Monday, January 30, 2012

ENTITI ARUS PERDANA BAKAL MEMASUKI PASARAN EMAS DUNIA


Dengan harga logam emas dan perak melonjak tinggi dipasaran lanjutan dari pengumuman yang dibuat oleh Rizab Persekutuan (Federal Reserves) , King World News hari ini menerumah Encik Jim Sinclair, untuk mendapatkan pandangan beliau tentang arah tuju ekonomi masa depan.

Berikut adalah kenyataan Encik Sinclair: 

“Hari ini adalah hari yang amat penting. Kita telah memperkatakannya berhari-hari tetapi hari ini adalah  ibarat batu penanda. 

Apa yang dilakukan oleh Federal Reserves hari ini menjelaskan kepada kita bahawa  mereka bersedia melaksanakan pelonggaran kuantitatif (Quantitative easing) atau amalan mencetak wang tanpa had (infiniti).

Hari ini kita semakin jelas tentang niat mereka. Mereka mempunyai sebab tersendiri untuk melaksanakannya. Masalahnya ramai orang gagal melihatnya kerana beranggapan inilah satu-satunya jalan keluar yang ada.”

Pengumuman tersebut juga menunjukkan berlaku 'perubahan permainan' kerana cara permainan ini di mainkan jelas telah berubah.

Saya fikir anda akan melihat perubahan besar dikalangan pelabur, perbadanan dan syarikat bermodal besar serta kalangan 'mainstream individu' atau individu arus perdana yang terkenal.

Anda akan melihat bagaimana logam emas akan diterima sebagai perlindungan terhadap apa yang berlaku pada hari ini oleh entiti besar. Sehingga kini anda mungkin berfikir menjadi orang yang terakhir membeli emas. Bagaimana dengan seseorang seperti  General Electric (GE) ?

Saya menjadikan GE sebagai contoh kerana syarikat berkenaan adalah penasihat utama kerajaan. Tidak mungkin syarikat seperti ini akan membeli  emas.

Tetapi kita tidak boleh terlalu pasti. Pada tahun 2012 ini, anda akan melihat banyak perkara yang pada satu ketika anda merasakan ianya sesuatu yang mustahil untuk berlaku tetapi perkara tersebut menjadi realiti.


Saya meramalkan anda bakal melihat definasi baru para pelabur dalam pasaran emas yang sehingga hari ini tidak pernah dipertimbangkan.

Sehingga kini pasaran dikuasai oleh pelabur runcit selain bank pusat antarabangsa yang merupakan entiti terbesar dalam pemilikan logam emas.

“Tetapi kita tidak pernah melihat syarikat pelaburan arus perdana, dana tabung pencen arus perdana, syarikat insuran nyawa arus perdana, pelan kesihatan arus perdana, mengumpul wang secara besar2an dan menunjukkan minat tinggi untuk membeli emas bertujuan mengekalkan kuasa beli terhadap apa yang telah mereka kecapi sebelum ini.

Ianya adalah perubahan yang sangat besar, pemintaan baru yang sangat besar, satu definasi yang benar2 baru telah melanda pasaran.
Anda akan melihat bagaimana syarikat2 awam dengan sumber dana yang besar, syarikat berteknologi tinggi misalnya, akan mula mengakui pentingnya memiliki logam emas  bagi melindungi harta atau asset kekayaan yang mereka miliki,



Jadi saya fikir anda akan mengesan perubahan permainan oleh golongan korporat Amerika Syarikat dan dunia kewangan korporat khususnya di barat, yang mula melihat logam emas sebagai alternatif kepada wang tunai dan instrumen hutang yang akan digunakan untuk melindungi diri mereka.


Encik Sinclair juga menambah “ Tahun lepas adalah tahun yang dipenuhi oleh siri perbincangan dan kekeliruan. 

Saya melabel tahun ini sebagai tahun untuk bertindak. Tidak semestinya penyelesaian berjaya di capai, tetapi ianya berpaksikan tindakan. Hari ini anda melihat tindakan telah di ambil. 

Langkah Federal Reserves menggariskan perubahan dasar adalah satu tindakan. Kesediaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF’s) mencari dan mengagihkan pinjaman adalah satu tindakan.

Tindakan pasti akan menghasilkan akibat. Jadi tahun ini kita akan berhadapan pengalaman berdasarkan tindakan yang di ambil.

Logam emas pada harga US$1,700 ke US$2,100 per aun adalah julat yang konservatif. Sebab mengapa harga emas akan bergerak lebih tinggi kerana kita dapati penjelasan Federal Reserves  mengenai dasar yang akan diguna pakai  mereka untuk menyelesaikan masalah ekonomi  telah dinyatakan dengan jelas.


Adalah dingatkan apabila harga emas melepasi julat harga di atas , ia berdasarkan kepada elemen hilang keyakinan pelabur dan orang ramai terutamanya melibatkan matawang. 

Dan ianya melibatkan matawang US Dollar bukannya matawang Euro yang kini jelas berada dalam kedudukan bahaya. ” 

Temuramah dengan Encik Sinclair ini berlaku tepat pada masanya dan amat penting berdasarkan tindakan yang dilaksanakan oleh Federal Reserves hari ini.




No comments: