Thursday, March 10, 2011

DINAR GOLD CREST PAVILLION


Salam,

Bagi para pembaca yang baru berjinak2 untuk menyimpan emas mari saya perkenalkan tuan-tuan kepada Dinar Emas yang dikeluarkan oleh Syarikat Goldcrest Pavillion (GCP).

Kenapa Dinar Emas GCP ni jadi pilihan saya berbanding dengan Dinar lain yang ada di pasaran?

Selain dari harganya sederhana sekitar 650+- dan mampu dimiliki oleh semua orang, ianya juga adalah satu-satunya Dinar yang dikeluarkan dengan Purity atau ketulenan 999.9 ataupun 24K emas. Orang Pantai Timur panggil Emas 10.

Harga Dinar GCP ini akan berubah mengikut Harga pasaran Emas Dunia setiap hari jam10.00 pagi.Anda boleh semak harga jualan Dinar ini di www.gcp.com.my

Sebenarnya spesifikasi standard Dinar yang ada di pasaran ketika ini adalah spesifikasi yang telah ditetapkan di zaman pemerintahan Saidina Umar Al Khatab sebagai khalifah 1400 tahun dahulu lagi. Standard Dinar adalah Emas dengan berat 4.25gm berketulenan 916 ataupun 22K.Sekiranya anda membeli Dinar di pasaran seperti Dinar Public Gold, Dinar Kelantan, Dinar Amsyiq dsb semuanya dtg dgn spesifikasi emas 916.

Dengan harga yang berpatutan siapa kata hanya orang kaya sahaja boleh beli emas.?
Sangat menarik kerana harga emas akan sentiasa naik dalam  jangka masa panjang. Jika hari ini harga Dinar emas GCP tadi RM650+-, tahun depan anda tidak akan dapat harga yang sama kerana emas sentiasa naik sepanjang tahun.
Berbanding jika anda simpan tunai RM650. Tahun depan wang RM650 anda tetap sama. Tapi nilainya akan merosot kerana anda tidak boleh beli barang yang sama. Kenapa?
Mudah jawapannya. Kerana wang tunai anda susut di makan inflasi.

Ada juga orang tanya saya nak jual nanti mcamana? 
Sebenarnya kalau kita faham kita beli emas bukan untuk dijual. 
Kita simpan emas kerana ianya adalah pelindung terbaik kepada aset atau wang kita dari inflasi. Kalau nak  sgt pakai duit jugak mudah saja, pajakkan kat Ar Rahnu. Anda akan terus dapat duit cash dan hanya perlu bayar upah simpan yang murah, 

Perkhidmatan Ar Rahnu ada di Bank Rakyat, Agro Bank, YAPEIM, Koperasi terpilih dsb. Jom saya tunjukkan anda bagaimana saya pajak 1 Dinar saya pada koperasi.

Katala saya nak sangat pakai duit. Dinar 4.25gm tadi saya pajak saya dapat cash 65% serta merta bersamaan RM440. Upah simpan baru RM4.47 sebulan. Tempoh pinjaman 6 bulan + 2 bulan +2 bulan. Bermakna saya ada 10 bulan untuk tebus balik emas saya.

Bila saya tebus balik , saya hanya perlu bayar RM440 dan upah simpan ikut tempoh berapa lama. Walaupun pada ketika itu harga emas Dinar saya dah naik jadi RM800 contohnya. Adil tak. Tak de interest what so ever.

Malah kalau bulan hadapannya saya terus tebus Dinar saya. Bermakna saya seolah beli emas dengan harga murah. 4.25gm dengan harga RM440. RM103 segm.. Amacam murah tak?

Kalau emas anda banyak anda boleh urus sendiri ekonomi anda tanpa terlalu bergantung pada Bank. Betul tak? Mmg kita tak boleh nak lari dari riba'. Kerana kerangka ekonomi dunia  hari ni mmg dah di catur oleh Yahudi dunia. Selagi kita guna wang kertas ni selagi itulah kita akan terjebak. 
Sebab itu emas adalah alternatifnya. Sebab itu ianya di gunakan sebagai matawang masa zaman Rasul lagi.

Jadi lepas ni tak yah nak pinjam2 Bank lagi. Anda sendiri boleh urus wang anda.
































Selamat menyimpan emas kerana ianya adalah aset terbaik untuk perlindungan anda. 
Jika harga emas tahun lepas naik hingga 37%, Anda boleh kira sendiri berapa nilai Dinar anda.pada tahun depan?

Agaknya mana lagi untung simpan emas ke simpan ASB? 
Tepuk dada tanya selera.


Wassalam,


No comments: