Sunday, January 2, 2011

Nilai Ringgit Semakin Mengukuh, Namun Apa Faedah Yang Dapat Anda Nikmati?

Rasanya ramai yang telah menyedari bahawa sejak kebelakangan ini nilai RM semakin mengukuh berbanding nilai USD.

Masih segar di ingatan kita semua, ketika krisis ekonomi dunia pada tahun 1996, yang mana pemimpin kita pada ketika itu Tun Dr Mahathir dalam usaha untuk memulihkan semula ekonomi negara telah menambat nilai RM dengan USD agar apa2 jua situasi yang berlaku di Amerika tidak akan memberi kesan buruk terhadap pembangunan semula ekonomi negara.

Namun pada tahun 2005 setelah negara bertukar pucuk pimpinan, nilai RM kembali diapungkan semula dengan bersandarkan nilai USD.

Persoalannya, pada ketika nilai RM semakin mengukuh, sepatutnya harga barangan di negara ini menjadi semakin murah ekoran kos perbelanjaan untuk barangan Import Eksport menjadi semakin rendah disebabkan pengukuhan nilai RM, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Saya ingin memaparkan sedikit komen oleh mantan PM kita mengenai situasi yang berlaku ini. Sama-samalah kita renungkan dan fahami.




Mata wang tempatan ringgit mungkin perlu ditambat semula bagi membolehkan negara mendapat faedah daripada pengukuhan nilainya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kuasa beli rakyat masih rendah biarpun nilai mata wang negara semakin meningkat, sekali gus mendorong kepada penurunan nilai import .

"Kita tidak perlu menghentikan tambatan ringgit kerana kebanyakan negara di dunia sekarang menentukan nilai mata wang mereka mengikut undang-undang.

"Kuasa beli rakyat sepatutnya meningkat apabila mata wang semakin mengukuh kerana mereka sudah mampu membeli barangan dengan harga lebih murah berbanding ketika ringgit berada dalam keadaan lemah nilainya.

"Oleh kerana kita tiada kuasa untuk menentukan nilai ringgit dan memilih untuk memberhentikan tambatan ringgit, kita kena terimalah bahawa kita tidak merasai apa-apa manfaat daripada pengukuhannya," katanya

Dr. Mahathir berkata demikian di dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan di Siri Ceramah Islam Antarabangsa Labuan di sini hari ini.

Beliau menambah, Malaysia sebenarnya mengambil langkah kebelakang apabila membenarkan nilai ringgit ditentukan oleh pasaran terbuka.

"Di dalam perang mata wang hari ini, kita hentikan (menambat ringgit) sedangkan orang lain melaksanakan tindakan yang kita pernah buat dahulu," ujarnya.

Dr. Mahathir, pada September tahun 1998, telah melaksanakan sistem tambatan ringgit, sebagai salah satu reaksi untuk menangani kemelut mata wang Asia Timur 1997-1998 yang melanda Malaysia dan negara-negara rantau ini.

Bagaimanapun, pada 21 Julai 2005, kerajaan memutuskan memansuhkan tambatan ringgit dan nilainya kemudian ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih.


Nah, kini anda telah dapat memahami situasi yang berlaku kan?

Justeru, ayuhlah kita sama-sama menyimpan emas, semoga dengan peristiwa2 yang berlaku ini dapat memberi gambaran dan kesedaran kepada anda semua tentang betapa pentingnya menyimpan emas berbanding wang kertas.

Ini kerana komoditi berharga ini memegang nilainya sendiri dan tidak dapat dimanipulasikan oleh sesiapa pun berbanding wang kertas yang amat mudah sekali dimanipulasikan nilai dan kepentingannya!!

Hubungi saya sekarang untuk menukarkan wang kertas anda kepada emas!!

No comments: