Wednesday, January 12, 2011

ASAS PERKIRAAN PAJAKAN EMAS DI AR RAHNU AGRO BANK


Salam,

Pembaca budiman,

Salah satu instrumen terbaik yang di gunakan untuk tujuan pajakan emas di Negara ini adalah kemudahan Ar Rahnu yang ditawarkan oleh pihak Agro Bank.

Ianya membolehkan kita memajakkan Emas dengan membayar upah simpan yang murah & mendapat cash tunai segera 70% dari nilai Emas yang dipajak kepada pihak Bank.

Kita boleh eksploitasi kemudahan ini untuk menambah stok emas yang kita ada.Jom ramai-ramai kita ke Agro Bank.
 

a) Waktu Urusniaga di Kaunter
0900-1630 petang (Kaunter)

 b) Kelayakan Pinjaman
Emas 999 (24k)  Gold Bar  
- 70% dari nilai marhun (pinjaman)

Emas 916 (22k)  Dinar Emas + Barang Kemas
- 65% dari nilai marhun untuk yang pertama
(70% untuk kali ke 2 dan yang berikutnya)
Kelayakan pinjaman adalah sehingga RM150,000.00 untuk seorang individu.

 c) Harga penilaian Bank ( Ikut Harga Semasa – 05/01/2011)
Emas 999 (24k)  - RM165.80 segm
Emas 916 (22k)  - RM151.90 segm


d) Tempoh
6 bulan + 3 bulan + 2 bulan   = 11 bulan.
Selepas 9 bulan (6+3 bulan ) yang pertama kita boleh sambung semula kontrak baru berdasarkan kepada pada harga marhun semasa yang ditetapkan oleh Bank.

e) Bayaran upah simpan setiap RM100.00
0.75c setiap RM100 untuk pinjaman 70%
0.70c setiap RM100 untuk pinjaman 65%

Contoh kiraan Emas 999 (24k) berat 150gm
Kelayakan Pinjaman
RM165.80 x 150gm = RM24,870.00 (nilai marhun)
Pinjaman layak 70% dari nilai marhun= RM17,409.00 ( kelayakan pinjaman bank)

Bayaran Upah Simpan
Upah simpan = RM24,870 x 0.75 x 6 bulan / 100
                    = RM1,119.15 ( bayaran upah simpan untuk 6 bulan)
                    = RM186.50 (bayaran upah simpan sebulan)


Contoh kiraan Emas 916 (22k) berat 150gm
Kelayakan Pinjaman
RM151.90 x 150gm = RM22,785.00 (nilai marhun)
Pinjaman layak 70% dari nilai marhun = RM15,950.00

Bayaran Upah Simpan
Upah simpan = RM22,785 x 0.75 x 6 bulan / 100
                    = RM1,025.33 (6 bulan upah simpan)
                    = RM170.88 (sebulan upah simpan)

*Note :

Maksima berat emas yang diterima adalah 100gm. Jika anda bawa Gold Bar seberat  250gm, ianya akan diasingkan kepada 3 resit berbeza.
Marhun – Kadar penetapan pinjaman yang ditetapkan oleh Bank

No comments: