Sunday, May 29, 2011

BAGAIMANA MENUKAR MASALAH KEPADA PELUANG?


chart 1 Turning A Problem Into Opportunity

Masalah krisis hutang Eropah di negara Geece telah timbul  kembali! Hari ini  Portugal. Sepanyol dan Ireland pula sedang menunggu program menyelamat (bailout) yang memalukan daripada Tabung Kewangan Kesatuan Eropah (European Union Monetary Fund), kerana bergelut dengan masalah bebanan hutang negara mereka sendiri.

Pakej menyelamat melibatkan keseluruhan liabiliti berjumlah 340 Billion Euro yang bakal disuntik untuk menyelamatkan negara-negara terlibat dari bangkrap. Tidak ada sebab untuk melibatkan diri dalam pasaran saham dan bond bilamana ekonomi global berada dalam kedaan tidak menentu & kucar kacir , kata Presiden Regal Assets, Encik Robn Fricke.

Sementara pasaran kewangan dikejutkan dengan kebimbangan berkaitan masalah hutang di negara Eropah, amaran telah dikeluarkan agar Kerajaan negara2 kuasa besar  terlibat  mengawal dan memotong perbelanjaan terutamanya negara seperti Amerika Syarikat.

Tetapi dengan 21 buah Negara Kesatuan Eropah (EU) terlibat dengan krisis hutang, ianya bakal memberi kesan besar kepada ekonomi dunia. Plan menyelamat bakal menyebabkan cukai dan peningkatan kos sara hidup yang tinggi ditanggung oleh rakyat. Dalam masa yang sama sebarang defisit yang melanda Eropah akan memberi kesan tidak baik kepada ekonomi Amerika Syarikat kerana Eropah adalah rakan kongsi perdagangan terbesar negara tersebut sekaligus bakal memberi kesan kepada ekonomi dunia.


Lawatan Presiden Barack Obama’s ke bandar  Moneygall, Ireland dalam masa terdekat ini akan memberi peluang baik kepada beliau untuk melihat sendiri bagaimana salah urus kerajaan dalam membelanjakan wang negara memberi kesan kepada politik, sosial dan ekonomi rakyat sebagaimana yang dihadapi oleh rakyat Amerika Syarikat pada hari ini.
Sebagai langkah berhadapan dengan bencana krisis kewangan dunia yang semakin parah akibat salah urus tadbir Kerajaan, Wilayah Utah menjadi Negeri pertama di Amerika Syarikat mengambil tindakan perundangan mahkamah melindungi asset rakyatnya dengan menjadikan logam Emas dan Perak sebagai MATAWANG (CURRENCY) yang sah di sisi undang2 Negeri tersebut.

Dengan tindakan berpatah balik menjadikan emas sebagai medium wang tunai,  wang tunai tersebut mungkin tidak sebagus logam emas itu sendiri tetapi perlaksanaan undang2 tersebut membebaskan penjualan syilling emas  dipasaran daripada cukai kerajaan. Idea yang kreatif yang akan membolehkan pengguna kad kredit capaian kepada pelaburan emas mereka-sama sebagaimana yang dilaksanakan oleh bank terhadap ekuiti hartanah (real estate) 10 tahun yang lalu.

Idea berkenaan timbul kerana masyarakat Amerika sudah hilang kepercayaan terhadap matawang US Dollar, dan ianya dipelopori oleh Encik Brad Galves wakil Republikan yang menaja usul tersebut sebagai bantahan terhadap polisi kewangan Rizab Persekutuan (Federal Reserves).

Kesimpulannya sekiranya anda merasa marah terhadap polisi hutang negara anda, mudah sahaja mengajar mereka.

Tukarkan wang tunai anda kepada Emas dan Perak.

No comments: