berharga US$1.29 sebiji, tiba2 kini berharga US$1.59 sebiji kerana ketika ini anda memerlukan lebih banyak matawang US Dollar untuk membeli matawang pesos Chile dan membeli buah epal mereka.

Dalam erti kata lain, apabila matawang USDollar – satu asset dalam bentuk kertas – kehilangan nilainya, para pelabur di seluruh dunia akan menukar dollar mereka kepada asset nyata seperti komoditi- ..minyak, jagung, zink dan sebagainya. Ia bermakna nilai harga asset nyata tersebut akan melonjak naik berbanding dengan matawang USDollar.

Ia bersifat semulajadi, bemakna kos barangan komoditi untuk kegunaan kehidupan kita akan meningkat tanpa kita sedari.  Harga jagung akan naik, menyebabkan kos penyediaan makanan untuk ayam dan lembu akan menjadi lebih mahal, sekaligus menyebabkan harga makanan hamburger ayam dan daging juga akan meningkat.

Ia sekaligus akan menjejaskan gaya kehidupan kita.

Matawang US Dollar yang lemah akan menyebabkan kenaikan berterusan kos kehidupan peribadi anda tanpa henti & kita sedari.Ia adalah faktor utama mengapa emas berperanan melindungi anda dari inflasi ini. 

Emas bersifat Anti-matawang Dollar 

Saya telah menulis banyak kali , sebelum sistem kewangan Amerika Syarikat bertukar menjadi porak peranda -dan ia semakin nyata pada hari ini- status tradisi emas sebagai logam berharga akan hilang kerana sifatnya akan bertukar pula menjadi matawang yang sebenar.

Ianya adalah matawang yang bergerak hampir bertentangan sama sekali dengan matawang US Dollar.

Ternyata, pada tahun lepas , pada ketika matawang US Dollar mengukuh 8% berbanding dengan mana-mana matawang lain dunia kerana kebimbangan mengenai nasib matawang Euro dan ekonomi Eropah, dalam tempoh yang sama harga emas jatuh atau merosot sebanyak 14%.

Ia adalah kenyataan sebenar yang memang wajar berlaku. Ia menunjukkan kepada kita bahawa logam emas bersifat anti-matawang US Dollar, dan pada ketika ini di mana dunia memberi fokus kepada gangguan fiskal di Amerika Syarikat , sejarah 30 tahun lampau yang menyaksikan penurunan nilai matawang US Dollar akan kembali menghantui kita.

Pada ketika itulah anda memerlukan insuran perlindungan terhadap gaya kehidupan anda.

Senario ekonomi di Amerika Syarikat hari ini tiada bezanya jika dibandingkan dengan suasana kucar kacir ekonomi di Eropah. Malah saya berani berhujah bahawa dari sudut  faktor kewangan, kita berada dalam suasana yang lebih buruk dari rakan2 kita di Eropah.

Hutang dan defisit kita amat besar. Pelan perlindungan perubatan (Medicare) dan perlindungan sosial (Social Security) ibarat periuk api yang menunggu masa untuk meletup.

Kita berhadapan dengan cabaran belanjawan yang besar pada penghujung tahun ini di mana pelbagai insentif pemotongan cukai akan tamat tempoh. 

Pelupusan tersebut akan menyebabkan kita kehilangan purata 4% pertumbuhan ekonomi , menjunamkan kita ke era kemelesetan baru atau melebarkan potongan cukai kepada setahun lagi atau lebih lama sekaligus menambah bebanan hutang sedia ada.

Dan para badut kita berterusan memilih ahli Kongress yang jelas tidak berkemampuan secara jujur menangani situasi kewangan negara yang kucar kacir. Mereka terlalu sibuk melindungi kepentingan politik peribadi masing2 dengan membahagikan kepentingan negara ini kepada 2 pihak berkepentingan, puak kanan (Demokrat) & kiri (Republikan) – mengabaikan sepenuhnya kepentingan majoriti kita sebagai rakyat yang tersepit di tengah2.

Sehingga semua isu ini ditangani sepenuhnya, emas sudah pasti akan menjadi pegangan utama untuk melindungi gaya kehidupan kita dari kemerosotan nilai matawang kertas. 

Berapa banyak emas yang perlu kita miliki 

Apabila anda membeli sebarang bentuk insuran, anda akan memikirkan berapa banyak perlindungan yang anda perlu insurankan.

Menginsurankan gaya kehidupan anda dengan emas juga tidak banyak bezanya. Anda hanya perlu menentukan berapa banyak gaya kehidupan anda yang perlu dilindungi.

Sepanjang dekad yang lalu, matawang US Dollar telah menyusut purata 3.3% setahun - apa yang saya panggil sebagai kadar 'deflasi Dollar'. Ia bermakna bagi setiap US$1,000 yang anda belanjakan pada tahun 2002, kini anda membelanjakan US$1,406.

Anda boleh mengguna pakai asas kadar deflasi Dollar pada masa hadapan untuk membantu anda menentukan berapa banyak emas yang anda perlu miliki.

Pada kadar penyusutan 3.3% setahun, setiap US$1,000 yang anda belanjakan untuk barangan import , minyak dan makanan akan menyebabkan anda terpaksa menanggung kos tambahan sebanyak US$33 lebih tinggi dari tahun sebelumnya.

Sementara emas pada ketika ini bernilai US$1,600 satu auns. Berdasarkan analisis bulan Mei yang saya tulis berkaitan 'The Sovereign Individual', saya membuat pengiraan harga emas sepatutnya berada pada paras US$2,250 satu auns.

Jadi, kita menyaksikan harga emas secara kasarnya berharga US$650 lebih tinggi dari sebelumnya- peningkatan harga purata US$130 setiap tahun untuk 5 tahun akan datang.

Jika harga emas meningkat US$130 satu auns setiap tahun, dan jika setiap US$1,000 kos gaya hidup anda juga meningkat US$33 setiap tahun, maka anda memerlukan 0.25 auns emas untuk menggantikan kos tambahan menyelenggara gaya hidup anda.

Jadi, itu formula yang boleh kita gunakan: Untuk setiap US $1,000 kos gaya hidup yang anda ingin insurankan, anda memerlukan sekitar suku auns emas fizikal. 

Sudah tentu, bilangan auns yang anda perlukan akan menurun sekiranya anda percaya harga emas akan melonjak lebih tinggi dari paras US$2,250. 

Sebagai contoh, jika anda percaya harganya wajar berada di kedudukan US$2,500 satu auns, maka anda hanya perlu mempunyai kurang dari 1/5 auns untuk setiap US$1,000 yang anda pegang. 

Jika anda percaya US$5,000 adalah jumlah yang sesuai, maka anda hanya perlukan pegangan 1/20 auns emas.

Walau apapun ramalan dan jangkaan anda mengenai harga emas, jika anda berkongsi pandangan & kepercayaan seperti  saya . 

Kepercayaan bahawa untuk tempoh jangka panjang, nilai matawang US Dollar akan terus merosot,maka menginsurankan gaya hidup anda dengan emas adalah perlindungan terbaik dan langkah paling bijak yang perlu anda lakukan.

Jumpa di pertemuan akan datang,stay Sovereign…

Jeff D. Opdyke
P.S. Kami percaya, tanpa ragu bahawa emas fizikal wajar menjadi sebahagian dari senjata kewangan anda.

No comments: