Thursday, April 4, 2013

FEDERAL RESERVES SEMAKIN TERDESAK UTK MENYELAMATKAN SISTEM KEWANGAN DUNIA

</frame>


 














Bekas Penolong Setiausaha Perbendaharan Amerika Sykt hari ini memberi amaran kepada Buletin King World News (KWN) berhubung langkah terbaru campurtangan pasaran oleh Rizab Persekutuan (The Fed) adalah petanda jelas bahawa situasi semakin terdesak sedang berlaku di belakang tabir ketika ini.

Bekas Penolong Setiausaha Perbendaharaan AS, Dr. Paul Craig Roberts, turut mengingatkan KWN bahawa The Fed kini sedang cuba sedaya upaya utk mengekalkan kawalan mereka terhadap sistem monetary agar keseluruhan skim ini tidak 'meletup' hancur berkecai. 

Berikut adalah bahagian pertama kenyataan Dr. Roberts dalam 2 siri wawancara luarbiasa bersama beliau yang akan diterbitkan hari ini.

“Sebagaimana yg saya jelaskan, langkah terancang The Fed dalam memastikan harga emas dan perak kekal rendah di pasaran bertujuan utk melindungi nilai pertukaran matawang US Dollar.

The Fed mencetak US 1 Trillion wang baru setiap tahun, tetapi dunia dilihat semakin meminggirkan penggunaan US Dollar utk pembayaran antarabangsa & peranannya sebagai matawang rizab.

Hasilnya berlaku peningkatan bekalan & pengurangan permintaan. Ia bermakna harga jatuh. Perancangan terhadap kawalan harga emas tidak mampu berterusan berjaya. Ia sengaja direka bertujuan utk mencuri masa utk membolehkan The Fed terus membiayai defisit belanjawan persekutuan melalui amalan mencetak wang dan memastikan kadar faedah kekal rendah selain memastikan harga hutang tinggi dalam usaha menyokong penyata kira2 bank terlibat.

Apabila The Fed tidak lagi boleh mencetak wang kerana matawang Dollar jatuh menyebabkan langkah mencetak lebih banyak wang akan menjadikan situasi bertambah buruk, deposit bank dan dana pencen pula akan menjadi mangsa. Di sita & dirampas dlm usaha utk terus membiayai defisit..

“Manipulasi pasaran bullion (jongkong emas) adalah salah di sisi undang2, tetapi oleh kerana kerajaan melakukannya, penguatkuasaan undang2 tidak dapat dilaksanakan.

Ianya jelas adalah tindakan terdesak. Jika emas bukan satu ancaman, kerajaan  tidak akan bertindak memeranginya.

Hakikat bahawa The Fed membuat jualan singkat bullion bermakna sesuatu keadaan yang mendesak sedang berlaku. Dan saya percaya ia ada hubungkait dengan matawang US Dollar. Jika matawang Dollar jatuh mendadak dari segi nilai tukaran, The Fed tidak akan dapat mengawal  kadar faedah & harga bon. Maka semua gelembung (bubble)  ekonomi pastinya akan 'meletup'.

Semua laporan terbaru menunjukkan banyak negara telah berpindah drp menggunakan matawang US Dollar utk melunaskan pembayaran antarabangsa masing2 & ini telah  mempengaruhi negara2 lain untuk mengambil tindakan sama. Ia bukan sahaja melibatkan negara2 kumpulan BRICS, tetapi juga negara seperti China, Japan, dan semua negara Asia Timur.

Baru2 ini kita menerima laporan dari Australia bahawa negara tersebut akan berurusan terus dgn China menggunakan matawang mereka sendiri. 

Jadi penurunan permintaan terhadap matawang US Dollar dalam keadaan di mana The Fed mencetak USD 1 Trillion setiap tahun membawa maksud bahawa nilai kadar tukaran matawang berkenaan tidak dapat di pertahankan.

Pengaliran @ perpindahan keluar pertama dari US Dollar sedah tentu kpd emas. Malah ianya telah berlaku sejak permulaan abad ke 21 lagi. Sudah tentu The Fed tidak ingin melihat ianya berlaku kerana jika harga emas melonjak terlalu tinggi, ia bakal menakutkan semua orang.

Malah, jika anda mendapati berlaku perpindahan keluar mendadak penggunaan US Dollar , ia bakal menyebabkan nilai pertukaran matawang tersebut merosot teruk. Pada peringkat ini The Fed akan hilang kawalan & keseluruhan sistem kewangan dunia bakal runtuh sepenuhnya.

Itu sebenarnya situasi yg sedang berlaku skg. Mereka jelas terdesak. Mereka perlu menurunkan nilai @ harga sesuatu yg menjadi alternatif kpd matawang US Dollar iaitu emas dalam usaha utk memberi kesan SAIKOLOGI kpd org ramai di seluruh dunia.

Tetapi China juga tidak terkecuali kerana mereka juga sedang memegang timbunan koleksi US Dollar terbesar dunia & sudah tentu merasa bimbang mengenainya. 

Malah selama bertahun2 , China kerap 'berleter'  & mengingatkan dunia tentang tanggungjawab monetary & polisi kewangan. Sudah tentu mereka juga tidak sabar utk 'lari' dari menggunakan US Dollar.

Hari ini saya tidak fikir serangan terhadap emas melalui manipulasi The Fed akan bertahan lebih lama kerana negara seperti India akan mengambil kesempatan membeli lebih banyak emas ketika harga murah. Negara kesatuan BRICS juga akan mengambil peluang utk melupuskan US Dollar. 

Apa yg di lakukan The Fed sebenarnya bertujuan utk memisahkan sentimen rakyat Amerika Sykt terhadap pencinta emas. Kejatuhan harga menakutkan mereka. Ia di reka bertujuan utk menghentikan pengaliran keluar wang dari rakyat biasa kepada logam emas. 

The Fed juga berharap dana dari mesin cetak milik Bank Pusat tidak akan mencukupi utk membeli lebih banyak emas, sekurang2nya utk tempoh terdekat, utk menolak harga emas kembali semula ke harga yang telah di tetapkan oleh The Fed.  

Mula2 mereka menghadkan harga emas kepada sekitar US$1,900/ auns, dan kemudian mereka mendorongnya ke paras di bawah US$1,750/ auns.  Harga emas mampu kembali ke paras $1,750/auns atau lebih tinggi tetapi The Fed akan memastikan harganya jatuh kembali. 

Tetapi kini mereka berjaya membuatkan harga emas jauh lebih rendah. Saya rasa dalam tempoh beberapa hari ini terdapat jumlah jualan menakjubkan yang didalangi oleh The Fed. Ianya adalah jualan singkat emas dalam bentuk kertas (paper), bukannya jualan emas fizikal oleh orang ramai atau pelabur.

Tetapi mereka cuba sedaya upaya utk memusnahkan momentum prestasi emas agar mereka dapat terus mengekalkan kadar faedah rendah, harga bon yang tinggi dan terus mencetak lebih banyak wang kertas.

Anda lihat jika The Fed tidak boleh mencetak wang , mereka tidak boleh membiayai belanjawan defisit persekutuan. Mencetak wang juga adalah kaedah di mana The Fed  membeli bon utk melonjakkan instrumen hutang derivative yang berkait dgn buku2 penyata bank. Ia membolehkan bank di lihat boleh membayar hutang2 mereka (solvent). 

Jika The Fed tidak boleh mencetak wang bermakna  mereka tidak boleh membeli bon utk mengekalkan keupayaan bank membayar hutang & membeli bon utk membolehkan perbendaharaan (Treasury) terus beroperasi.  

Peningkatan harga emas adalah ancaman besar kpd mereka. Jadi The Fed mengambil tindakan terdesak menentang kenaikan harga emas. Saya bersetuju dgn anda bahawa semua ini hanya bersifat sementara. Saya tidak tahu berapa lama ianya akan berakhir, berapa lama mereka boleh melepaskan diri darinya, tapi yang pastinya tidak utk tempoh yang terlalu panjang.”


No comments: