Saturday, February 5, 2011

Di sebalik Royalti Emas RM130 Juta Setahun

Sunday, October 31, 2010


KUALA LIPIS 28 Okt. – Kerajaan Pahang menerima royalti sehingga RM130 juta setahun hasil perlombongan emas daripada empat syarikat yang beroperasi di negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, royalti yang diterima itu merupakan lima peratus daripada hasil pendapatan kasar dua syarikat perlombongan emas di Lipis dan masing-masing satu di Rompin dan Raub.

“Walaupun royalti yang diterima itu tidak besar tetapi kewujudan aktiviti melombong emas di Pahang telah memberikan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.

“Kita juga mahu menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat lain untuk datang melabur ke Pahang dengan hanya mengambil royalti sebanyak lima peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan syarikat perlombongan emas Selinsing Gold Mine Manager Sdn. Bhd. di Sungai Koyan, dekat sini hari ini.
 –Bernama

Hmmm... memang menarik berita nie..
Tapi aku fikir alangkah bagusnya kalau royalti tu digantikan dalam bentuk jongkong2 emas untuk rizab simpanan emas negeri Pahang atau negara Malaysia sendiri.. bukankah emas tu milik kita??
 
Kalau tak silap aku di Raub ada satu syarikat perlombongan yang telah melakukan aktiviti perlombongan emas di situ sejak zaman sebelum Merdeka lagi.. 

Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mine Co. Ltd pada tahun 1982. RAGM beroperasi sehingga 1961.

Yang pasti kesemua emas yang dilombong tu telah diambil dan dibawa keluar dari Tanah Melayu  manakala kita hanya menerima bayaran royalti yang tak seberapa nilainya kalau nak dibandingkan dengan nilai emas.
 
Di khabarkan juga kawasan perlombongan di Raub itu telah dipajak selama 100 tahun sejak zaman Merdeka lagi. Ini bertujuan untuk memudahkan syarikat perlombongan  yang mengusahakannya  mengaut serta memperabiskan segala hasil emas dalam perut bumi Raub tu... bahkan pajakan tersebut juga akan diperbaharui setelah tamat tempohnya nanti.
 
Harus di ingat semasa zaman sebelum dan selepas Merdeka dahulu Geng2 'tgn ghaib' telah lama bertapak di Britain dgn menjadikan negara tersebut sebagai markas mereka. Ketika itu matawang dunia bersandarkan pada pound sterling. Mereka memanipulasi serta menggunakan wang fiat pound sterling untuk mengaut segala hasil kekayaan seperti emas dan perak di negara2 lain di dunia. Kini semua org tau markas mereka di US dan wang fiat ape pula yg digunakan?? Duit tu tak lain tak bukan, USD aka Greenback the toilet paper hua hua hua...


Kini nilai USD berada di ambang kejatuhan dan tahukah anda wang apakah yang akan menggantikannya??? Duit yang akan menggantikannya kelak adalah duit yang langsung kita tak akan dapat sentuh, hanya dapat lihat dalam bentuk angka2 jer. Duit itu dipanggil  duit elektronik. Ya... sekarang nie pun kita dah mula gunakannya seperti penggunaan kad kredit, bayaran2 serta transaksi menerusi internet seperti paypal dan sebagainya. Itu semua kita panggil duit elektronik. Bayangkan jika anda mempunyai RM 100,000 dalam akaun... tiba2 tiga kosong di belakangnya dicantas dan dibuang oleh penyanggak matawang.. berapa yang tinggal?? RM 100 jer.. tak ke sedih dan naye namanya...
Itulah bahayanya duit elektronik.. sangat mudah untuk dimanipulasi.. sedangkan wang kertas sekarang nie pun nilainya mudah diperkotak-katik kan, apalah lagi duit elektronik.
 
Kita tinggalkan dulu pasal matawang dan duit elektronik. Berbalik semula pada sejarah. Bila difikirkan dalam2... agaknya mahu ke kerajaan British pada zaman 50-an dulu yang dikuasai oleh ('Geng2 tgn ghaib') memberikan Tanah Melayu hak kemerdekaan kalau dia orang tak dapat hak untuk melombong emas kat Raub tu???? Mungkinkah terdapat syarat atau permintaan berkenaan hak perlombongan emas dalam perjanjian kemerdekaan antara British dan Tanah Melayu dahulu??? Wallahuallam...

Sedarlah bangsaku sebenarnya kita masih belum benar2 MERDEKA lagi.. kalau hasil negeri kita diambil secara senyap oleh geng2 itu tadi... sama2 kita renung dan fikirkan... Menariknya ada juga pendapat mengatakan bahawa lombong2 bijih timah itu dahulu sebenarnya bukanlah lombong bijih seperti yang didakwa tetapi sebenarnya adalah lombong emas... hoho benarkah dakwaan tersebut?? Sungguh menarik untuk dikaji :) Wassalam

No comments: