Salam,
Ramai rakan bila saya ajak mulakan simpanan emas kata tak boleh lakukan kerana alasan berikut :-
1. Tak ada modal dan tak mahir selok belok emas.
2. Harga emas amat mahal
3. Khuatir duit mereka hilang kerana ditipu & emas tak dapat.
4. Duit mereka tak dapat nak rolling kerana dah beli emas
5. Takut nak simpan emas nanti kena rompak.
6. Kalau tiba masa nak pakai duit payah nak cairkan.
7. Simpan kat ASB lagi senang. Dividen besar 8% setahun.
Tahukah anda bahawa
1. Kenaikan harga emas pada tahun lepas adalah 30% dan
purata kenaikan harga emas dalam jangkamasa 5 tahun
(2006-2010) adalah 192.45% bersamaan 38.49%).
purata kenaikan harga emas dalam jangkamasa 5 tahun
(2006-2010) adalah 192.45% bersamaan 38.49%).
2. Anda tak perlu modal yang besar pun untuk bermula.
3. Anda boleh guna duit bank untuk 'rolling' modal dan
tambah stok anda.
tambah stok anda.
4. Sangat mudah dijual kerana berebut orang nak beli.
5. Di Public Gold anda boleh jual semula emas anda pada
bila-bila masa dengan spread atau beza harga jual dan
beli serendah 5% je berbanding dengan spread di kedai
emas iaitu 30-40%.
Tak kisah samada emas anda kemek ke, rosak ke,calar
ke.Public Gold tetap beli emas anda .Yang penting berat
emas tak berubah.
bila-bila masa dengan spread atau beza harga jual dan
beli serendah 5% je berbanding dengan spread di kedai
emas iaitu 30-40%.
Tak kisah samada emas anda kemek ke, rosak ke,calar
ke.Public Gold tetap beli emas anda .Yang penting berat
emas tak berubah.
Mudah sangat ke? Jom saya tunjukkan caranya.
Mula-mula kita masuk ke laman web www.publicgold.com.my untuk lihat harga emas. Harga akan berubah setiap 20minit bergantung kepada pergerakan harga emas dunia.
Contoh Harga pada 15/01/2011 jam 11.20PM . Kemudian anda boleh hubungi saya 019-7704777 untuk lock harga.
Public Gold Price (24 Hours Live)
(Last updated 15/01/11 11:20 PM)
We Sell | We Buy | |
20 gram | RM 3084.00 | RM 2899.00 |
50 gram | RM 7674.00 | RM 7252.00 |
100 gram | RM 15276.00 | RM 14512.00 |
250 gram | RM 38010.00 | RM 36300.00 |
Katalah kita mulakan dengan pembelian Gold Bar (jongkong) 20gm.
Harga jual oleh sykt pada tarikh tersebut adalah RM3084.00. Manakala harga beli semula oleh sykt adalah RM2,899.00 (5% spread) .Setelah membuat pembayaran anda akan dapat memiliki fizikal emas tersebut di tangan anda. Bermakna anda bayar duit anda dapat jongkong emas public gold 999.99(24k) seberat 20gm.
Anda boleh simpan sendiri selama mana anda mahu. setahun , 2 tahun, 3 tahun terpulang pada anda kerana anda boleh lihat pergerakkan harga emas dunia & harga jual dan beli emas public gold di laman web setiap 20 minit 24 jam sehari kecuali hari Sabtu dan Ahad kerana tiada urusniaga. Apa yang anda dapat adalah keuntungan dari harga jualan apabila harga emas bergerak naik.
Terpulang pada anda bila nak jual. Anda boleh jual dengan saya atau Public Gold pada bila-bila masa dengan spread harga belian 5% dari harga semasa. Ok itu kalau anda simpan sendiri.
Risikonya bagaimana kalau harga turun. Kalau harga turun beli lagi. Anda akan dapat averaging cost atau puratakan semula harga dengan pembelian yang murah.
Tapi kalau di pikir harga emas sentiasa bergerak naik sepanjang tahun. Simpan selama mana anda mahu kerana ianya tiada susut nilai dan bebas inflasi berbanding jika anda simpan wang kertas.
Ok sekarang bersedia. Saya nak ajar anda bagaimana nak manipulasi duit bank untuk tambah stok emas anda. Anda mula dengan 20gm kan. Ok kita lihat sama2.
Emas 20gm anda tadi anda bawa ke Agro Bank. Ada perkhidmatan Ar Rahnu di sana. Anda pajakkan emas anda. Anda akan dapat1. Pinjaman wang tunai serta merta 70% dari nilai emas anda
(dipanggil nilai marhun).
2. Anda hanya perlu bayar upah simpan 0.75c bagi setiap RM100
je.
3. Tempoh adalah 6 bulan + 3 bulan +2 bulan. Anda boleh
sambung semula lepas tu kalau anda mau.
4. Istimewanya Agro Bank akan buat penilaian lebih tinggi dari
harga yang ditawarkan oleh Public Gold sendiri.
Untuk emas 999.99 , harga penilaian Agro Bank adalah hari ini
adalah RM165.80 satu gm. Anda akan dapat pinjaman yang
lebih tinggi lagi.
Contoh anda pajakkan jongkong emas anda seberat 20gm. Harga penilaian emas anda di Agro Bank adalah:-
RM165.80 x 20gm = RM3,316.00 (nilai marhun)
Kelayakan pinjaman anda 70% = RM3,316.00 x 70% = RM2321.00
Bermakna anda layak dapat pinjaman RM2,321.00 cash serta merta.
Mari kita kira berapa bayaran upah simpan yang anda kena bayar pula?
Tempoh 6 bulan
RM3,316 x 0.75 x 6 bulan / 100 = RM149.22.
Tempoh sebulan
RM149.22 / 6 bulan = RM24.87 sebulan.
Tempoh setahun
RM24.87 x 12 bukan = RM298.44
Duit pinjaman yang anda dapat berjumlah RM2321.00 tadi tu anda tambah RM763.00 lagi. Anda genapkan RM3084.00 dan dapat 20gm emas lagi.
Kini emas anda dah bertambah jadi 40gm.
20gm pajak pada bank.
20gm lagi ada di tangan anda.
Nilainya adalah RM6168.00 (RM3,084,00 x 2)
Katalah selepas setahun berlaku kenaikan 15% harga emas semasa.
Kini nilai emas anda adalah RM6168.0 x 15% = RM7093.00.
Jom kita kira sama2 untung.
Nilai Emas anda - RM7,093.00
(-) Pinjaman Ar Rahnu - RM2,321.00
(-) Upah simpan 1 tahun - RM 298.44
= RM4,473.56
Baki wang anda adalah = RM4,473.56
(-) Modal anda = RM3084.00 + RM763.00 = RM3,847.00
Untung bersih tunai adalah = RM 626.56
@ 16% dari modal anda setahun.
Tapi yang paling bestnya anda punya 40gm emas di tangan yang sudah tentu akan terus naik harganya.
Kemudian anda pajak lagi. Kalau harga emas naik dalam masa 3 bulan tak yah tunggu. break the contrack dgn agro Bank. Pusing2 makin lama emas anda pasti bertambah.
Itu kita ambil kira 15% kenaikan setahun. Kalau 30% bagaimana? agak2 mana lebih untung simpan ASB ke atau simpan emas? Anda fikirlah sendiri. Tepuk dada tanya selera.
Tu kita baru mula dengan 20gm. Saya tak ajar lagi macamana nak meniaga. Kita sambung kat posting lain.
Selamat malam & selamat mencuba.
Tu kita baru mula dengan 20gm. Saya tak ajar lagi macamana nak meniaga. Kita sambung kat posting lain.
Selamat malam & selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment