Saturday, February 12, 2011

Bersiap Menghadapi Phenomena Wealth Transfer

Mike Maloney
 

Mike Maloney

Mike Maloney

Mike Maloney's Book Guide to Investing in Gold & Silver

Posting ini dipetik dari Buku  “Guide to Investing in Gold and Silver” karya Michael Maloney yang diterbitkan oleh Business Plus – Hachette Book Group (2008). 
Ianya datang bersama DVD dan boleh didapati di Kedai atau toko buku besar seperti MPH di negara ini sekiranya tidak kehabisan stok.
Penulisnya sendiri adalah tokoh penting dalam dunia emas, perak dan pelbagai perniagaan logam lain atau metal beharga. Website beliau Golddsilver.com menjadi panduan ataupun rujukan kepada ramai orang di seluruh dunia yang mengunjunginya untuk mendapatkan tips-tips berharga berhubung Emas dan Perak.
Malah Mike juga adalah penasihat pelaburan yang mendorong Robert Kiyosaki mengalihkan sebahagian besar pelaburannya kepada Perak (Silver). Robert Kiyosaki bahkan memberi pengantar pada buku ini dengan menyifatkan penulis sebagai orang yang pandai merangkai titik-titik menjadi informasi yang bermakna – sementara orang lain mungkin hanya dapat melihat sebagi titik-titik yang tidak bermakna.

Terdapat banyak pendapat beliau dalam buku ini yang mirip kepada buku “Mengembalikan Kemakmuran Islam dengan Dinar dan Dirham” (Spriritual Learning Center, 2007); khususnya yang berkaitan pandangan berkaitan Wang dan mengapa wang hanya berperanan  secara sempurna melalui penggunaan oleh emas dan perak sebagaimana zaman Kerajaan Islam terdahulu
Bahkan di awal tulisannya Michael berusaha untuk memperbetulkan fahaman dan tanggapan salah kita berkaitan perbezaan Matawang (Currency) dengan Wang sebenar (Money) di mata masyarakat dunia.

Menurutnya apa yang disebut ‘Wang’ oleh masyarakat sekarang sebenarnya hanyalah Currency – iaitu alat tukar yang hanya berlaku sesaat. Currency tidak memiliki kemampuan untuk menyimpan nilai (store of value) iaitu prasyarat utama untuk dapat disebut sebagai wang (Money).

Sebaliknya wang yang sebenarnya atau Money, selain ia dapat digunakan sebagai alat tukar (medium of exchange) ; ia juga wajib berperanan sebagai penyimpan nilai (store of value). Jadi Money pasti mempunyai sifat sebagai Currency, manakala Currency belum tentu bersifat Money.

Menurut Michael, hanya emas dan perak-lah yang dapat memainkan peranan sebagai Money sejak dahulu sekarang dan masa yang akan datang. Nampaknya pendapat ini Fitrah, karena pendapat serupa sudah dinyatakan oleh Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin sekitar 900 tahun lalu. Kalau Imam Ghazali mendasarkan pendapatnya ini pada pemahaman yang sangat dalam tentang syariah emas dan perak; Michael Maloney mendasarkan pendapatnya pada alasan-alasan ekonomi.

Menurut Michael , berikut adalah alasannya mengapa hanya emas dan perak-lah Wang yang sebenarnya (Money) itu :

1. Selama lebih dari 5,000 tahun, hanya emas dan perak yang terbukti sebagai asset yang tidak pernah gagal. Ini karena emas dan perak adalah tangible assets yang secara inherent membawa nilai-nya sendiri.

2. Emas dan perak adalah aset yang dimiliki secara persendirian atau sepenuhnya private dan tidak merupakan bahagian dari system kewangan atau financial itu sendiri sebagaimana yang kita lalui sekarang– ia tidak akan terganggu oleh kegagalan sistem kewangan financial manapun.

3. Emas dan perak adalah aset yang tidak merupakan liability pihak lain. Sebaliknya wang kertas, saham, obligasi dlsb. adalah aset yang merupakan liability pihak lain. Wang kertas adalah liability dari negara yang mengeluarkannya, demikian pula saham dan obligasi adalah liability bagi yang mengeluarkannya. Apa akan terjadi bila yang memiliki liability tersebut gagal memenuhi kewajipannya ?, maka wang kertas, saham, obligasi dll. menjadi tidak ada nilainya.

4. Emas dan Perak dapat sepenuhnya dimiliki secara pribadi.

5. Emas dan Perak berfungsi sebagai safe-haven atau pelindung nilai pelaburan sekiranya terjadi inflasi atau keruntuhan ekonomi di sesebuah negara . Contoh adalah krisis matawang 1997 yang mengeret banyak negara menjadi semakin miskin akibat permainan penyagak matawang. Malaysia juga merasa tempiasnya hingga Dr M ambil tindakan mengikat nilai RM kepada USD. Perkara seperti ini tak akan berlaku sekiranya emas dan perak di guna sebagai matawang sesebuha negara.

7. Emas dan perak memiliki value density yang tinggi, mudah disimpan dan mudah bergerak dengan nilai yang tinggi.

8. Nilai jual dan beli yang umumnya memiliki spread yang rendah – pemiliknya tidak kehilangan nilai yang ketika melakukan jual beli; beza dengan real estate misalnya yang kos transaksinya sangat tinggi oleh pelbagai sebab seperti notis, pajak, legal audit dslb.

9. Karakteristiknya jelas , emas 24 karat yang satu sama nilainya dengan emas 24 karat lainnya meskipun bentuknya mungkin berbeza.

10. Emas dan perak secara fizik – adalah wang dengan sendirinya – tanpa perlu pengakuan oleh pihak manapun bahwa dia wang dan ianya diterima oleh semua bangsa di seluruh dunia tanpa banyak soal.
11 Nilainya merentasi sempadan dan border seluruh dunia. Contoh jika dunia menggunakan dinar emas sebagai matawangnya , wang di Malaysia tetap sama nilai jika digunakan di Amerika Syarikat kerana Dinar adalah 4.25gm emas 916 yang sama diseluruh dunia.

Dengan sebelas alasan tersebut, Michael juga mendidik masyarakat dunia akan suatu phenomena besar yang sedang dan akan terus berlaku di kenali sebagai 'Wealth Transfer' atau perpindahan kemakmuran.

Karena hampir seluruh masyarakat dunia baik bersifat individu, korporasi maupun negara menyimpan ‘kemakmurannya’ dalam bentuk aset berbentuk currency, stock, bond dan sejenisnya – yang sejatinya tidak dapat berperanan sebagai penyimpan nilai atau store of value; maka asset dari masyarakat dunia tersebut akan dengan mudah menurun atau bahkan hilang sama sekali nilainya.

antas kemana nilai-nilai asset tersebut berkurang atau menghilang ?, Sudah tentu kepada aset lain yang  mampu menyimpan nilai dengan sempurna . Yang paling mudah sudah tentu  emas dan perak itu tadi. Ketika wang kertas nilainya turun, pastilah emas dan perak nilainya melonjak. Pada saat itu, dengan emas dan perak yang sedikit saja – Anda akan dapat menguasai berbagai aset lainnya. Disitulah letak Wealth Transfer yang dikatakan oleh Michael Maloney ini.

Phenomena Wealth Transfer ini kan tterjadi secara sangat cepat seperti yang sungguh nyata terjadi di Indonesia tahun 1998, atau secara gradual yang terjadi di seluruh pelusuk dunia dalam dekad terakhir dan Insyaallah masih akan terus terjadi.

Untungnya dengan phenomena ini adalah pilihan sebenarnya ada pada diri kita; kita mampu  mempersiapkan diri ketika proses Wealth Transfer ini terjadi – kemakmuran meninggalkan kita atau kemakmuran yang menuju ke kita – kuncinya adalah emas dan perak ada pada siapa saat phenomena tersebut terjadi. Wa Allahu A’lam.

No comments: