Oleh David Galland, Casey Research
Sementara terdapat banyak sebab mengapa harga emas dan perak akan terus bergerak tinggi dan dalam masa sama trend pergerakkan matawang kertas fiat terus jatuh, di majlis Perhimpunan Casey Researh kami yang di adakan di Boca Raton, ahli fakulti Encik Mike Maloney telah membentangkan satu fakta yang tidak pernah di utarakan kepada khalayak sebelum ini.
Fakta bahawa semasa berlakunya kenaikan tertinggi harga logam beharga di pasaran dunia (dikenali sebagai major precious bull market) pada tahun 1970an dahulu, hanya 10% daripada penduduk dunia boleh memiliki emas fizikal secara peribadi- samada kerana halangan perundangan (legal restrictions) ataupun tidak mampu kerana kekurangan wang tunai (lack of liquid capital).
Hari ini, masih terdapat sebilangan kecil negara di dunia melarang pemilikan emas secara individu oleh rakyatnya, sementara peratusan penduduk dunia yang memiliki dan menyimpan emas secara indvidu jauh lebih tinggi dari tahun 1970an dahulu.
Negara China adalah contoh terbaik, dengan membenarkan pemilikan emas dan perak kepada individu warganegaranya bermula pada tahun 2004, disokong pertumbuhan pesat GDP negara itu telah menyebabkan permintaan & pembelian emas di China melonjak tinggi seperti roket.
Mengesahkan kenyataan tersebut, berikut adalah artikel terbaru Wall Street Journal berhubung dengannya:
Pelabur China berebut mendapatkan jongkong dan syilling emas, membeli lebih banyak emas daripada sebelum ini untuk tempoh suku tahun pertama 2011 dan mengatasi pembeli di India untuk menjadi pembeli emas terbesar dunia pada hari ini.
Di China , permintaan dan selera golongan pertengahan untuk memiliki emas terus meningkat dengan drastik.
Permintaan emas sebagai pelaburan di China telah meningkat melebihi dua kali ganda kepada 90.9 tan metrik dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini, menewaskan India yang mencatat 85.6 metrik tan, menurut laporan suku tahunan The World Gold Council pada hari Khamis yang lalu.
Permintaan Emas sebagai pelaburan di China sekarang adalah 25% daripada permintaan pasaran dunia, berbanding India 23%.
Laporan tersebut jelas menunjukkan peningkatan selera untuk memiliki emas terutamanya dari golongan pertengahan yang tumbuh bak cendawan di negara tersebut. Kebimbangan mengenai lonjakan inflasi , selain pencarian kepada portfolio pelaburan baru adalah sebab utama pelabur memilih logam berharga ini. Pemasaran berkaitan logam berharga juga meningkat dengan mendadak dalam beberapa bulan kebelakangan.

"Saya fikir masyarakat akan terperanjat dengan kekuatan permintaan Emas dari China,tetapi kami fikir trend ini akan berterusan untuk masa-masa yang akan datang." kata Encik Eily Ong, pengurus penyelidik pelaburan di World Gold Counsil.
Terkenal sebagai masyarakat yang aktif menabung, masyarakat China memperuntukkan 50% daripada pendapatan mereka dengan memilih untuk meningkatkan simpanan emas daripada menyimpan wang tunai renminbi sebagai salah satu langkah melindungi kekayaan.
Bagi mereka yang merasa ragu betapa besar perkembangan dan kesedaran masyarakat di China menyimpan emas, mengambil kira pada tahun 2007, sebelum pelaburan emas menjadi " perkara yang wajib dilakukan," permintaan terhadap emas di kalangan penduduk India adalah 61% daripada permintaan emas dunia sementara permintaan emas di China hanyalah 9% sahaja.
Dalam erti kata lain , India bukan lagi satu-satunya negara yang mendominasi pembelian emas di kalangan rakyatnya. Pelabur diseluruh dunia kini boleh dan bersedia untuk membeli emas dalam kuantiti yang besar bertujuan melindungi asset kekayaan mereka selain langkah perlindungan tehadap kejatuhan nilai matawang kertas yang dipegang oleh mereka.

Saya tidak fikir fasa pembetulan harga emas telah berakhir. Terlalu banyak ketidak tentuan melanda dunia pada hari ini yang boleh berlaku pada bila-bila masa menyebabkan pembelian pada ketika harga emas seakan jatuh dalam masa 4 ke 6 bulan akan datang adalah merupakan tindakan yang wajar.
Tetapi dalam jangkamasa panjang, harga emas di lihat tidak mempunyai sebarang destinasi hendak dituju kecuali terus meningkat naik.
No comments:
Post a Comment