Salam,
Baru-baru ini seorang rakan mengadu kepada saya. Anak bujang beliau telah tamat belajar di Uitm Shah Alam dan kini sedang dalam proses mencari pekerjaan yang sesuai dan merengek minta di belikan motorsikal baru untuk memudahkan beliau mencari pekerjaan.
Dengan kos kenaikan barangan harian yang tinggi pada hari ini disamping terpaksa menanggung anak-anak lain yang sedang membesar dan masih lagi belajar beliau amat berjimat cermat dan minta nasihat saya berhubung perkara ini.
Nasihat saya mudah.
Saya tanya beliau berapa wang simpanan yang beliau ada? Beliau menjawab sekitar RM40,000 untuk simpanan keluarga dan kecemasan. Ok untuk membeli motorsikal yang boleh di katakan barang keperluan untuk anaknya beliau perlu membayar RM8,000 tunai untuk pembelian tersebut.Beliau memang tak gemar berhutang.
Sekiranya beliau terus mengeluarkan wang simpanan berjumlah RM8,000 untuk membeli motorsikal tersebut maka habislah terus wang beliau kerana ianya bersifat perbelanjaan hangus. Beliau juga sedang membeli sesuatu barangan yang dari segi nilainya akan susut kerana motorsikal yang dibeli dengan harga RM8,000 pada tahun 2011 sudah tentu akan susut nilainya tidak sampai sebulan digunakan. Perbelanjaan sebegini walaupun bermanafaat tetapi kita panggil sebagai perbelanjaan yang kurang sihat.
Jadi bagaimana untuk kita berbelanja secara sihat dan bijak. Mudah sahaja. untuk kita mengimbangi perbelanjaan yang kurang sihat, yang merosot dari segi nilai, kita buat dahulu perbelanjaan yang sihat , yang meningkat dari segi nilai.
Bermakna sebelum kita beli motor tersebut , kita beli emas dahulu. Dah dapat emas kita pajak di Ar Rahnu. Wang pajakan tersebut baru kita gunakan untuk membeli motor. Bermakna kita imbangi pembelian barangan yang susut dari segi nilai dengan membuat pembelian kepada barangan yang meningkat dari segi nilai.
Mengambilkira kenaikan emas 20% setahun. Selepas 5 tahun emas milik anda meningkat nilai kepada 100%. Bermakna selepas 5 tahun , anda sebenarnya membeli motorsikal tersebut percuma untuk di gunakan oleh anak anda.
Macamana bijak tak? Bagaimana kalau harga emas tak naik? Sebenarnya harga emas bukan naik 20% malah lebih tinggi dari jumlah tersebut. Tahukah anda pada tahun 1995 dahulu harga emas hanya RM28 segm. Kini tahun 2011 , selepas 16 tahun harga emas RM212 segm.Bermakna kenaikan dekat 750% atau 46% setahun (cost average).
Bayangkan kalau anda gunakan wang RM28K untuk beli rumah pada tahun 1995, agak2nya tahun 2011 hari ini berapa value atau nilai rumah anda.
Tapi sekiranya anda gunakan wang yang sama pada tahun 1995 dahulu untuk beli emas.Bermakna pada hari ini emas anda telah bernilai RM212,000. Anda boleh beli 7 biji rumah yang sama tahun 2011 hari ini.
Itu kalau kita nak buat perbandingan asset antara hartanah dan emas.
Dan dengan suasana ekonomi dunia sekarang di mana wang kertas fiat semakin banyak di cetak sesuka hati. harga emas memang akan naik lebih tinggi lagi di masa akan datang.
Bayangkan kalau anda ada emas yang banyak. Bermakna anda sendiri akan menguruskan ekonomi anda tanpa bergantung kepada sistem Bank penuh riba' dan penipuan selama ini. Anda boleh gunakan untuk bayar yuran masuk universiti anak. kahwinkan anak, renovation rumah, tukar kereta baru dsbnya dengan menggunakan teknik yang sama. Semuanya dengan menggunakan emas milik anda, Anda adalah Bank untuk diri dan keluarga anda sendiri.
Tak perlu bijak pandai dalam bidang ekonomi sebenarnya kerana Nabi kita pun telah berpesan.
Tak perlu bijak pandai dalam bidang ekonomi sebenarnya kerana Nabi kita pun telah berpesan.
Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan tinggal yang boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (Emas) & Dirham (Perak) (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.
So, Selamat menyimpan emas.
No comments:
Post a Comment