Monday, March 14, 2011

PERANG MATAWANG: CHINA BIKIN US BENGANG???


Turun naik kadar pertukaran mata wang menyebabkan US berharap kadar pertukaran mata wang Yuan China menjadi lebih kukuh agar dapat mengurangkan defisit dagangannya dengan China. Namun China pula mengharapkan sebaliknya. Mereka lebih selesa sekiranya Yuan mengukuh secara perlahan-lahan bukannya mengukuh secara mendadak seperti yg diharapkan US.
Ini kerana China berpendapat tindakan tersebut adalah sesuatu yang tidak adil bagi ekonomi mereka. Bahkan China juga merasa gusar dengan krisis hutang di Eropah yang menyebabkan perdagangan di antara mereka dengan Eropah semakin terjejas jika mata wang Yuan mengukuh secara mendadak.

Perbalahan di antara US dan China mengenai mata wang ini menggambarkan betapa lemahnya penggunaan mata wang kertas. Kadar mata wang dunia yang tidak menentu, sering berubah-berubah dan dijadikan barangan dagangan menyebabkan penyelewengan mudah berlaku, seterusnya menjejaskan kestabilan ekonomi dunia.

Satu-satunya cara untuk menangani ketidakstabilan ekonomi dunia ini adalah dengan menggunakan emas sebagai mata wang dunia. Kelebihan emas memang telah diakui kerana emas mempunyai nilainya yang sebenar dan telap/kalis inflasi berbanding mata wang fiat sekarang.

 
Panda Gold Coins




Menyedari hakikat tersebut, sejak tahun 2003 China secara senyap2 telah mengumpul 600 tan emas tanpa pengetahuan sesiapa pun dan semenjak itu rizab simpanan emas mereka telah meningkat sebanyak 75%. Dalam tempoh 7 tahun (iaitu dari tahun 2002 hingga 2009) mereka telah mengumpul emas sebanyak 1,054 tan untuk memenuhi rizab simpanan emas mereka. Di jangkakan mereka akan terus menambah lagi simpanan emas di masa2 akan datang.

Kebangkitan China sbg kuasa ekonomi baru dunia dilihat makin ketara apabila mereka mula mengukuhkan rizab simpanan emas mereka dengan membeli sebanyak 200 tan emas dari IMF pada tahun 2009 yg lalu. Bahkan mereka turut menggesa IMF untuk menjual baki emas yang ada kepada mereka. Dengan pembelian tersebut, ia melonjakkan kedudukan China ke ranking ke 5 senarai negara yang memiliki rizab simpanan emas terbesar di dunia. Ternyata mereka telah lama menyedari akan muslihat dan taktik licik US.

‘Should we buy gold or US Treasuries? , ‘The US is printing dollars on a massive scale, and in view of that trend, according to the laws of economics, there is no doubt that the dollar will fall. So gold should be a better choice.


Li Lianzhong,
Head of the Economic Bureau of the Communist Party of China Central Committee’s Policy Research Center

Menariknya kerajaan China sejak 2008 telah mula menggalakkan rakyatnya menyimpan 5% simpanan mereka dalam bentuk emas. Di khabarkan juga setiap emas yang dilombong di negara China tidak dibenarkan dijual atau dieksport ke luar negara. Ternyata China mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan memiliki dan menjaga emas kepunyaan mereka.

Justeru kita perlu mencontohi serta belajar dan mengambil iktibar daripada China dengan membeli sedikit emas untuk kita miliki sebagai simpanan. Sekiranya anda seorang pelabur selamat atau individu yang mencari kaedah untuk menyelamatkan nilai wang anda, maka emas adalah jawapannya.

Kini China merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar selepas US. Keupayaannya memintas Jepun dari tempat ketiga untuk naik ke tangga kedua membuktikan betapa mereka berada pada landasan yang tepat untuk mencabar kedudukan US sebagai super power ekonomi global.


Di jangkakan China akan memintas kedudukan US sebagai kuasa utama ekonomi dunia pada tahun 2025... hohoho.. itu bermaksud kiamat bukan berlaku pada tahun 2012 seperti yg heboh digembar gemburkan oleh puak2 ‘tgn ghaib’.. apapun hanya ALLAH saje yg tau bila kiamat akan berlaku.. Wallahuallam.

No comments: