Tuesday, May 17, 2011

LAWAK AGRO BANK

Assalamualaikum WBT

Berita paling baru diterima. berkuatkuasa hari ini 16 Mei 2011 Ar Rahnu Agro Bank  telah ikut jejak langkah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia apabila mengambil tindakan tidak lagi menerima pajakan untuk emas dalam bentuk Dinar, Syilling mahupun Jongkong (Bar). 

Bagaimanapun untuk pajakan barang kemas perhiasan masih lagi diterima oleh Ar Rahnu berkenaan atas kadar 70% dari nilai marhun.

Sebelum ini pihak Agro Bank telah menurunkan kadar pinjaman pajakan Emas dalam bentuk
Dinar, Syilling mahupun Jongkong (Bar) daripada 70% kepada 65%.

Tidak jelas apakah faktor yang mempengaruhi tindakan berkenaan. Apa yang pasti  dari segi jengka pendek, ianya sedikit sebanyak bakal memberi kesan kepada pelanggan ArRahnu Bank berkenaan terutamanya golongan yang kerap menggunakan  Dinar, Syilling mahupun Jongkong (Bar) untuk tujuan pajak dan tebus.Paling ketara adalah pelanggan yang memang telah mempunyai stok samada telah di pajak ataupun stok ditangan  kerana terpaksa memikirkan kaedah lain untuk mengeluarkannya dari pajak

Jika difikir dari logik akal emas tetap emas walau dalam bentuk apa sekalipun dan akan kekal bernilai zaman berzaman. Sejarah telah membuktikannya bagaimana sejak 5000 tahun lalu emas dan perak terus mampu mengekalkan nilainya walau dalam apa suasana krisis sekalipun.

Sebutlah segala bentuk krisis samada krisis ekonomi dunia, peperangan, bencana alam, inflasi besar, kenaikan harga minyak dan barangan, perubahan politik, ketidak tentuan politik dan ekonomi , kejatuhan pasaran saham, serangan penyagak wang seperti Soros, kejatuhan nilai ringgit, Emas tetap mampu bertahan dan terus mengekalkan nilainya.

Malah ketika berlaku inflasi apabila semua barangan akan menjadi bertambah mahal kecuali wang kertas milik anda yang semakin mengecil, bila mana orang ramai hilang kuasa beli (purchasing power) kerana di makan inflasi, emas akan menjadi satu-satunya asset yang nilainya terus melonjak tinggi.

Dari segi statistiknya harga emas di Malaysia pada tahun 1995 hanya RM28 segm. Bagaimanapun pada hari ini harganya adalah RM177 segm. Bermakna kenaikan 632%. Purata kenaikan hampir 40% setahun. Cukup untuk memberi pukulan knock out kepada mana-mana Institusi pelaburan amanah Kerajaan termasuk ASB dan bakal membuat Bank Negara pening kepala kerana semakin ramai orang mengeluarkan simpanan tunai mereka di Bank untuk membeli emas.

Jadi dari segi jangka panjangnya ,langkah Ar Rahnu Agro Bank di lihat tidak akan beri apa-apa kesanpun kepada orang ramai . Dengan kesedaran dan awareness yang tinggi dikalangan masyarakat untuk menyimpan emas  bagi menggantikan wang fiat milik mereka, ianya adalah petanda jelas bahawa masyarakat memberikan indicator kepada Bank bahawa cukuplah segala tipu daya yang mereka lakukan selama ini.  Kita tidak akan lagi bermain ikut rentak mereka kerana generasi hari ini punya pengetahuan tinggi mengenai sistem Monetory Financial Dunia yang penuh riba' dan putar belit .Dan kita juga tidak akan lagi menjadi bodoh untuk terus berdagang dalam US Dollar (yang dicetak sesuka hati) dan mengikut telunjuk puak-puak tersebut.

Masyarakat Malaysia juga mempunyai banyak pilihan untuk membeli emas hari ini. Jika dulu mak ayah kita sering diklentong oleh Tokey2 kedai2 emas bila beli atau jual emas dengan mereka, hari ini suasananya berbeza. Anak cucu mereka dah pandai tgk harga spot gold emas di pasaran dunia sebelum membuat belian. Ucapkan selamat tinggal pada Poh Kong , Poh Win dan saudara2nya.

Hairannya kita melihat bagaimana Kerajaan China membuat kempen besar2an di media milik kerajaan termasuk TV agar rakyatnya menyimpan emas. Malah Bank mereka menawarkan bermacam tawaran menarik sehingga ada yang menawarkan produk simpan emas 1gm sehari.

Di India , Kerajaannya melantik pejabat Pos di seluruh negara untuk menjual emas diskaun murah kepada rakyatnya terutamanya mereka yang berada di kawasan pedalaman.

Dan program sebegini mendapat sambutan hangat dan luar biasa dari rakyat mereka. Di negara China rakyatnya memborong emas seakan tidak ada hari esok untuk mereka.Di India negara pengguna emas terbesar dunia, logam emas seakan berada dalam DNA rakyatnya. Kedua negara tersebut menggunakan emas kerana terbukti ianya kalis inflasi dan asset lindung nilai terhadap kekayaan mereka.

Kedua negara ini di lihat sebagai kuasa besar ekonomi dunia kerana pasaran mereka yang luas. Rakyat kedua negara ini mewakili separuh penduduk planet bumi sendiri. Dengan kesedaran dan demand yang tinggi tidak hairanlah harga emas akan terus melonjak  di pasaran dunia pada masa hadapan.

Buat pertama kali dalam sejarah ,Bank Pusat di kebanyakkan negara menjadi pembeli emas terbesar di pasaran pada hari ini berbanding sebelum ini. Mereka menipu kita dengan berurusan menggunakan US Dollar di hadapan kita tapi senyap2 mengumpul emas sebagai persiapan bila sistem ekonomi berteraskan Wang Kertas Fiat runtuh satu hari nanti.

Dan hari ini kita terus di lagukan bagaimana Ringgit ditutup kukuh berbanding US Dollar di pasaran tetapi dalam masa yang sama harga barang terus naik dan kehidupan rakyat  semakin sukar kerana hilang 'purchasing power' & tidak mendapat apa-apa faedah kesan dari pengukuhan matawang tersebut. Sebenarnya bukan Ringgit yang kukuh, tetapi US Dollar yang jatuh merudum kerana di cetak sesuka hati oleh Kerajaan mereka.

Sebab itu Rasul kita berkata" Akan sampai satu zaman di mana semua barangan tidak mempunyai nilai, maka simpanlah Dinar (Emas) dan Dirham (Perak)" . Maka peganglah kata-kata dan nasihat Rasul kita, InsyaAlllah anak-anak dan generasi kita akan terbela dan selamat.

Dan langkah Ar Rahnu Agro Bank mengikut contoh Bank Rakyat dilihat sebagai tindakan kebelakang dan diperhatikan penuh sinis dan gelak oleh ramai masyarakat Malaysia di luar sana.



No comments: