Salam,
Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua….jauh dan dekat. Jom baca bersama petikan artikel ini;
Alhamdulillah,Kali ini saya nak share skit berkenaan macamana nak menggandakan nilai duit ank-anak kita termasuk duit raya untuk masa depan mereka.
Biasanya duit raya anak-anak saya simpan di Tabung Haji je. Kali ini sejak tahu kepentingan dinar emas, terfikir nak tukar dan simpan duit raya anak anak dalam bentuk dinar emas. Kalau simpan duit, by the time depa besar, nilai duit tu tak tau la berapa dengan keadaan masa tuh disebabkan inflasi.
Macam orang pencen zaman 70an, masa tu gaji depa 700, dapat pencen 350. Masa zaman 70an, 350 adalah big money. Kalau zaman awal 80an naik sikit la tapi masih boleh bawa duit 30 sen pegi sekolah boleh makan nasi dan minum air sirap. Saya start sekolah thn 84, (Saya lahir tahun 77, umur skang muda lagi la – 23 diterbalikkan wakakaka) masa tu saya bawa duit 30 sen. air segelas 10 sen, Bihun goreng atau nasi berlauk sepinggan harga 20sen. So dengan 30 sen boleh beli 2 benda yang mengenyangkan. Lewat 80an, dah kena bawa duit 50 sen. Masa darjah 4, air dah naik 20 sen segelas, nasi dan bihun 30 sen.
Tahun 90an, biasanya bawa RM1. Saya tak rasa sangat zaman ni sbb sekolah asrama, jadi duit manage sendiri. RM10 seminggu tu untuk makan minum masa rehat dan juga beli alat tulis/buku latihan. Sekarang anak saya bawa RM3 ke sekolah. Sekolah pagi RM2 dan petang RM1. Air sirap segelas dah 50 sen, bihun goreng 80 sen/RM1. Anak saya skang 7 tahun. Bayangkan 11 tahun lagi bila dia habis SPM, berapa wang saya perlukan untuk pendidikan dia? Tahun 2009, katakanlah untuk dapatkan degree di IPTS perlukan RM 24,000 (betul ker?) Agaknya 11 tahun lagi masih sama ker? Jadi kita kena cari jalan supaya kita boleh lawan atau pintas inflasi mata wang.
Berbalik kepada duit raya anak-anak. Andai kata setiap kali raya 1 org anak dapat average RM 200, sampai umur 18 tahun adalah RM 200 X 18 = RM 3,600. Campur duit tabung, saguhati pa&ma kasi atas lulus peperiksaan atau apa sahaja katakan la RM 10,000 semuanya. So jadi la RM 13,600.
Nilai RM 13,600 sekarang dapat beli apa yer? Campor jugak beberapa persen dividen diperolehi dari Tabung Haji,(Tabung Haji je yang saya tau, yang lain tak berani beb…hasil syubahat saya cuba elakkan insyaallah) katakan la koman-koman pon dapat la RM 16,000. 11 tahun lagi adalah tahun 2020, dah tercapai ke tidak wawasan 2020 masa tuh? Wow, Malaysia dah jadi negara maju, lagi tinggi kos hidup kot…Apa la sangat RM 16k tu agaknya 11 tahun lagi.
Kalau duit raya anak tuh ditukar kepada dinar emas tak kira la dinar kelantan atau public dinar, nescaya rasanya cerah masa depan. Kalau zaman Rasulullah s.a.w dulu 1 Dinar dapat beli seekor kambing, zaman sekarang pon boleh. Jangan kambing boer tu dah ler…kambing tu besar mcm lembu.
Cucu saudara saya si haikal baru diaqiqahkan raya ke 4 itu hari dengan 2 ekor kambing berharga almost RM 500 seekor. Lupa nak save, saya dengar tokma dia cakap 900 ++ utk 2 ekor. ++ tu rasanya hampir 1k gak la..tu kira 1 Dinar le seekor, psl 1 Dinar skang bersamaan RM 600+-.
Orang Indonesia praktikkan simpan dinar ni masa dorang simpan kat Tabungan Ongkos Naik Haji(ONH) bagi tujuan naik haji. Sebab itu la agaknya diaorang boleh pegi haji ramai walaupon kita dengar hidup sana agak susah berbanding kita.
Tapi dorangpon belum wajibkan la. Semasa Seminar Dinar Antarabangsa 2009 di ILIM ari tu, pihak pejuang Dinar dah maklumkan kepada Menteri di JPM, Prof Dato’ Jamil supaya Tabung Hajipon buat cenggini. Kalau buat, cepat la skit aku naik haji, insyaallah.
Saya dahpon tukarkan duit raya anak-anak kepada Dinar. Lagipon, duit raya anak no 2 dan 3 tak cukup nak beli 1 Dinar, 1/2 Dinar cukup la.
Katakan setiap tahun belikan anak 1 Dinar. By 18 tahun ada 18 Dinar,
So agak-agak, 11 tahun lagi 1 dinar ni bersamaan brp RM? Kalau bersamaan RM 1000, tak ke jadi RM 18,800? sedangkan modal nya ? lu kira la sendiri heheheh…
Ini andaian la..nak kira tepat kena cari history harga dinar emas bertahun tahun lepas, then buat analisis patern.Pokoknya, emas ni makin lama makin naik harga, kecuali le dengan kehendak Allah kan..mana kita tau..tapi itupon sekejap saja…lepas tu akan naik semula.
Kat bawah ni dipastekan artikel berkenaan Ongkos Naik Haji untuk renungan bersama
dipetik dari http://www.nurdinar.com
dipetik dari http://www.nurdinar.com
Tahun Rupiah US$
1998 Rp 8.805.000 3300
2008 Rp 32.400.000 3430
1998 Rp 8.805.000 3300
2008 Rp 32.400.000 3430
Tahun Dinar Harga 1 Dinar
1998 97 Dinar Rp. 94.000
2008 26 Dinar Rp. 1.200.000
1998 97 Dinar Rp. 94.000
2008 26 Dinar Rp. 1.200.000
Ongkos naik haji (ONH) th 1998 yaitu Rp 8.805.000
Apabila anda th 1998 dianugerahi rizki Rp 8.805.000
akan tetapi anda simpan dalam tabungan lalu anda gunakan untuk membayar ONH di th 2008 maka tentu Tidak cukup karena membayar ONH th 2008 naik menjadi Rp 32.400.000.
Apabila anda th 1998 dianugerahi rizki Rp 8.805.000
akan tetapi anda simpan dalam tabungan lalu anda gunakan untuk membayar ONH di th 2008 maka tentu Tidak cukup karena membayar ONH th 2008 naik menjadi Rp 32.400.000.
Lain halnya apabila diinvestasikan dalam dinar, maka Rp 8.805.000 th 1998 mendapat 97 dinar
Dan simpanan anda yang sebanyak 97 dinar lalu Anda gunakan untuk membayar ONH di th 2008 tentu lebih dari cukup karena membayar ONH thn 2008 cukup hanya dengan 26 dinar saja.
Dan simpanan anda yang sebanyak 97 dinar lalu Anda gunakan untuk membayar ONH di th 2008 tentu lebih dari cukup karena membayar ONH thn 2008 cukup hanya dengan 26 dinar saja.
Konsultan Investasi Dinar : Aceng Husen 081 320 399 395
(0231) 234 274 / 081 320 591 160
(0231) 234 274 / 081 320 591 160
No comments:
Post a Comment