Penasihat Kanan Ekonomi di Peking Universiti yang juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Politik Kebangsaan Rakyat China berkata masyarakat China sepatutnya menggunakan emas sebagai perlindungan kepada risiko penurunan nilai matawang asing. |
BEIJING (Reuters) -
China sepatutnya menggunakan 2.85 Trillion rizab tukaran wang asingnya untuk membeli lebih banyak emas. Penasihat Kerajaan itu di petik berkata kepada media tempatan dalam satu laporan pada hari Rabu lalu.
Li Yining, Penasihat Kanan Ekonomi di Peking Universiti yang juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Politik Kebangsaan Rakyat China, sebuah badan penasihat Kerajaan kepada Parlimen berkata China sepatutnya menggunakan logam berharga (Emas dan Perak) sebagai pelindungan kepada risiko penurunan nilai matawang asing.
"China mesti meningkatkan rizab emasnya dengan bijak dan teratur.China mesti mengambil segala peluang untuk membeli lebih banyak emas terutamanya ketika berlaku kejatuhan harga emas di pasaran dunia. Li dilaporkan berkata kepada media rasmi Xianhua.
Pandangan beliau , Beijing mesti mempelbagaikan rizab tukaran asingnya yang diketahui terbesar di dunia kepada komoditi bukanlah sesuatu yang baru.
Ramai ahli akedemik di China secara terbuka juga mengutarakan pandangan yang sama kepada Kerajaan.
Bagaimanapun pandangan Li sering di ambil berat Kerajaan. kerana ramai dikalangan bekas pelajarnya kini menduduki jawatan tertinggi dalam kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri China sendiri Li Keqiang yang dilihat sebagai pengganti kepada Perdana Menteri China Wen Jiabao's pada 2013.
Bagaimanapun , Yi Gang Ketua Pentadbiran Kerajaan bagi Hal Ehwal Tukaran Asing, yang bertanggungjawab mengurus Tukaran Asing Kerajaan China berkata bukan sesuatu yang mustahil untuk China untuk membuat pembelian besar-besaran di pasaran emas.
"Sekiranya China bertindak memasuki pasaran emas secara besar2an , pasti ianya akan melonjakkan harga emas ke tahap yang lebih tinggi. Kesannya rakyat China terpaksa menanggung kos kenaikan harga tersebut kerana China memang di ketahui selalunya menjadi pembeli utama apa pun jenis barangan di pasaran dunia.
Beliau menambah Firma di China dan masyarakat tempatan telah membeli lebih dari 300 tan emas pada tahun lepas sahaja dan faktor tersebut menyulitkan Kerajaan untuk membeli lebih banyak emas dengan menggunakan rizab tukaran asingnya.
Harga emas naik dengan ketara pada tahun lepas (2010) dan kenaikan harga tersebut telah memaksa rakyat China membayar lebih wang untuk membeli emas kerana permintaan terhadap emas sangat kuat terutama di kalangan mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan selain kegunaan di majlis lain.
Menurut Bank Pusat China, Rizab Emas Negara telah dihadkan kepada 33.89 juta auns sejak April 2009.
Harga emas telah meningkat naik sebanyak 10% pada 6 minggu pertama 2011 akibat ketidak tentuan politik di Libya dan Dunia Arab di mana para pelabur memilih Emas sebagai perlindungan kepada aset mereka. Pada masa yang sama harga minyak meningkat 17% sekaligus meningkatkan permintaan masyarakat yang memilih emas sebagai perlindungan kepada inflasi. (Laporan oleh Zhou Xin dan Simon Rabinovitch; Di sunting oleh Jacqueline Wong)
No comments:
Post a Comment