Sunday, March 6, 2011

TAMBAH STOK EMAS ANDA

Salam,

Para pembaca sekalian,

Masih ramai lagi kawan2 yang keliru & beranggapan bahawa mereka tidak mampu untuk membeli emas kerana harganya mahal dan perlu modal besar. Memang harga emas mahal dan semakin hari ianya akan bertambah mahal. 

Dengan segala macam krisis ekonomi yang melanda dunia pada hari ini termasuk krisis makanan di Asia Barat, krisis kenaikan harga minyak mentah dunia, kebimbangan berkaitan inflasi, krisis keyakinan terhadap Dollar US yang berlambak di pasaran, semuanya akan mempengaruhi kenaikan harga emas dunia.


Sebenarnya untuk menyimpan emas kita tak perlu modal yang besar. Kita boleh mula dengan modal yang kecil dengan membeli emas yang kecil dan murah.

Yang mustahak sebenarnya adalah ilmu. Dan ilmu datang dari guru dan pengalaman kita sendiri.

Kenapa saya sarankan anda menyimpan emas ? Jawapannya mudah kerana harga emas akan meningkat naik dalam jangkamasa panjang. Manakala jika anda simpan wang tunai pula jawapannya terbalik kerana nilai wang anda akan merosot akibat di makan inflasi dan kuasa beli anda akan berkurangan utk jangkamasa yg sama.

Sbb tu puak kapitalis Yahudi & Barat mati2 tak nak kita guna dinar emas. Jawapannya mudah. Kerana Umat Islam akan bertambah kaya dan mereka tak de peluang nak klentong kita. Tapi hakikatnya penyimpan rizab emas terbesar dunia adalah Amerika ni sendiri. Lihat liciknya mereka. Dalam diam di belakang kita mereka simpan emas tapi di depan kita mereka berurusniaga dengan Dollar mereka.Maka semua negara dunia termasuk kita pun terpaksalah berkiblatkan Dollar bila berurusniaga di pasaran dunia.

Ok kalau saya sarankan anda beli emas kemudian anda simpan. Tunggu harga tinggi jual . Itu saya fikir anda pun tahu. Betul tak?

Bijaksana bermakna dengan modal yang kecil tadi anda boleh eksploitasi atau guna peluang untuk menambah stok emas anda dengan cara pajakkan di Ar Rahnu. Ok jom saya kongsikan pengalaman saya.

Ok saya mulakan dengan membuat belian emas 999(24K) Syarikat Goldcrest Pavillion (GCP) berat 10gm. Harga belian RM1600.00. 
Harga berubah ikut harga pasaran emas dunia. Anda boleh semak harga harian di www.gcp.com.my. 
Kenapa saya cadangkan emas GCP. Kerana selain murah , sykt keluarkan emas dengan purity atau ketulenan 999 (24K) . Orang Kelantan panggil emas 10.

Ianya masih murah kerana harga emas 999 (24K) di kedai emas seluruh Malaysia hari ini adalah RM166.00 segm. 
Bermakna kalau 10gm jadi RM1660.00. Kita jimat RM60. 
Selain itu kalau anda jual balik dengan saya beza harga jual dan harga beli hanya 5%. Berbanding dengan kedai emas biasa harga jual dan harga beli mereka 20-30% . 
Anda boleh dpt lagi murah kalau jadi pengedar GCP( itu kita bincang pada posting lain)
Anda bayar anda dapat fizikal emas tersebut.

Contoh emas 10gm GCP dengan purity 999


Kemudian saya pajakkan emas tersebut di Arrahnu. Kali ini saya perkenalkan anda kepada  perkhidmatan pajakan Ar Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMJ). Jom kita tengok surat pajak KPMJ. 

Saya ke KPMJ pada 28 Feb 2011.


Di KPMJ mereka buat penilaian emas 999 dipanggil nilai marhun RM162.00 segm. Bermakna mereka value emas saya RM1,620.00 untuk emas 10gm tadi.

Sebaik pajak saya layak dapat pinjaman 65% dari nilai marhun. Kiraan seperti berikut.
RM1,620.00 x 65% = RM1,050.00 (Dibundarkan dari RM1,053.00)

Bermakna kini saya ada cash money RM1,050.00 di tangan dan 10gm emas pajak di KPMJ

Bagi perkhidmatan pajakan tersebut saya perlu bayar upah simpan atas kiraan RM0.70 setiap RM100.00.Cara kiraan seperti berikut:-
RM1,620.00 x 0.70% = RM11.34 sebulan

Tempoh upah simpan adalah 6bulan +2bulan +2bulan = 10bulan
Bermakna kalau 10 bulan upah simpan = RM11.34 x 10 = RM113.40.

Sekarang apa saya perlu buat dengan tunai RM1050.00 yang saya dapat tadi?
Kalau saya belanjakan maka habisla..
Ok saya beli emas balik. 

Kali ni saya beli Dinar Emas GCP pulak. Saya suka GCP ni pasal Dinar dia pun 999 jugak.
Di GCP 1 Dinar adalah bersamaan 4.25gm emas 999(24K)
Harga hari ini adalah RM687.00 sekeping. Saya beli 2 keping harganya RM1374.00
Tambah sikit RM324.00 dari duit RM1050,00 tadi.
Tengok bagaimana saya pakai duit bank untuk beli emas Dinar tadi


Contoh 2 keping Dinar GCP saya

KINI SAYA DAH ADA 10gm EMAS PAJAK KAT BANK (Harga RM1,600)
8.5gm Dinar Emas pada tangan saya (Harga RM1,374)
Eamas saya dah jadi 18.5gm.
MODAL SAYA RM1600.00 + RM324.00 = RM1924.00

Tahun lepas kenaikan harga emas adalah 37%. Jangan kira tinggi sangat. Katalah harga emas naik 30% lepas 10 bulan. Ok jom kita kira & tgk senario dia.

a) Nilai terkini emas saya

RM1,600.00 x 30% = RM2,080 (Emas 10gm di bank)
RM1,374.00 x 30% = RM1,786.20 (Emas 2 Dinar di tangan saya. I Dinar dah jadi RM893.00)

Kalau ada orang nak beli saya jual emas ditangan saya pada harga semasa. Saya dapat RM1786.20 dan saya tebus emas saya kat bank.

a) Tunai ditangan                 = RM1,786.20
b) (-) Loan di KPMJ              = RM1,050.00
c) (-) Upah simpan 11 bulan  = RM   113.40
Total                                  = RM   622.80

Kini saya ada emas 10gm ditangan.
Duit RM622.80 saya tambah RM270.00 saya dapat 1 Dinar emas GCP.

Emas saya sendiri dah jadi 14.25gm. Dengan nilai RM2,973.00


Modal awal RM1,924.00 + RM270.00 = RM2,194.00


Anda untung RM2,973.00 - RM2,194 = RM779.00 (35%)



Lepas tu pusing lagi kitaran tersebut. InsyaAllah kalau sampai 10 tahun tak mustahil jadi 1 kg emas anda.He.he.

Kalau modal besar boleh main besar.

Macamana kalau harga emas turun? Bila turun beli stok emas murah la. InsyaAllah harga emas dalam jangkamasa panjang sentiasa naik. Mana ada emas yang makin lama makin murah.
Kalau kita simpan duit ye. Dia akan menyusut. 

Kalau anda simpan RM1.924.00 tadi kat ASB anda dapat RM153.92 setahun (8%)


InsyaAllah nanti di posting akan datang saya tunjukkan kaedah yang lain pula. 
Ada banyak kaedah pajak sebenarnya.
Tapi utk posting awal ni & sbg langkah hati2 saya paparkan teknik ini dulu kerana tak nak anda terperangkap pajak emas tapi tak tahu cara nak tebus.


Selamat menyimpan emas.





No comments: