Monday, January 31, 2011

Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas

UTUSAN:- 18/12/2010
Dr. Mahathir Mohamad memegang replika logo Genneva Syariah bersama Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi, Ahmad Khairuddin Illias (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Genneva, Tan Liang Keat (dua dari kanan) sambil disaksikan Pengerusi The Gold Bullion Entreprenueurs Association Malaysia, Datuk Ng Poh Weng (kanan) pada majlis Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.
“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.
“Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.

hmmm kali kedua artikal pasal saranan untuk menyimpan emas dikeluarkan…amacam?anda masih tak yakin?
saranan dari seorang bekas Pedana Menteri Malaysia yang kita tahu kelebihan beliau…
ok sekian dahulu dari kita.
tapi sebelum itu…saya nak share gambar-2 Tun Mahathir dengan Public Gold semasa Public Gold berjumpa dengan Tun berbincang pasal Dinar pada 10 may 2009
rasa-rasa berapa banyak yek emas yang Tun Mahathir simpan?hmmmm siapa tahu…Allah lebih mengetahui
jika nak ketahui pasal simpanan dan pelaburan emas boleh sms saya di no 0197704777 atau 010-7060600.
nak berniaga emas pelaburan pun boleh call saya.jgn malu jangan segan..dunia sekarang dah beralih kepada emas..orang dah tak simpan duit dah…SAVER IS A LOOSER kata robert t. kyioski….jangan tungu lagi angkat talifon dail 0197704777 @ 010-7060600 tanya pasal emas..tak tahu bertanya..kalau tak sesat dan kerugian…InsyaAllah saya akan bantu anda & kita akan sama2 berjaya.

No comments: