Ramai org berpendapat untuk membeli emas perlukan modal yg besar. Tanggapan tersebut akhirnya mematahkan semangat mereka untuk membeli emas samada sebagai simpanan mahupun untuk kegunaan.
Bagi mereka yg mempunyai sedikit modal, anda digalakkan untuk membeli emas dlm saiz yg kecil terlebih dahulu.
Emas-emas kecil yg dimaksudkan adalah seperti syiling emas seperti DINAR (1dinar = 4.25g), jongkong emas bersaiz kecil yg mempunyai berat 1g, 5g, 10g, 20g, dan 50g.
Ini kerana nilai emas-emas yg disebutkan tadi adalah amat berpatutan dan berbaloi untuk dibeli dengan bajet serta modal yg rendah.
Sekiranya anda tidak bermula menyimpan emas secara kecil-kecilan mulai sekarang, anda mungkin tidak akan mampu dan berpeluang untuk memilikinya di masa akan datang kerana nilainya yg semakin meningkat.
Bayangkan sekiranya anda mempunyai RM 700 dlm tgn pd hari ini... dgn duit sebanyak itu anda boleh membeli sekurang-kurangnya 1 DINAR. Tetapi sekiranya anda menyimpan RM 700 tersebut dlm tempoh setahun dgn tujuan utk membeli dinar.. harga dinar selepas setahun tak akan sama lagi dengan RM 700.
SEBAB APA JADI BEGITU???
Ini kerana wang anda tidak kalis INFLASI.. wang yg kita simpan nilainya akan susut, walhal harga minyak dan barangan lain semuanya naik melambung di pasaran... begitu juga halnya dengan nilai EMAS...
Justeru lakukanlah simpanan emas secara kecil-kecilan daripada tiada langsung bagi menjamin masa depan anda.
Bak kata pepatah:
SIKIT2 LAMA2 JADI BUKIT
BIAR KECIL ASAL BERHASIL...
Simpanan emas menjamin masa depan anda.
No comments:
Post a Comment