Hari ini membeli emas ( pada ketika harganya berada pada paras tertinggi dalam sejarah ) adalah salah satu perkara tidak masuk akal yang boleh anda lakukan...
Sesetengah orang berfikiran hanya para spekulator barat sahaja yang membeli emas. Ada yang merasakan ianya adalah teori konspirasi gila yang cuba meyakinkan masyarakat bahawa dunia hampir kiamat.
Ianya mungkin hampir tidak benar sama sekali.Lebih dari separuh emas di dunia pada hari ini di beli oleh Negara China dan India sahaja, sementara Bank Pusat di seluruh dunia pada hari ini berebut-rebut menggunakan rizab mereka untuk membeli emas.
Malah, Bank Pusat Dunia membeli lebih banyak emas bagi setengah tahun 2011 berbanding belian bagi keseluruhan tahun 2010, menurut perangkaan yang diterbitkan oleh World Gold Council.
Dalam usaha untuk mengelak dari krisis hutang yang sedang melanda Eropah dan US, kebanyakkan negara maju dan membangun telah memilih untuk meningkatkan rizab jongkong emas masing-masing.
- Korea Selatan telah menambah 3 kali ganda rizab emas negaranya dengan membeli 25 tan emas dalam tempoh 2 bulan terakhir 2011.
- The Bank of Thailand membeli 30 tan emas dalam tempoh yang sama.
- Negara Mexico telah membeli emas sebanyak 90 tan emas bernilai lebih US$4 billion bagi suku tahun pertama 2011.
Tetapi ianya bukan sahaja melibatkan pembelian dari Bank Pusat sahaja. Diseluruh dunia hari ini , pelabur individu juga memilih untuk melindungi kekayaan mereka dengan membeli lebih banyak emas.
Ambil India sebagai contoh. Pada tahun 2010, negara pengguna emas terbesar dunia ini membelanjakan 2.5% dari GDP negara dengan membeli emas. 4 tahun yang lalu angkanya hanya 1.5% sahaja. Implikasinya adalah jelas- sementara ekonomi negara tersebut berkembang, India memilih untuk meningkatkan portfolio besar pendapatan negaranya dengan memiliki lebih banyak emas sebagai rizab.
Dalam konteks ekonomi, kecenderungan masyarakat India membeli emas- telah meningkatkan agihan ataupun alokasi pendapatan mereka terhadap logam beharga ini.
Pada tahun 2006, masyarakat India secara purata membelanjakan sekitar US$1.40 dari setiap US$100.00 pendapatan mereka dengan membeli emas. Pada tahun 2010 purata tersebut telah meningkat kepada lebih dari US$7.00.
Cerita yang sama juga berlaku di China – negara pasaran jongkong emas kedua terbesar dunia selepas India.
Pada tahun 2010, purata dari GDP yang dibelanjakan untuk membeli emas di China tidak lebih dari 4%, angka yang bukan sahaja lebih kecil dari India, tetapi juga negara jiran Vietnam- di mana 3.1% dari GDP negara tersebut digunakan untuk membeli emas pada 2010.
Tetapi bila kita melihat kecenderungan masyarakat di China membeli emas pada hari ini., ianya menunjukkan pertumbuhan yang amat ketara.
Empat tahun yang lalu, untuk setiap lebihan US$100 pendapatan masyarakat di China, kurang dari satu pertiga dari US$l.00 digunakan untuk membeli emas. Pada tahun lalu ianya melonjak kepada US$1 – ketinggalan di belakang India, tetapi masih menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan.
Keyakinan masyarakat individu terhadap emas semakin meningkat dan mereka bersedia untuk melaburkan lebih banyak wang terhadap logam beharga berkenaan.
"Wang kertas terutamanya US Dollar semakin hilang nilai dan masyarakat amat bimbang tentang inflasi". kata Encik Shi Heqing, penganalisis di State-backed metals consultancy Antaike di Beijing.
Amat mengejutkan - Inflasi harga pengguna melonjak 6.5% pada bulan Julai 2011 –kenaikan dari 3.3% pada tahun 2010..
Tetapi kenapa semakin ramai orang memilih untuk membeli emas? Dari semua segi, kenapa sektor industri juga kurang menggunakan logam emas?
Kerana, dari segi logiknya, kurangnya penggunaan emas dalam industri menjadikan emas semakin beharga. Kerana tiada keperluan untuk penggunaan industri dan tidak seperti Wang Kertas, emas tidak boleh dicetak sesuka hati. Stok dan harga emas juga amat stabil mengikut zaman.
Terimakasih kepada aset hartanah yang tidak menentu (bubble), emas telah membuktikan bahawa ia mampu menyimpan nilai (store of value) sejak beribu tahun yang lalu.Dan dengan kadar faedah aset lain yang huru hara- terimakasih kepada kadar faedah rendah dan pasaran saham yang semakin lemah dan merudum- pelabur hari ini lebih berminat untuk melindungi harta kekayaan mereka dari hanya mengejar untung yang berisiko.
Jadi ianya bukanlah pilihan yang terpaksa dilakukan yang menyebabkan ramai orang memilih untuk membeli emas. Mereka memilih emas sebagai aset pelaburan kerana ianya terbukti amat berkesan dalam berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi, politik selain terbukti mampu mengekalkan nilainya merentasi zaman.
Dan dengan keadaan ekonomi yang teruk sekarang ini, pelabur lebih bijak dan tidak mudah dibodohkan oleh sistem kewangan dunia seperti dahulu.
No comments:
Post a Comment