Pages

Saturday, January 1, 2011

Emas tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.
Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
 
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009
 
Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini:
http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/
 
Kegagalan wang kertas menyebabkan berlaku hyperinflasi di Zimbabwe. Rakyat Zimbabwe akhirnya terpaksa mendulang emas untuk membeli barangan keperluan. Dalam apa-jua situasi-ekonomi dan politik menyimpan emas akan sentiasa  menguntungkan anda.Sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini.

Dalam apa jua situasi dunia, berlaku peperangan besar, kemelesetan ekonomi, ekonomi merudum, keruntuhan ekonomi, kegagalan pengurusan ekonomi negara seperti yang berlaku di Amerika Syarikat sekarang, berlaku bencana alam, pertukaran pemerintahan Kerajaan, kejatuhan pemimpin dan sebagainya, Emas akan kekal beharga dan merupakan penyimpan nilai yang terbaik.


 





























Di Zimbabwe wang kertas bukan di kira tetapi ditimbang

 
KESIMPULAN:
 
Saya berharap blog ini akan membuka minda anda MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas. Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment