Salam,
Apa khabar pembaca budiman. Diam tak diam kita telah masuk minggu terakhir bulan Ramadhan. Dalam masa beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Syawal.
Ramai rakan-rakan pada hari ini tersenyum sampai ke telinga ekoran kenaikan emas yang semakin melonjak di pasaran sekarang. Baru-baru ini saya menerima satu soalan dari rakan berhubung dengan kaedah buat untung dengan cara pajak emas di Arrahnu.Ramai yang menasihatkan beliau agar berbuat demikian kerana dijanjikan untung tanpa mengambilkira risiko sebaliknya.
Benarkah sistem pajak Ar Rahnu benar-benar menguntungkan? Memang benar tetapi dengan syarat ianya mesti diurus dengan bijak. Paling mustahak kita tahu dan faham konsep pajak tersebut dan apa tujuan utama kita pajak emas dengan menggunakan teknik Ar Rahnu.
Tujuan utama kita pajak emas dengan mengunakan Ar rahnu adalah tidak lain untuk menambah jumlah berat atau gram emas yang kita miliki dengan menggunakan modal yang kita dapat dari pinjaman Ar rahnu Bank tersebut.
Contoh pada pada 15 April 2011 , saya membeli 10gm emas 999 dalam bentuk rantai tangan dengan harga RM1600.00 pada ketika itu.
Pada 17 April 2011 , saya ke Agro Bank terdekat untuk buat pajakan melalui perkhidmatan Ar Rahnu Bank berkenaan. Nilai marhun di Agro Bank untuk emas 999 pada ketika itu adalah RM165.80 dan saya layak mendapat pinjaman 70% dari nilai marhun yang ditetapkan oleh Agro Bank. Kadar upah simpan adalah 0.75C untuk setiap RM100.00.
a) Emas milik saya = 10gm
b) Nilai marhun per gm = RM165.80
c) Kadar pinjaman = RM1,658.00
d) Kelayakan pinjamanan = RM1,658.00 x 70%
e) Jumlah pinjaman yang saya perolehi = RM1,160.00 (dibundarkan)
f) Upah simpan = RM1,658.00 x 0.75%
= RM12.43 sebulan
Bermakna pada 17 April 2011 , saya mempunyai 10gm emas yang dipajak di Bank bersama wang tunai RM1160.00 di tangan saya.
Kemudian pada 18 April 2011 saya menggunakan wang tunai di tangan saya yang berjumlah RM1,160.00 tadi dengan membeli lagi 10gm emas tambahan. Bermakna saya kena tambah wang tunai milik saya berjumlah RM440.00 sahaja untuk menjadikan jumlah keseluruhan RM1,600.00 dan beli lagi 10gm emas yang sama.
Kini pada 18 April 2011 saya telahpun mempunyai 20gm emas. 10gm pada Bank (dipajak)
Manakala 10gm lagi pada tangan saya.
Pada hari ini, kira-kira 4 bulan kemudian harga emas 999 di pasaran kedai emas Msia adalah RM212.00 segm. Nilai marhun emas 999 di agro Bank telahpun naik kepada RM203.00 segm.
Bermakna dengan tambahan modal RM440.00 tadi nilai emas di tangan saya telah jadi RM2,030.00.
Begitu juga dengan nilai emas pajakan di agro Bank milik saya juga telah bernilai RM2,030.00
Walaupun nilai emas pajak di Agro Bank telah meningkat kepada RM2030.00. Tetapi untuk tebus saya cuma perlu membayar jumlah berikut:-
Jumlah pinjaman asal - RM1,160.00
(+) Upah simpan 4 bulan ( RM12.43 x 4 bulan) = RM49.72
Total = RM1,209.72
Nilai emas milik saya = RM2,030.00
Jumlah untung = RM820.28
Emas ditangan pula dengan menggunakan modal tambahan RM440 kini nilai emas saya telah jadi RM2.030. Bermakna untung RM1,590.00
Bagaimana kalau kaedah yang sama saya buat pusingan selama 10 tahun. Rasa2 sampai tahun 2020 cukup tak se kilo emas milik saya. Itu kalau saya hanya pusing 10gm kalau 100gm macamana pula ya.
Bak kata Nabil. Lu pikirla sendiri.
Salam Aidilfitri dari Jofri Muhammad

Senario 1

P/s : Sebenarnya ada banyak lagi teknik pajak. Sesetengah orang bila harga emas meningkat , dia tak akan tebus emas kat pajak tapi dia tukar surat pajak baru dan ambil duit. Manakala emas kekal di pajak. Teknik ini kita panggil overlaping surat pajak untuk ambil wang. Bagaimanapun saya kurang galakkan kerana pinjaman kita automatik akan meningkat. Paling mustahak apabila kita pajak emas, kita mesti tahu bagaimana untuk tebus kembali. Kepada rakan yang baru dalam bidang ini, selamat menyimpan emas saya ucapkan. Jumpa anda di posting akan datang.
No comments:
Post a Comment