Tuesday, August 9, 2011

PULANGAN PELABURAN EMAS & PERAK

Pulangan dari pelaburan Emas dan Perak adalah berdasarkan dari Kenaikan Nilainya (Capital Gain), dan kenaikan dalam tempoh tahunan diambil kira bagi memudahkan penilaian prestasi pulangannya. Purata kenaikan harga Emas adalah sekitar 25% - 35% setiap tahun, dan dalam tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2001 sehingga kini kenaikannya telah mencecah hampir 500%. Bermakna, jika anda membeli Emas sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM500,000.00. Rujuk carta kenaikan seperti di bawah.


Manakala pulangan dari kenaikan harga semasa Silver pula, ianya adalah 2 - 3 kali ganda lebih tinggi berbanding kenaikan semasa harga Emas disebabkan permintaan ke atas Silver adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding permintaan ke atas Emas. Hampir kesemua permintaan ke atas Silver adalah bertujuan untuk menampung permintaan daripada Industri Global yang mana ianya merupakan bahan utama bagi pembuatan peralatan Elektronik, tambahan pula tiada lagi lombong Silver yang ditemui ketika ini, lalu menjadikan sumber penawaran yang sedia ada hanyalah dari sumber yang di kitar semula.

Fenomena ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan diantara Penawaran dan Permintaan dan menyokong kepada ledakan harga semasa dalam pasaran. Berbanding Emas, 90% permintaan ke atasnya adalah untuk pembuatan Barang Kemas (Jewellery) dan ini menyokong kepada kestabilan harganya, manakala hanya 10% sahaja yang digunakan untuk tujuan pelaburan yang terlibat dengan spekulasi turun naik harga di pasaran semasa Antarabangsa.

Dari tahun 2001 sehingga kini, kenaikan harga Silver telah mencecah sehingga 1200% dengan kenaikan purata tahunan sekitar 50% - 80%. Bermakna, jika anda membeli Silver sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM 1.2 Juta. Rujuk Carta di bawah ini.





RISIKO PELABURAN

Emas dan Perak adalah dikategorikan sebagai Aset, sama seperti Tanah, Rumah dll,dan sebaik sahaja anda membeli sejumlah Emas dan Perak untuk tujuan pelaburan, bermakna anda telah membuat pelaburan dalam bentuk Aset. Sifat Aset adalah sesuatu yang sumber penawarannya amat terhad manakala permintaan keatasnya pula amat tinggi dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Ketidakseimbangan ini menjadikan Nilai / Harganya akan terus menerus meningkat dari masa ke semasa tanpa perlu bimbang kewujudan risiko yang berkemungkinan menjadikan harganya Jatuh mendadak sehingga menjadikannya Tidak Bernilai.

Ianya amat berbeza dalam pelaburan berbentuk Saham ataupun pelaburan ke atas perniagaan di mana harga Saham boleh Naik dan Turun sehingga menjadikannya langsung tidak bernilai pada bila-bila masa sahaja, dan juga pelaburan ke atas perniagaan dimana ianya lebih terdedah kepada faktor Untung dan Rugi yang disebabkan oleh faktor semasa pasaran, peningkatan kos operasi yang melampau dan pelbagai lagi faktor2 yang terlibat.

Justeru, pelaburan ke atas Aset adalah satu bentuk pelaburan yang Unggul dengan faktor risiko kerugian yang amat minima, menjadikan nisbah Keuntungannya lebih besar berbanding nisbah Kerugiannya.

No comments: