Pages

Friday, December 31, 2010

Emas adalah aset yang terunggul.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.


Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.
 

Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam.Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

 Gambar 3: Emas Kim-Thanh- antara yang dibawa pelarian Vietnam.


















Degan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka.

Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak akan diterima di negara lain termasuk Malaysia.

No comments:

Post a Comment