PERMINTAAN TINGGI pembelian emas di kalangan masyarakat di China dijangka akan mengatasi bekalan daripada aktiviti perlombongan emas di negara tersebut dalam tempoh 3 tahun akan datang,
Tahun lepas China dianggarkan menghasilkan 345 tan emas dari aktiviti perlombongan dalam negara, menurut data yang dikeluarkan oleh US Geological Survey, yang meletakkan Rizab emas China kepada 1900 tan.
"Permintaan tinggi terhadap emas di China telahpun mengatasi jumlah pertumbuhan pengeluaran emas dalam negara sejak tahun 1992 lagi, sebelum penarikan larangan memiliki emas secara individu oleh Kerajaan China terhadap rakyatnya sedekad kemudian". Kata Encik Ely Ong, Pengurus penasihat pelaburan di World Gold Council (WGC),.
"Analisis kami memaparkan sekiranya permintaan terhadap emas terus tinggi di pasaran, bekalan emas daripada aktiviti perlombongan syarikat tempatan tidak akan mampu menyaingi bekalan."
Data World Gold Counsil menunjukkan bagi suku tahun pertama 2011 sahaja ,permintaan belian emas di China melonjak 47% dari tahun 2010.
Pembelian Jongkong dan syilling emas bagi tujuan pelaburan menunjukkan peningkatan ketara , melonjak 123% kepada 91 tan.
No comments:
Post a Comment