Monday, April 4, 2011

MALAYSIA PROPERTY BUBBLE?

Saya ada beberapa orang sahabat yang berjaya membuat “good money” dalam hartanah, “property flipping”. Mereka berjaya membuat keuntungan sekurang-kurangnya RM100,000 selepas rumah siap dibina selepas 2 tahun. Ada yang mengunakan wang tersebut untuk membeli property lagi besar dan kini belum lagi terima kunci, sudah ada buyer menunggu dengan keuntungan “atas angin” mencicah RM400,000.

Tapi mereka beli 6-7 tahun lepas, semasa harga rumah masih lagi “resonable”. Apabila saya tahu cerita ini, dan tergerak hati untuk buat flipping atau rental, saya rasa sudah agak terlewat kerana harga rumah sudah pun naik ke tahap “tidak masuk akal”.

Gaji kita naik tidak selari dengan harga rumah sekarang, harga rumah tidak setimpal dengan nilai sewanya, projek perumahan tumbuh macam cendawan, projek dan rumah terbiar pun banyak, bank agressif memberikan pinjaman “murah”, generasi akan datang tidak mampu beli rumah, .. takut juga bila pikir mengenainya, bila saya nak buat loan yang besar untuk finance rumah itu nanti.

Dan dengan sebab itu juga, saya beralih ke “precious metal”, kerana lebih mudah untuk dimiliki. Kita boleh beli sedikit demi sedikit tanpa pembiayaan, boleh “liquid”kan juga sedikit demi sedikit bila perlu, tak perlu lalui legal proses yang makan masa berbulan-bulan, dengan keadaan “paper” ekonomi yang semakin parah, inflasi semakin naik .. gold and silver have a huge opportunity jika anda kaji betul-betul.

Check out video-video dari Mike Maloney mengenai Property Bubble around the world, Dubai, Singapore, Las Vegas and Moscow.


No comments: