Pada posting yang lepas saya telah mendedahkan bahawa wang yang kita perolehi hasil titik peluh selama kita bekerja ini sebenarnya adalah wang fiat (iaitu wang yang tidak disandarkan dengan emas).
Ianya langsung tidak bernilai bahkan ianya masih kekal digunakan pun hanya kerana ianya masih diterima oleh para pengguna (kita semua) sebagai medium pertukaran.
Tetapi malangnya kita tidak mampu untuk mendesak pemerintah agar membuat penyelarasan semula dengan mengimbangkan diantara jumlah wang ringgit yang telah dicetak dengan rizab simpanan emas.

Justeru, langkah yang boleh kita ambil ialah, kita sendiri perlu menyandarkan wang yang kita perolehi dengan emas!!
Caranya?
Mudah saja, sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas dahulu.
Selepas anda beli emas, pajakkan di Ar-Rahnu dan tunai yang anda dapat hasil dari pajakan itulah yang boleh anda digunakan untuk keperluan tersebut.

Rasionalnya?
1- Membeli barangan susut nilai (Kereta, TV lcd, Laptop, Motosikal & etc)
Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi.
Anda hanya perlu maintain upah simpan 6bulan sekali dan apabila sampai waktunya nanti (kenaikan harga emas) anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungan hasil jualan tadi akan mengurangkan kerugian anda diatas belian barangan susut nilai tadi dan tidak mustahil dalam masa yang sama anda akan meraih keuntungan, sekaligus membuatkan barangan tadi anda perolehi secara percuma!!.

Contoh:-
Anda bercadang untuk membeli sebuah Notebook untuk anak perempuan anda bagi tujuan pembelajarannya. Harganya RM1,800.00. Jika anda terus beli notebook tersebut maka habislah terus duit yang anda gunakan.Pembelian tersebut juga dibuat ke atas barangan yang susut dari segi nilainya selepas anda memilikinya. Walaupun ianya pembelian yang baik tetapi dari segi ekonominya ia di anggap sebagai pembelian yang tidak sihat.
Jadi bagaimana untuk menukarnya kepada pembelian yang sihat. Mudah saja. Sebelum kita buat pembelian terhadap barangan yang susut dari segi nilainya , kita beli dulu barangan yang meningkat dari segi nilainya.
Caranya mudah. Anda beli emas dahulu.
Contoh :- Anda beli dulu 4 keping Dinar 999.9 Gold Crest Pavilllion (GCP) berat 4,25gm. Harga sekeping hari ini adalah RM720.00. Anda perlukan RM2,880.00 untuk 4 keping Dinar tersebut (17gm).
Kemudian anda pajakkan 4 keping Dinar tesebut di Ar Rahnu Agro Bank.
Cara kiraan Agro Bank adalah RM165.80 (*nilai marhun) x 17gm= RM2,818.00. Anda layak dapat pinjaman cash 65% serta merta RM1832.00 utk 4 keping Dinar tersebut
(RM458.00 sekeping).
(RM458.00 sekeping).
*Nilai marhun berubah ikut nilaian Emas pihak Bank
Anda perlu bayar upah simpan RM2,818 x 0.75% = RM21.00 sebulan (RM5.25 sekeping)

Kemudian barulah anda guna wang pinjaman $1832.00 tadi untuk beli notebook. Bermakna kini anda dapat notebook dan dalam masa yang sama anda ada 4 keping Dinar emas yang kini berada dalam pajak.Dan anda tahu yang Dinar anda akan terus meningkat dari segi nilainya.
Apabila anda ada duit, anda boleh tebus Dinar tersebut satu persatu.Ada duit RM458.00 + upah simpan, keluarkan sekeping. Bulan depan keluarkan lagi sekeping dan seterusnya hingga habis anda tebus.
Katalah dalam masa setahun harga emas naik 25%. 4 tahun 100%. Pada ketika itu emas anda telah naik 1 kali ganda dari harga anda beli. Bermakna anda beli notebook tadi percuma aje. Bijak tak?
2- Modal Perniagaan
Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan.
Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya digunakan untuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu sedikit demi sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda dapat!!

Jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali, dan dengan purata kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun anda telah menggandakan nilai emas anda kepada 100%. Anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah cover semula kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, pajakkan dan mulakan perniagaan baru.
Sedarlah, jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis, jatuh terduduk dan sebagainya seandainya anda kerugian di dalam perniagaan anda, kerana risikonya telah diminimakan oleh emas!!!

3- Pelaburan (Hartanah, Saham, Unit Amanah etc)
Ramai orang mengatakan bahawa pelaburan hartanah sememangnya menguntungkan, tetapi amat jarang yang mengatakan berkenaan risiko kerugiannya.
Apakah pelaburan hartanah tiada risiko?
Bagaimana jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat2 bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah anda akan dilelong!!

Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!!
Begitu juga ketika berlakunya bencana atau peperangan seperti peristiwa 9/11 cthnya, jika anda mempunyai hartanah di kawasan bandar di U.S sudah tentu penyewa anda akan lari dan anda perlu menanggung risiko yang hartanah anda akan dilelong. Tetapi jika anda sandarkan pelaburan tersebut dengan emas, anda akan menikmati keuntungan hasil kenaikan emas sebanyak 9% dan perak 11% pada hari itu!!
Kesimpulannya, emas bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kepada nilai harta anda, tetapi ia juga bertindak sebagai pelindung kepada kerugian dan peminima risiko perniagaan dan pelaburan anda.
Katalah anda mula menyimpan Dinar Emas pada usia 30 tahun. agak2 masa pencen esok 28 tahun dari sekarang berapa banyak agaknya emas anda dan berapakah nilainya pada ketika itu? Cara yang sama anda boleh gunakan untuk perbelanjaan perkahwinan anak, anak masuk Universiti, pergi Umrah dan Haji, langsaikan hutang rumah dsbnya. Pendekata anda tak perlukan pinjaman riba' Bank lagi.
“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakan untuk (memerdekakan) hamba sahaya, dinar yang engkau belanjakan kepada orang miskin, dan dinar yang engkau belnjakan untuk keluarga, yang paling utama di antara semua itu adalah dinar yang engkau belanjakan kepada keluargamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

No comments:
Post a Comment