Harga emas dijangka akan terus mendaki dan mengekalkan momentum kenaikan harganya di paras tertinggi sehingga 2018 dan dipercayai akan berlanjutan sehingga 2020. Fenomena wealth transfer telah pun berlaku seiring dengan kenaikan harga emas dan akan berlarutan sehingga dalam tempoh tersebut di mana ramai individu, organisasi, bank mahupun kerajaan pusat akan berlumba-lumba menyimpan emas sebagai persediaan menghadapi krisis kejatuhan nilai matawang. Dalam tempoh itu juga ekonomi dunia diramalkan akan ‘bergelora’ sekaligus mencetuskan tsunami ekonomi yang bakal mengubah senario politik dan ekonomi dunia secara keseluruhannya.
Sejak September 2009 tindakan China, India, Russia dan beberapa bank pusat dunia menambah rizab simpanan emas mereka, dilihat seolah-olah memberikan satu isyarat bahawa fenomena pemindahan kekayaan atau wealth transfer akan berlaku pada dekad ini. Bahkan negara Uncle Sam sendiri juga sejak sekian lama sebenarnya telah melakukan wealth transfer ini dengan menyimpan emas secara senyap-senyap. Kini mereka merupakan penyimpan rizab emas terbesar dunia menerusi dua organisasi yang salah satunya merupakan ‘mesin pencetak wang’ yang bertanggungjawab mencetak USD tanpa kawalan serta melambakkannya sehingga nilainya jatuh merudum. Kelicikan dan muslihat mereka telah berjaya dihidu oleh negara China, lantas negara yang terkenal dengan tembok besar itu juga mengambil langkah dan tindakan serupa untuk mengukuhkan ekonomi mereka dengan meningkatkan rizab simpanan emas.
Perhatian!!!... siren peringatan telah dibunyikan untuk anda bertindak menukar sebahagian asset fiat anda kepada asset logam yang lebih bernilai lagi berharga. Kini sesiapa sahaja mesti beralih arah dan berpindah kepada sumber kekayaan baru yang sebenar yakni emas dan perak. Kedua-dua logam ini telah dianggap sebagai wang sejati sedari dulu lagi. Sebagai individu yang berusaha untuk melindungi nilai kekayaan hasil titik peluh sendiri daripada diratah inflasi, sekarang sudah tiba masanya untuk anda menganggap diri anda sebagai negara China dan juga Bank pusat dunia dengan mencontohi tindakan mereka. Anda sendiri perlu jadi seperti mereka!.
Ini bermaksud anda perlu bertindak sama seperti kedua-dua entiti tersebut, di mana kedua-duanya kini sedang giat memindahkan serta menukar kekayaan mereka ke dalam bentuk emas dan perak. Negara China sendiri telah meningkatkan emas simpanannya sebanyak 76% dan dijangka akan terus menambah lagi simpanan emas mereka. Selain emas mereka juga kini sedang rancak mengumpul perak. Sehinggakan pada ketika ini mereka menjadi pengimport perak terbesar dunia. Jika dahulu mereka pengeksport terbesar perak kini mereka menjadi pengimport terbesar pula. Ini kerana mereka sedar logam yang dianggap sebagai ‘pasangan duet’ kepada emas tersebut sedang meningkat naik nilainya dengan begitu drastik sekali.
Ini bermaksud anda perlu bertindak sama seperti kedua-dua entiti tersebut, di mana kedua-duanya kini sedang giat memindahkan serta menukar kekayaan mereka ke dalam bentuk emas dan perak. Negara China sendiri telah meningkatkan emas simpanannya sebanyak 76% dan dijangka akan terus menambah lagi simpanan emas mereka. Selain emas mereka juga kini sedang rancak mengumpul perak. Sehinggakan pada ketika ini mereka menjadi pengimport perak terbesar dunia. Jika dahulu mereka pengeksport terbesar perak kini mereka menjadi pengimport terbesar pula. Ini kerana mereka sedar logam yang dianggap sebagai ‘pasangan duet’ kepada emas tersebut sedang meningkat naik nilainya dengan begitu drastik sekali.
Apa yang paling menarik ‘Naga Ekonomi Asia Timur’ itu juga kian ligat mempromosi serta menggalakkan rakyat mereka untuk memiliki serta menyimpan emas dan perak sebagai portfolio pelaburan dengan berkempen dan menyiarkan iklan di media arus perdana. Sementara bank pusat di beberapa buah negara di dunia seperti Venezuela, India, Russia, Ecuador, Mexico, dan Filipina juga sedang giat mengumpulkan emas sebagai rizab simpanan bank negara masing-masing.
Untuk mengharapkan kerajaan membuat dasar serupa seperti yang diamalkan oleh negara China, mungkin ianya ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Justeru sebagai individu, marilah kita mewujudkan rizab simpanan emas kita sendiri. Dalam erti kata lain emas perlu dimiliki sebagai rizab bagi sesebuah keluarga mahupun individu. Janganlah kita terlena dan mudah percaya yang ringgit kita semakin mengukuh. Hakikatnya bukan nilai ringgit yang semakin mengukuh tetapi matawang usd yang semakin melemah nilainya. Jika nilai ringgit kita kukuh, pada ketika ini kita tidak akan berdepan dan terbeban dengan masalah kenaikan harga minyak dan nilai barangan di pasaran atau dalam bahasa penyedap hati kita panggil ‘pelarasan harga’ hahaha.. itu semua ayat-ayat pemanis kerajaan. Oleh itu jangan sesekali mudah merasa selesa dan percaya dengan berita-berita ekonomi khususnya berita dari akhbar tempatan kita.
Kita kalau boleh memang tak nak nilai ringgit kita jatuh, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku pada masa akan datang. Cuba kita bayangkan apa akan terjadi sekiranya simpanan wang kertas hasil penat lelah kita bekerja selama sebulan lenyap dan terhapus nilainya sekelip mata dek kerana inflasi dan kegawatan ekonomi??? Mesti haru biru dibuatnya. Oleh itu adalah wajar untuk setiap daripada kita menyimpan wang dalam bentuk emas. Ini kerana menyimpan dalam bentuk emas akan melindungi nilai kekayaan kita daripada ancaman inflasi mahupun krisis kewangan/ekonomi.
Ketika wang kertas semakin kehilangan nilainya, perkara sebaliknya berlaku kepada emas dan perak.. nilainya akan terus melonjak tinggi. Pada waktu itu nanti, dengan sedikit emas dan perak yang kita miliki, kita akan dapat menguasai berbagai aset lain menerusi kenaikan nilai kedua-dua logam berharga tersebut. Disitulah terletaknya manfaat fenomena wealth transfer ketika ini, dan ianya dijangka akan berlarutan selama 7 hingga 9 tahun. Apa yang menariknya, tempoh itu sedang berlaku sekarang.
Kesimpulannya emas dan perak merupakan kunci utama untuk wealth transfer. Oleh itu manfaatkan sebaik-baik mungkin kewangan anda ketika fasa wealth transfer ini. Proses tersebut sebenarnya memberikan kita peluang untuk bersiap sedia menukar sebahagian wang fiat kita kepada emas dan perak sebagai bekalan dan persiapan menghadapi ketidak tentuan ekonomi pada masa akan datang. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment