Sunday, March 13, 2011

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS= KALIS INFLASI (SAFE HEAVEN)

Salah satu keistimewaan emas adalah ianya kalis inflasi. Harga Emas tidak akan terjejas dengan kadar inflasi di mana jua di dunia ini dan tidak dapat di kawal oleh mana-mana Kerajaan hatta Raja sekalipun.Sebab tu pada hari ini kita lihat masyarakat di Negara China berebut2 membeli emas untuk melindungi susut nilai duit kertas ni. Selagi mana kita guna duit kertas selagi itulah ianya akan merosot di makan inflasi.
Sebanyak manapun Wang anda kalaupun sehingga 1 juta pada hari ini tidak akan bernilai 1 juta lagi pada tahun hadapan.

Sebelum saya berkongsi berita menganai kadar inflasi di Malaysia 2010 yang baru sahaja dikeluarkan laporannya, saya suka ingin berkongsi apa itu yang dinamakan “kadar inflasi”.  
Kadar inflasi adalah istilah ekonomi yang merujuk pada perubahan indeks harga. Kadar inflasi suatu negara dinilai berdasarkan tahap kenaikan harga untuk tempoh masa yang tertentu.
Kadar inflasi mempengaruhi kuasa beli penduduk dan mampu mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi sesebuah negara. Dalam bahasa mudahnya, semakin tinggi kadar inflasi di Malaysia contohnya, nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil.
Nak betulkannya memerlukan kenaikan gaji atau pun perubahan daripada segi ekonomi itu sendiri. Lain negara lain ragamnya. Kadar inflasi juga sangat berbeza antara satu sama lain. Ada negara yang mencapai 2 digit bagi nilai inflasi malah ada yang lebih daripada itu. Ada juga negara yang mencapai kadar inflasi yang negetif. Ini disebabkan harga harga yang semakin jatuh.
Mari kita buat perbandingan. Kadar inflasi antara negara-negara dunia :
  • Kadar Inflasi Kanada adalah 2.1%
  • Kadar Inflasi Amerika Syarikat 2.9%
  • Kadar Inflasi Iran 17%
  • Kadar Inflasi Venuzuela (18.7) > tertinggi di benua Amerika
  • Kadar Inflasi Norway 0.8%
  • Kadar Inflasi Britain 2.3%
  • Kadar Inflasi Australia > 2.3 %
  • Kadar Inflasi Iran 17%
  • Kadar Inflasi Afghanistan 13%
  • Kadar Inflasi Burma 35%
  • Kadar Inflasi Jepun 0.1%
  • Kadar Inflasi Zimbabwe 12,563%
  • Kadar Inflasi Guinea 23.4%
  • Kadar Inflasi Burkina Faso -0.2%
  • Kadar Inflasi Nigeria 0.1%
inflasi Kadar Inflasi di Malaysia 2010
KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi April 2010 naik sebanyak 1.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas tetapi tidak berubah bulan ke bulan. Bagi tempoh Januari-April, IHP meningkat 1.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Tahun ke tahun, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan masing-masing meningkat 2.2 peratus dan 1.2 peratus, kata jabatan itu.

Bagaimanapun, bagi asas bulan ke bulan, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan kekal tidak berubah. Bagi asas bulan ke bulan, jabatan itu berkata kumpulan-kumpulan utama menunjukkan kenaikan kecuali pakaian dan kasut (-0.3 peratus) dan komunikasi (-0.3 peratus).
Kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus). Kenaikan-kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9 peratus; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.7 peratus; pendidikan 1.8 peratus; restoran dan hotel 1.6 peratus; kesihatan 1.5 peratus; dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.7 peratus. BERNAMA/

PILIH SAMADA SIMPAN EMAS ATAU SIMPAN WANG?

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:- 'Satu masa akan sampai kepada manusia di mana tidak ada apa lagi yang berguna tinggal, kecuali Dinar(Emas) dan Dirham(Perak)'
Kebanyakan orang lebih suka menyimpan wang di bank ataupun menyimpan di dalam saham amanah seperti ASB dan sebagainya. Selain drpd cara yang dianggap selamat untuk menyimpan, pelaburan saham amanah juga dianggap memberi keuntungan yang lumayan dan dijamin oleh kerajaan.

Sedar atau tidak wang yg kita simpan dan gunakan ini semakin susut nilainya. Bagi mereka yang selalu ke pasar mungkin terasa kecilnya nilai wang kita jika diukur dengan jumlah barangan yang dibeli. Bagaimanakah jika ada cara untuk kita menyimpan sambil mendapat pulangan yang lebih lumayan? Adakah anda ingin terus menyimpan wang di dalam saham amanah?
Dengan menyimpan emas fizikal sama ada barang kemas atau goldbar anda bukan sahaja mendapat faedah daripada kenaikan harga emas tetapi anda juga berpeluang menambah pendapatan bulanan.

DIVIDEN DAN BONUS ASB DARI TAHUN 1991 HINGGA 2008


HARGA EMAS DARI TAHUN 1999 HINGGA TAHUN 2009

No comments: