Sunday, August 21, 2011

Gold makes the world go round

11 August 2011
Gold makes the world go round. 45099.jpegHarga emas terus menunjukkan peningkatan luarbiasa, meningkat kepada paras harga tertinggi baru. Tidak lama sebelum ini harganya mengatasi jangkaan pasaran, dan hari ini harga Emas lebih mahal dari Platinium.

Pada 9 Ogos 2011 pasaran COMEX mencatat harga baru tertinggi pada  US$1,776.8 per auns, pertumbuhan sebanyak US290 sejak 1 Julai 2011, peningkatan harga tertinggi bulanan sejak beberapa tahun kebelakangan. Pakar pelaburan percaya emas adalah asset paling stabil dan dipercayai  pada setengah tahun 2011.

Hari ini pelabur di pasaran saham mencatat pertumbuhan harga emas pada kadar 3.5%. Angka ini  bernilai  US$1,778 per ounce, menurut The Financial Times. Pada 8 Ogos 2011, pedagang ( traders ) membeli 950 juta ounces emas menerusi dagangan exchange funds, jumlah dagangan tertinggi sejak February 2009.

Pakar ekonomi menyatakan dalam suasana ketidakstabilan di US akibat krisis hutang, harga emas semakin melonjak kerana pelabur memilih untulk melabur dalam asset yang selamat.

Menurut ramalan  "Goldman Sachs", kita boleh menjangkakan kenaikan harga emas kepada US$1,860 per troy ounce untuk 12 bulan yang akan datang, sementara  "JP Morgan"  beranggapan harga emas mampu mencapai kenaikan maksimum  US$2,500 per ounce sebelum hujung tahun ini.
 
HSBC mencadangkan menjelang hujung tahun 2011, harga dagangan emas akan meningkat  ke paras $1,850 per ounce. Ramalan (forecast) pasaran kewangan bagi tahun 2012 juga melihatkan peningkatan  8.3% - kepada US$1,625 per ounce, kata "Fox Business".
Ramalan sebegini mengundang kepada banyak persoalan mengapakah trend sebegini bakal berlaku.

Alexander Belyakov, penganalisis dari  "Investcafe," berkata peningkatan mendadak harga emas berlaku kesan kepada masalah krisis hutang yang semakin memburuk di Eropah dan Amerika Syarikat . Penurunan penarafan rating kredit (Reduction of credit ratings) dan terutamanya perkembangan terbaru ekonomi  Amerika Syarikat  yang semakin memburuk telah melonjakkan permintaan terhadap emas yang dianggap sebagai aset lindung nilai berbanding aset berisiko yang lain.

Menurut beliau lagi, situasi keseluruhan yang melanda harga emas hari ini boleh disifatkan sebagai "bubble", bagaimanapun, harga emas yang tinggi ketika ini tidak memberi sebarang impak kepada suasana ekonomi global. Tiada siapa akan menjual emas milik mereka tanpa sebarang sebab yang manasabah., jadi harganya akan kekal meningkat bagi tempoh yang lama. Satu-satunya perkara yang akan menyebabkan harga emas  menurun pada masa akan datang adalah sekiranya berlaku perubahan terhadap polisi kewangan Federal Reserves (Rizab Persekutuan) yang akan mengadakan mesyuaratnya  pada 9 Ogos 2011.

Belyakov memberitahu Bigness.ru bahawa Bank Pusat terus aktif membeli lebih banyak emas bertujuan meningkatkan rizab. Bagi tempoh beberapa tahun kebelakangan ini permintaan terhadap logam emas amat tinggi di negara seperti   Russia, Mexico dan Thailand di mana negara berkenaan telah meningkatkan rizab emas masing2 kepada  42.99 tons dan 9 tones, setakat ini.

Fizikal aset emas bagi tabung amanah terbesar dunia SPDR Gold Trust melonjak kepada  23.5 tons, menambah 1.3 tons untuk pertama kali sejak tahun 2010. Sekiranya pembelian tabung amanah ini berterusan pada kadar harga yang sama, rekod baru bakal tercipta sedikit masa lagi- tambahan bekalan melebihi 1.32 tons.

"Dari apa yang anda dapat lihat, minat terhadap pembelian emas dikalangan orang ramai baru bermula. Sudah tentu pada masa yang akan datang kita bakal menjangka akan berlaku penurunan harga , memandangkan lonjakan tinggi harga emas di pasaran sekarang, tetapi saya fikir ianya tidak akan mengancam minat belian berterusan dan secara besar-besaran oleh syarikat2 besar dan Bank Pusat . Menurut beberapa pendapat dan ramalan pakar ekonomi, harga emas akan terus melonjak tinggi dan tiada siapa tahu berapakah tahap harga tertinggi emas yang mampu dicapai.

Jom kita cuba buat kajian apakah faktor yang mendorong penyusutan harga emas bagi tempoh jangka sederhana. Ketika ini faktor utama pertumbuhan luar biasa harga emas adalah suasana ekonomi di Amerika Syarikat.

Pasaran menanti dengan penuh minat ucapan penting dari Pengerusi Federal Reserves Encik Ben Bernanke,  yang dalam beberapa majlis memperkatakan  tentang keruntuhan pasaran saham di negara berkenaan.

Menurut beliau, suasana ekonomi Amerika yang lemah pada ketika ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih dari yang dijangkakan , dan ianya mungkin akan menimbulkan risiko deflasi,
(pengurangan wang dalam peredaran untuk menurunkan harga barang), tentang perlunya  sokongan tambahan untuk menggerakkan semula ekonomi.

Federal Reserves menegaskan tentang perlunya mengekalkan kadar faedah yang lebih rendah bagi tempoh jangka panjang. Ia juga bercadang untuk merendahkan lagi kadar faedah dengan melancarkan program baru  QE3.

Jika program baru ini dilancarkan, dan wang kertas USD terpaksa dicetak lebih banyak sebagai modal untuk dibawa masuk ke dalam pasaran, ianya akan menyokong aliran tunai dalam pasaran saham tetapi dalam masa yang sama akan memberi kesan kepada kejatuhan US Dollar, di mana ianya akan mempengaruhi harga emas. Dalam situasi jangka panjang sudah tentu akan berlaku pembetulan (correction) harga, tetapi secara keseluruhan trend "bullish" akan berterusan, dan ianya akan membuka lebih banyak peluang kepada  pembelian emas di masa akan datang." kata pakar.

Walaupun dari sudut teknikal kita boleh membuat andaian bahawa terdapat lebihan pembelian emas di pasaran, dan sememangnya perlu berlaku pembetulan harga. Pertumbuhan luar biasa tidak boleh berterusan terlalu lama.
Tanda-tanda penurunan harga mula wujud Prerequisites for this correction already exist: a decline from the current maximum of $1,775 by over $50. At the moment, the basic level of support is the uptrend from July 6, the next support level is a mark of $1,680, and resistance is located at $1,750 and $1,775 marks, according to the analysis of Investcafe.

Belyakov said that it would make sense to "partially close the open shop and wait for the reduction in the area of $1,680. With these levels, consider buying short-stop orders with the immediate goal of $1,775. In terms of the futures on FORTS the recommendations are similar, based on the current levels of contract."
"Thus, both the fundamental and technical analysis point to the continued growth of gold, but we should monitor closely the situation in the global economy as well as possible changes for the better that may put pressure on gold over the medium term," sums up the expert.

Pravda.ru
Irina Loseva
Pravda.Ru

No comments: