Harga Emas melambung tinggi mencatat rekod baru USD$1,512.50 (RM4,492) satu ounce di New York pada hari Jumaat, rekod keuntungan tertinggi dalam tempoh seminggu dan mengekalkan kenaikan harga bagi tempoh 6 minggu berturut-turut.
Sementara kebanyakan pelabur emas tersenyum lebar di seluruh dunia, kenaikan harga emas yang di sifatkan sebagai 'gold super cycle rally' memberi makna dan kesan buruk kepada ekonomi Amerika Syarikat.
Penganalisis ekonomi mendedahkan pergerakan harga Emas ketika ini yang disifatkan sebagai kitaran luar biasa memberi petanda bahawa ekonomi Amerika Syarikat semakin bertambah teruk.
Kenaikan berterusan harga emas dan minyak memberi petanda bahawa matawang Dollar Amerika sedang berada dalam keadaan bahaya dan ekonomi mereka semakin hampir untuk runtuh, menurut Mr Michael Snyder pakar ekonomi pasaran logam berharga.
"... apabila harga ke dua2 komoditi ini melonjak tinggi ianya adalah petanda jelas bahawa matawang US Dollar telah berkubur dan negara kita sedang semakin hampir menuju kepada keruntuhan ekonomi ." kata Mr Snyder dalam tulisannya.
Beliau menjelaskan apabila harga logam Emas dan Perak melambung tinggi di pasaran, ianya adalah petanda pelabur di seluruh dunia telah hilang kepercayaan terhadap matawang Dollar dan Perbendaharaan Kerajaan Amerika Syarikat dan mereka mencari kepada sesuatu yang mereka lebih percaya.
"Kerajaan Amerika Syarikat telah mengurus defisit berjumlah Trillion Dollar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan wang kertas USD berlambak di pasaran kerana di cetak sesuka hati". Beliau berkata pada ketika ini seluruh dunia meragui kestabilan ekonomi Amerika Syarikat kerana beban hutang besar Kerajaannya.
Banyak faktor yang mempengaruhi lonjakan harga emas ketika ini .Yang utama antaranya adalah suasana panik di kalangan pelabur terhadap kestabilan fiskal di Amerika Syarikat, yang tidak terurus, matawang US Dollar yang lemah , ketidaktentuan di Timur Tengah yang menjejaskan bekalan minyak dunia, krisis hutang di Eropah di tambah dengan ketidakstabilan di Jepun.
Dari semua faktor di atas , krisis matawang US Dollar memberi kesan paling ketara. Bukan satu kebetulan apabila Dollar kini jatuh pada tahap terendah dalam tempoh 3 tahun berbanding dengan matawang utama dunia yang lain apabila harga komoditi logam berharga (precious metal) melonjak tinggi di pasaran.
Dan masadepan Dollar Amerika di lihat akan bertambah teruk untuk bulan2 yang akan datang. Kadar faedah masih direkod rendah dan Federal Reserves US dilihat masih lagi tidak akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.Malah defisit Bajet yang diperkenalkan Federal Reserves memberi lebih banyak tekanan kepada Dollar yang menyumbang kepada kejatuhan paling rendahnya sejak 2008.
Dan masadepan Dollar Amerika di lihat akan bertambah teruk untuk bulan2 yang akan datang. Kadar faedah masih direkod rendah dan Federal Reserves US dilihat masih lagi tidak akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.Malah defisit Bajet yang diperkenalkan Federal Reserves memberi lebih banyak tekanan kepada Dollar yang menyumbang kepada kejatuhan paling rendahnya sejak 2008.
Kerana faktor ini, para penganalisis meramalkan lonjakan harga emas yang disebut 'the gold super rally ' akan berterusan untuk tahun mendatang. Para penganalisis di petik oleh Reuters sebagai berkata harga emas akan mencecah USD $1,700 satu aun selewat-lewatnya pada tahun 2015.
Lonjakan harga emas telah memberi kesan langsung yang ketara kepada Dollar dan penduduk Amerika Syarikat sendiri. Ianya dapat dilihat apabila ramai orang berpusu-pusu ke kedai pajak gadai di seluruh negara tersebut. "Bagi kebanyakan penduduk Amerika yang bergelut untuk memenuhi keperluan hidup mereka, lonjakan harga emas memaksa mereka dengan hati yang sedih dan berat mengunjungi kedai pajak gadai, menjual barang kemas milik mereka untuk membayar segala bil keperluan rumah," komen UK's Daily Mail dalam artikelnya.
"Ramai orang tidak mahu menjual barang kemas perhiasan milik mereka, tetapi mereka terpaksa berbuat demikian kerana terpaksa membayar bil bulanan atau apa jua masalah kewangan yang mereka hadapi..kami mendengar banyak cerita sedih mengenainya." kata Encik Steven Bumb , pemilik bersama kedai pajak gadai Santa Cruz, (A lot of people don't want to sell their jewellery, but they have to ... It's their monthly mortgage payment or whatever the case is ... We hear a lot of sad stories," says Steven Bumb, part owner of Santa Cruz Pawn)
Menurut laporan, orang ramai terpaksa menjual emas mereka pada ketika harga melonjak tinggi untuk memenuhi keperluan wang tunai mereka yang semakin merosot akibat kejatuhan berterusan matawang US Dollar.
Kadar pengangguran tinggi di Amerika Syarikat juga mempengaruhi pasaran. Orang ramai memburu emas sebagai pelindung nilai paling selamat untuk melindungi asset mereka yang semakin merosot akibat kejatuhan matawang US Dollar.
Lonjakan harga komoditi tidak terhad kepada logam emas sahaja. Minggu lepas logam Perak (Silver) mengatasi emas dari segi peratusan keuntungan kenaikan harga. Harga logam Perak mencatat rekod tertinggi nya USD $46.69 ( sekitar RM138.00 ) satu ounce.
No comments:
Post a Comment