Tulisan En Jullian Phillips di GoldForecaster
MORGAN STANLEY baru-baru ini menerbitkan laporan mengenai bentuk permintaan jongkong emas di India dan saiznya. Pada pandangan saya ia memberi gambaran yang baik terhadap pemikiran para pelabur di India.
Tambahan maklumat berhubung sesetengah latarbelakang budaya masyarakat India membantu kita untuk mendapatkan perspektif jiwa pelabur emas di India termasuk struktur sosial & bagaimana ia menyumbang kepada sikap mereka terhadap emas.
Morgan Stanley telah menjalankan tinjauan terhadap 2,019 orang pembeli emas di kawasan bandar & luar bandar. Ia meliputi 16 bandar bagi pengguna di kawasan bandar & 8 negeri untuk pengguna luar bandar.
MORGAN STANLEY baru-baru ini menerbitkan laporan mengenai bentuk permintaan jongkong emas di India dan saiznya. Pada pandangan saya ia memberi gambaran yang baik terhadap pemikiran para pelabur di India.
Tambahan maklumat berhubung sesetengah latarbelakang budaya masyarakat India membantu kita untuk mendapatkan perspektif jiwa pelabur emas di India termasuk struktur sosial & bagaimana ia menyumbang kepada sikap mereka terhadap emas.
Morgan Stanley telah menjalankan tinjauan terhadap 2,019 orang pembeli emas di kawasan bandar & luar bandar. Ia meliputi 16 bandar bagi pengguna di kawasan bandar & 8 negeri untuk pengguna luar bandar.
Laporan tinjauan menerangkan bahawa masyarakat India memiliki 20,000 tan emas dalam bentuk jongkong (bullion) bernilai US$1 trillion.
Penggunaan emas untuk seisi rumah atau keluarga (household) dilihat meningkat kepada US$45 billion pada 2011 dari US$19 billion pada 2009. Untuk memberi perspektif lebih jelas, produk keluaran dalam negara kasar India (KDNK) dgn perlahan-lahan telah menghampiri US$2 trillion. Ia bermakna, nilai emas yang dipegang oleh masyarakat di sana pada hari ini meliputi setengah dari keluaran dalam negara kasar negara tersebut.
Penggunaan emas untuk seisi rumah atau keluarga (household) dilihat meningkat kepada US$45 billion pada 2011 dari US$19 billion pada 2009. Untuk memberi perspektif lebih jelas, produk keluaran dalam negara kasar India (KDNK) dgn perlahan-lahan telah menghampiri US$2 trillion. Ia bermakna, nilai emas yang dipegang oleh masyarakat di sana pada hari ini meliputi setengah dari keluaran dalam negara kasar negara tersebut.
Emas mencatat satu pertiga dari portfolio seisi rumah di India, menurut tinjauan Morgan Stanley.
Perasaan cinta terhadap emas di India dilihat melangkau jauh dari faktor mudah keuntungan masadepan semata2. Ia menggambarkan kekayaan, perlindungan dan kestabilan kewangan sesebuah keluarga.
Ia juga membawa simbol keagamaan. Sebagai tambahan ia mencerminkan sikap logam tersebut terhadap perniagaan, kerajaan dan birokrasi kerajaan. Akhirnya ia membentuk struktur kepada sesebuah keluarga dan pemeliharaan kewangan individu.
Institusi keluarga adalah teras dalam masyarakat India. Nenek moyang dan ibu bapa yang lebih tua sangat dihormati walaupun dikalangan golongan terpelajar masyarakat bandar di sana. Anak-anak biasanya akan mengikuti nasihat golongan yang lebih tua termasuk urusan2 pelaburan keluarga.
Di India institusi keluarga mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari kerajaan India itu sendiri. Pengurusan kewangan keluarga tidak mempunyai sebarang kaitan malah dilihat hampir terpisah daripada sistem perbankkan negara berbeza dengan mana-mana negara maju lain di dunia.
Morgan Stanley menyatakan permintaan terhadap emas di India secara dasarnya terpisah kpd 2 faktor :- antara pelaburan dan 'peristiwa penting dalam kehidupan masyarakat (termasuk perkahwinan atau majlis resmi, upacara keagamaan, hadiah, fesyen & sebagainya) dan pertimbangan pengguna.
Laporan tersebut menambah bahawa pada tahun 2012, permintaan emas bagi tujuan keperluan hidup dijangka akan meningkat sebanyak 50% kesan peningkatan permintaan dari masyarakat luar bandar .
Mengambilkira kepercayaan masyarakat India bahawa 'emas membawa nasib yang baik' kepada mereka. Pada tahun 2000, harga emas berada di bawah US$300 per ounce. Hari ini ia berada di paras US$1600 per ounce.
Bayangkan anda seorang ibu kepada pengantin perempuan dan melihat emas yang berada pada pegangan anda pada nilai harganya ketika ini.
Tidakkah anda rasa anda telah menunaikan tanggungjawab untuk keluarga anda dengan baik & sudah pasti tanggungjawab untuk generasi anak cucu anda juga?
Pada pandangan saya, kepercayaan ini akan berlanjutan dari generasi ke generasi dan permintaan terhadap logam emas akan terus meningkat di negara tersebut.
Struktur kewangan negara2 maju di dunia tidak menjangkau sifat2 kewangan dikalangan keluarga masyarakat India.
Masyarakat India (dimana-manapun anda menemui mereka di seluruh dunia) berurusan secara tunai. Perniagaan & pendapatan mereka tidak menghiraukan orang luar terutamanya golongan birokrasi yang penuh rasuah di India.
Persepsi masyarakat mengenai bank adalah privasi kewangan atau kehidupan peribadi mereka akan hilang sebaik wang mereka diletakkan atau disimpan di dalam bank.
Kerajaan & birokrasi Kerajaan mempunyai akses atau capaian kepada maklumat ini. Kerap berlaku di India, birokrat kerajaan yang rasuah memeras ugut golongan peniaga tempatan untuk mendapatkan bayaran haram bagi mempengaruhi kerja2 kutipan duti atau cukai.
Kerana sejarah rasuah yang panjang dalam kerajaan, para peniaga sering gagal mendedahkan angka tepat atau sebarang angka resmi perniagaan mereka kepada kerajaan.
Jesteru itu, tidak hairanlah masyarakat India amat bencikan amalan berhutang dan suka berurusan secara tunai.
Keuntungan dari hasil pertanian adalah bebas dari cukai, jadi para petani cenderung memilih untuk membeli tanah ataupun emas. Keuntungan penjualan asset tersebut dikenakan cukai tetapi masyarakat khususnya para petani jarang sekali mengisythiharkannya dengan betul.
Masyarakat India melihat situasi ini berlaku akibat amalan rasuah kerajan, bukan aktiviti haram yang melanggar undang2 oleh mereka sendiri.
Situasi seperti ini mengukuhkan lagi 'kepompong' kewangan sesebuah keluarga di sana.
Ianya telah mendorong kewujudan alternatif kepada sistem perbankkan dikalangan masyarakat India & ianya sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Penduduk tempatan yang kaya akan menggunakan emas milik mereka sebagai cagaran untuk memperolehi pinjaman. Ia berjalan secara tidak resmi dan pembayaran tunai hanya akan dilakukan apabila berlaku hutang tertunggak.
Sekitar 13% bilangan isi rumah (house hold) di india telah mengambil pinjaman bersandarkan jongkong emas pada tahun lepas, yang kebanyakkannya melibatkan penduduk di kawasan luar bandar.
Kira2 60% dari isi rumah memilih sektor yang tidak teratur untuk mengambil pinjaman emas, sementara golongan isirumah di kawasan bandar kini lebih memilih kemudahan pinjaman bank.
Dalam kes golongan isi rumah luar bandar, pinjaman ini lazimnya diambil bagi tujuan membiayai aktiviti pertanian, sementara bagi masyarakat bandar pula, mereka mempunyai sebab yang pelbagai.
Kadar faedah bagi pinjaman sedemikian berada pada kedudukan 15%-20%.
Harus di ingat , masyarakat di kawasan bandar tidak menikmati manafaat pengecualian cukai pendapatan sebagaimana yang dinikmati oleh golongan petani di luar bandar.
Anda mungkin tertanya2 bagaimana emas dapat menyesuaikan peranannya dalam situasi sebegini?
Dalam masyarakat keluarga di India , anak lelaki sangat dihargai sehinggakan dalam upacara perkahwinan, pengantin perempuan perlu menyediakan mas kahwin atau 'dowry'. Tetapi ianya bukan bersifat hadiah kepada pengantin lelaki, tetapi merupakan 'modal kerja' untuk memulakan sebuah keluarga baru.
Suami akan membekalkan keluarga barunya asset berbentuk tanah dan sebagainya. Kemudian mereka akan bersama-sama memulakan kehidupan perkahwinan dengan sedikit jaminan kewangan, dengan harapan ianya akan berkekalan sehingga sampai masanya anak mereka pula berkahwin.
Kemudian ibu bapa akan menyumbang daripada tabung kewangan mereka, bapa akan memberi asset kepada anak lelaki manakala ibu akan memberi emas kepada anak perempuan mereka.
Oleh itu, masyarakat India melihat emas lebih dari sekadar komoditi ataupun wang. Ianya boleh diibaratkan sebagai nyawa dan berada dalam DNA mereka sejak turun temurun.
Mas kahwin lazimnya datang dalam bentuk barang kemas perhiasan yang cantik menghiasi pengantin perempuan untuk dipersembahkan kepada bakal suami. Perkahwinan adalah kemuncak sosial negara berkenaan dan boleh berlangsung selama beberapa hari.
Persoalannya, berapa besarkah permintaan untuk emas di negara tersebut pada masa akan datang?
Separuh dari penduduk India berumur di bawah 25 tahun, dan bakal terdapat 15 juta perkahwinan setahun bagi tempoh sedekad yang akan datang.
Tetapi anda tidak boleh melihatnya dari sudut barang kemas perhiasan semata2 kerana pada akhirnya ia adalah ibarat permulaan 'modal kerja' kepada pasangan pengantin tersebut.
Oleh itu, sukar untuk membuat perbandingan antara pelaburan dan permintaan barang kemas perhiasan kerana di India kedua2 idea ini tidak dapat dipisahkan.
Barang kemas perhiasan lazimnya wajib berketulenan 22 atau 24 karat. Barang kemas Barat berketulenan 18 atau 9 karat tidak diterima dikalangan masyarakat India kerana tidak dapat memenuhi fungsi pelaburan mereka.
Dari masa ke semasa, emas memainkan peranan penting dalam aspek keagamaan di India. Tuhan bagi kepercayaan 'Tuah atau nasib yang baik' (The God of Good Fortune), bernama Ganesha, tuhan yang berkepala gajah sangat penting kepada penganut agama Hindu bagi menentukan bilakah masa dan saat yang terbaik untuk mereka membeli emas.
Tuhan Ganesha masyarakat Hindu yang menetapkan bilakah masa 'bertuah' untuk membeli emas dan masa 'bertuah' untuk berkahwin, kerana masyarakat Hindu percaya ianya akan memberi kesan kepada masadepan kewangan dan kehidupan mereka.
Kerana itu berbanding dengan situasi di Barat, analisis teknikal tidak berperanan untuk menentukan masa terbaik untuk membuat pembelian emas di India. Tarikh 'bertuah' yang akan menentukan pasaran belian.
Pasaran emas dunia di Barat melihat dengan penuh minat bilakah hari ianya akan berlaku pada sepanjang tahun.
Dengan import jongkong emas mencecah 800 tan pada tahun2 terbaik & 500 tan pada ketika ekonomi berada dalam keadaan buruk, permintaan ini mewakili 20% daripada jumlah keseluruhan bekalan emas dunia [30% untuk emas yang baru dilombong] pada tahun2 yang baik & 12.5% dari jumlah keseluruhanan bekalan emas dunia (20% untuk emas yang baru dilombong) pada tahun2 di mana ekonomi berada dalam keadaan buruk atau tidak menentu.
No comments:
Post a Comment